Search This Blog

Tuesday, August 31, 2010

sembang-sembang

Tadi ditegur oleh 'kawan' lama. Alhamdulillah, rasa happy untuk dia sebab dah punya kebahagiaan sendiri. Glad to heat that.! ;D..dah lama tak berjumpa.. almost 12 years! Subhanallah. terima kasih sebab masih ingat kat Lyd & sudi tegur..sembang banyak perkara...cerita lama & baru. bagus jugak ada FB nie, boleh la bertegur sapa dengan kengkawan lama. dari sekolah rendah hingga la skarang nie. Harapnya kalau ada diaorang buat reunion, dapat la pergi. dulu, tak dapat pergi sebab clash dgn kursus kat oversea...Insyallah, dengan izin-Nya, harapnya dapat la yer..

tadi dia tanya still kuat merajuk ke? Ha!? aku kuat merajuk ker!? ADUHAI..hahaha...betul ke korang!? ;D

Kawan-kawan, teman, sahabat, semuanya:

Tajam tubuh si buah gading
Hendaklah ikat bersama tali
Hancur luluh tulang dan daging
Namun kulupa tidak sekali
Arrazian 98' - MRSM PDRM. rindunya kat korang semua. Harapnya semua telah berjaya di dalam hidup masing-masing & bahagia hingga akhir hayat yer! doa aku sentiasa bersama kalian! ;D

kenangan kat Air terjun Junjung, Kulim Kedah. kalau tak silap, betul2 sebelum xm SPM. rujuk gambar sebelah kanan, agak2 yang mana!? hehe...lawak aja yer..cerita lama..salah satu kenangan manis zaman remaja dulu! hahaaha...;) jangan jeles tau! ;p
p/s: cik yona, aku pun dah tersampuk berpantun..haha

Monday, August 30, 2010

Tuhan kirim kan lah aku.....

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

Sunday, August 29, 2010

duri di hati...

Ya Allah, aku mohon...amat-amat mohon, kejadian petang tadi tidak berulang lagi, walau pun dah banyak kali berlaku...rasa pedih, Engkau saja yang Maha Mengetahui...

Adik-adik ku, Kak Ya tak minta banyak..cukup la bagi tau saja....tak ada la jadi macam nie....tabahkan hati aku Ya Allah, ini dugaan Maha Kecil dari-Mu

Alhamdulillah....

Cerita kuih raya...

Scene 1:
satu utk ko, satu utk aku...
Yona, lepas satu 'apa' ekk!? ;)
Yona: Hantam sajalah...hahaha

Scene 2:
satu utk biskut...2 utk saya....
Yona, kalo 10 utk biskut, berapa utk 'saya'!?
Yona: ko nie! hahaha.... ;D


Alhamdulillah..semalam sampai jugak hajat nak solat tarawikh berjemaah. Pegi kat surau Taman Impian Putra nie. Seribu kesyukuran & rahmat kepada owner rumah yang benarkan rumahnya dijadikan surau sementara nie. Sungguh barakah & baik hati! ;)

TQVM Yona! ;) dulu masa duduk kat Vista, memang ikut berjamaah. sebab surau kat Level G. walau pun masa sensorang, still turun jugak. tekan aja lift, dah sampai. sekarang nie duduk kat cnie, & dok ulang alik pulak ke rumah Ammirul, memang buat sendiri aja la...Alhamdulilllah, dapat jugak berjamaah semalam! ;)

Lepas balik dari Tarawikh, baru jamah nasi & sambung terus buat Cornflakes madu plak. semangat rasa sebab ada gang. Dapat habiskan 3 round & hasilnya, dapat 5 balang! ;D kalo buat sensorang, rasanya 1 round aja..lain hari baru sambung buat! hehe...

Hmm..pagi nie jap lagi sambung pulak buat topping utk Almond London plak...Lepas tu Cik yona ajak pegi ke Semenyih. ambik Road Tax WaQiL. Teringat dulu, aku pernah tak ingat driving license dah mati lebih dari 2 bulan! ;p sebabnya, sebelum tu pergi oversea & tak buat catatan kat mana-mana...sebelum teringat tu, selamba aja bawak kereta..Outstation ke Melaka...Balik kg..ke sana-sini. tapi bila dah sedar, nak ke Pejabat Pos utk renew pun rasa menggeletar bawak keta, takut ada 'Datuk' buat roadblock! hahaha...

Ok, something nice to share....petikan dari sebuat 'notes' di FB. utk yang dah tau, anggap la nie sebagai 'refresher' ya! ;)

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Saturday, August 28, 2010

"Officially Missing You"

All I hear is raindrops
Falling on the rooftop
Oh baby tell me why’d you have to go
Cause this pain I feel
It wont go away
And today I’m officially missing you
I thought that from this heartache
I could escape
But I fronted long enough to know
There ain’t no way
And today
I’m officially missing you

Oh can’t nobody do it like you
Said every little thing you do
Hey baby say it stays on my mind
And I, I’m officially

All I do is lay around
Two ears full of tears
From looking at your face on the wall
Just a week ago you were my baby
Now I don’t even know you at all
I don’t know you at all
Well I wish that you would call me right now
So that I could get through to you somehow
But I guess it’s safe to say baby safe to say
That I’m officially missing you

Well I thought I could just get over you baby
But I see that’s something I just can’t do
From the way you would hold me
To the sweet things you told me
I just can’t find a way
To let go of you

It official
You know that I’m missing you
Yeah yes
All I hear is raindrops
And I’m officially missing you

mula dengar dari post Ninie kat FB. terus terpikat. lagu dia slow motion. tapi sedap didengar. enjoy! ;)
Lelaki2 & perempuan2 dalam hidupku: I'm officially missing you! ;) I swear! all around the world and back....& if you miss me, just look into your heart, I'll be there.... ;)



Fendi dah balik

Ring tone 'Bunga Angkasa"
angkat phone; Heloo.... (mode: tengah mamai sebab baru jer nak lena kejap lepas selesai buat kuih)
Fendi: KAKYA!!!!! Assalamualaikum...
aku: Ehhh..Ws. (Mata terus segar) dah balik! apa habaq? sampai semalam petang kan?
Fendi: haah...pukul 6.50 ptg semalam
aku: ye ke...macam mn? ok? bukak posa kat Airport la smlm?
Fendi: kak ya. datang la cnie, nak borang pjg2 nie....bla...bla ...

kalau cakap dgn Fendi, memang macam cakap dengan budak2. kalau cakap dengan mak pulak, macam cakap dengan kawan. & kitaorang adik-beradik suka usik mak dengan panggilan 'Mak Long'. kan dulu ada iklan yang ada words 'mak long boleh rasa' haha....

oh mak, miss you so much! miss masakan mak. tahun nie Insyallah dapat la bukak posa 2 hari dengan mak & abah nanti.

lg satu, semalam survey tiket ke Korea. Ya Allah, memang betul dah habis yang low fares. pergi balik kalau beli yg return, jadi RM 2749. kalau beli one way balik & one way pg, dapat la dlm RM 2533. Korean Air pun mahal. Singapore Airlines laaagi lah pulak. tak apa lah...nak buat macam mana kan. Doa moga lump sum tu dapat cepat...Insyallah...

ok, Ammirul dah jaga...sambung lain kali yer..dah mintak dukung ;)

Friday, August 27, 2010

...Loneliness is tragical.. !?

Alhamdulillah, dah boleh balik. Syukur! ;) tadi pagi punya la susah nak bangun sahur balik. snooze jam dari pukul 4.40..haha..Alhamdulillah, paksa jugak la bila dah pukul 5.15. & Nasib baik ada yona. bila lawan bersembang tu, laju la jugak masuknya. dapat la habiskan sepinggan. macam mana la bila dah sensorang nanti nie!? hahaha...my love, kejutkan nanti yer, masa minggu akhir tu. tahun nie posa memang kena paksa sahur jugak. tak macam tahun-tahun lepas. sahur tu on-off ajer. Dok kat 'Lesen' nie.. kalo tak sahur. memang lembik.. dah la jadual pack sampai la hari Selasa (7/9) nanti.

arghhh..nak balik kg! ;) tak sabar tau rasanya!

semalam bukak posa ngan Yona & Ain. masa lepas pergi pasar ramadhan kat Seri Putra, on the way nak isi minyak. Yona & Ain sebut pasai tu. Sadness is Beautiful, Loneliness is Tragical....apa lah korang nie, Sepi itu indah tau! hehehe.. walau apa pun, kita yang mengawalnya...Insyallah, everything will be ok. ok gang lone ranger!? ;D

Semalam petang, pegi teman yona shopping kat Karnival Jualan Gudang kat Presint 2, sebelah MOF...best jugak. kira ok la barangan & harganya. tapi tak la murah sangat. kami pegi dalam pukul 2.30pm, orang tak la ramai sangat. MENGULOR!? tidak!!! kitaorang kan dah abes kursus security tu. memang boleh balik pung sebenarnya! hehehe...jangan jeles! ;D & oleh sebab skarang nie tengah suka buat entry bergambar, enjoy pic yer...


dari luar. kira ok la. cumanya kureng skit sebab kat Putrajaya nie, parking susah. terpaksa parking seberang sana jalan, tepi tapak pasar ramadan. ada jugak la yang parking tepi jalan. tapi takut jugak la terrrdapat 'surat cinta' dari DATUK karang! kot2 diaorang nak cari 'duit raya' ker!? hehehe....


gerai2 kat dalam. bagus jugak. selesa & ada lebih kurang 6 row semuanya. dari kuih raya, pakaian, kasut, barangan + perabot rumah, jus, biskut2..bla..bla..


kasut Bill Keith!? Waaa...mmg ada potongan till 50% tapi tak berapa berkenan la design dia. tak ada 'tambat belakang'...hahaha... you know what I mean.


kat luar ada booth Body shop. ingat nak beli shampoo & conditioner. boleh plak diaorg cakap 'We're not carry shampoo here' ..elehhh..kerek! tak pa lah


Penat cik yona!? ;)


Tadaaa....malas nak punggah lagi. rasanya terus bawa balik Taiping aja la kot.

Blast from the past...

Assalamualaikum...Dimulakan dengan Bismillah..disudahi dengan Alhamdulillah...hehe..tetiba plak nyanyi lagu Nasyid pagi nie... saja jer tajuk dia macam tu. sebenarnya, itu adalah tajuk filem; lakonan Alicia Silverstone & Brendan Fraser (one of my pakwe! hahaha..jgn jeles ya! ;p) layann jugak ceritanya...

Enjou pic Ammirul, taken hari Ahad lepas...


Gambar nie jadi wallpaper skarang kat N73....Chomelkan!? ;D



Seksinya! ;) ..duduk kan dia bawah kipas kejap. sebab petang ahad tu kurang berangin. mau la duduk dalam 5 minit. pastu mintak dukung balik ler


Kuih kesukaan Mak Long Zura (Kakak Ina). nama dia "Serabai", Kuih tradisional orang Siam/Kelantan. ok jugak. ala2 kuih 'cara'. tapi tak pakai daun pandan & atas dia letak santan. makan dengan gula atau campur skali. ;)

Lepas raya nie nekma cakap nak duduk balik kat Kelantan. I'm gonna miss you. Nekma nie baik sesangat. Alhamdulillah, dia ada, boleh jugak la tumpang bermanja, berkongsi rasa dgn dia. air tangan dia: two thumbs up! ;)

Nekma, nanti bebila jenguk2 la kami di sini yer.

Tuesday, August 24, 2010

Blurrrr kat dlm Bengkel Perundangan Elemen Sekuriti

kursus!? yer ker...senang nyer. bg group, then memasing dapat satu tajuk + rujukan. buat presentation & esok present! ha..bagussss!

group kitaorang; pasai transport regulation..

semalam:
bukak posa dgn Yona, Yaya & Ammar. Ammirul, kita pisah 2 mlm yer! ;) miss ammirul tau! ;D

Sunday, August 22, 2010

Buka puasa bersama Niya! ;)

Alhamdulillah..bangun pagi tadi, dah lega. dah lama tak kena..berguling jugak la semalam. sebabnya cuba tahan tak nak makan ubat. korang pun tahu yang aku selagi boleh bertahan, tak akan makan ubat. tak nak terlalu bergantung sebenarnya. Cuba bawak tido.. Alhamdulillah pagi nie dah ok. Syukur sesangat! ;)

ok, cerita pasai semalam..Alhamdulillah dapat jugak habiskan Approval utk Pemasangan / Pengujian / Penyenggaraan utk Radas Penyinaran bagi sistem BETA. buat guna BB. Aduhh..memang bercinta betul nak siapkan..faham2 aja lah..nak tunggu load page satu hal..mungkin jugak la sebab elektrik semalam kat opis ada prob, itu yang tambah faktor server jadi makin slow. syukur jugak la dapat siapkan. nak tengok esok macam mana, betul ke tidak diaorang nak tutup BETA tu. Hmm nak tergelak pun ada...kenapa lah jadi macam ni..hahaha.. ingat budak sekolah ke nak ugut2 macam tu . kalau budak pun rasanya, lagi di ugut, lagi di buat! hehe... Tengok aja lah esok macam mana. dah la ada Security Workshop utk all technical staff. Boss dah pesan yang kena ganti2 masuk. jangan sampai lesen tak ada orang langsung. Hmm customer nya lagi...Aduhai... Insyallah, harapnya semua ok! ;) doa aja lah...pastu baru tawakal kan!? ;D

Hmm..semalam Zam & Nuyull ajak bukak posa kat Restoran Atap-atap, dekat dgn Giant Nilai. ajak si Mar skali. Geram tengok Niya..chomelnyerrr! ;) makanan kita ok la. masak pun Chinese style. yang lawaknya, punya la banyak menu sampai kitaorang tak tau nak order apa...ok, enjoy pic kat bawah yer..



My sweet & adorable Niya...tomeinyerrrr! ;)
lepas makan, kitaorang masuk balik ke Giant. dukung dia sambil tengok2 baju2 kat luar tu, sementara tunggu Nuyull, Zam & Mar solat. si kakak2 yg jurujual ramai yg geram dgn Niya. siap tanya dah berapa bulan..hehe..mcm mana la rupa anak sendiri nanti yer!? hahaha.. ;)



With Mar..



Tengok muka sendiri kat sudu. Nurul bg tau, Niya nie pun suka orang ambik gambar dia. kalau Ammirul, dia suka terbeliak kan mata bila orang ambik gambar.. Hmm Ammirul..miss you lah! ;D



Deep fried kerapu. Ingatkan yang hiris2 tu Mangga. rupa2nya halia...aduhai..sib baik tekak boleh terima


Mascot Cadbury..Ingat nak ambik gambar dia dgn Niya..tak sempat nak snap, benda nie dah kena serbu..haha

ok, time to buat kuih raya skit...Lydia, jangan MALAS! hahaha...


p/s: Cik yona, ko ada kat cnie, kita masak sesama nak!? ajak si Mar & Ain skali. teringin nak buat nasi ayam la. last buat masa kita berkelah dulu tu. ada reramai baru best makan. malas nak buat bila sensorang. rasa cam tak berbaloi ajer.

love: tau ekk!? hahaha...have 6th sense atau baca kat cnie!? hahaha...lg satu, kalau syg doa kurangkan rokok boleh tak? saja jer... mana lah tau...;)

Saturday, August 21, 2010

Hanya Kerana Cinta

Semalam petang baru sedar...aduhai..ingatkan minggu depan..hmm..lupa yang akan berganjak semakin awal. tapi sabar aja lah..lagi sejam lebih aja lagi...nak buat macam mana...hehe...Mohon pada-Mu, kalau tidak memudaratkan, biar lah habis awal..sayang rasa...Ramadhan yang barakah ini...Insyallah ;)

Hmm..pagi tadi cadangnya nak pegi opis, habiskan kerja semalam yang tak dapat disiapkan. tetiba dah nak gerak, Nuyull call. Ingatkan yang hari nie elektrik tak dak kat opis. Ya Allah, baru teringat...huhuhu.. Thanks Nuyull tolong ingatkan. Akak betul2 terlupa. dah la malam tadi ingatkan nak online, tapi pukul 9 lebih dah terbongkang! hahaha... Hmm..buat kat rumah impian Putra aja la jawabnya...boleh la jugak kemas rumah tu & basuh baju skali...please BB, jangan slow sangat yer. harapnya boleh la habis kan hari nie. Insyallah esok teringin nak buat kuih raya pulak. ingatkan nak buat hari nie..sabar aja lah..takpe, esok kita mula buat...Dear Mar, kita buat esok aja lah yer..hehe...

ok in my mind, tengah suka lagu nie. selalu dengar main kat Radio...lirik dia best! ;)

Keadaan kita memang sukar
Bukan kerna cinta yang menghalang
Walaupun terpaksa kita terpisah
Namun hanya untuk seketika saja

Tak pernah lepas dari cobaan
Dalam perjalanan percintaan
Tapi ku relakan cintaku untuk mu
Yakin pada tulusnya kasihmu

Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Sanggup menyepi mencari ilham ku
Tak ada yang lebih dari itu


Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Mengharapkan belas maaf dari mu
Tak ada yang lebih
Tak ada yang lebih dari itu


Bawalah aku ke dalam mimpi mu
Agar ku dapat bersama mu
Walaupun hanya sementara
Sentuhanmu indah


Thursday, August 19, 2010

World behind my Wall

Assalamualaikum & Selamat Berpuasa semua....dah lama tak merepek kat cnie..banyak benda sebenarnya nak ditulis, nak dicerita & dikongsi bersama..tp x berkesempatan..pernah dengar ayat nie..hahahaha...lain kali lah yer, Insyallah...

enjoy dulu lagu nie:


It’s raining today, the blinds are shut.
It’s always the same.
I tried all the games that they play,
but they made me insane.
Life on TV it’s random,
it means nothing to me.
I’m writing down what I cannot see
wanna wake up in a dream.

Oh, oh.
They’re telling me it’s beautiful.
I believe them, but will I ever know
the world behind my wall.
Oh, oh.
The sun will shine like never before.
One day I will be ready to go,
see the world behind my wall.

Trains in the sky are travelling
trough fragments of time.
They’re taking me to parts of my mind
that no one can find.
I’m ready to fall.
I’m ready to crawl on my kness to know it all.
I’m ready to heal.
I’m ready to feel.

Oh, oh.
They’re telling me it’s beautiful.
I believe them, but will I ever know
the world behind my wall.
Oh, oh.
The sun will shine like never before.
One day I will be ready to go
see the world behind my wall.
See the world behind my wall 3x

I’m ready to fall.
I’m ready to crawl on my kness to know it all.
I’m ready to heal.
I’m ready to feel.
Take me there!
Oh, oh.
Take me there!
Take me there!
Oh, oh.
They’re telling me it’s beautiful.
I believe them, but will I ever know
the world behind my wall.

aku rindu nak balik kg...rindunya kat mak, abah, tokwan, tok..rindunya nak balik kg dgn WeGA, bawak laju2...tapi balik raya boleh ke pecut!? ;D

I miss you too love... ;(

p/s: Cik Yona...tabah hadapi dugaan & Insyallah, ada cahaya menanti ya... kita doakan yang terbaik untuk dia, moga berbahagia hingga akhir hayat..& dibuka pintu hati dia utk kembali ke pangkuan keluarga..Syurga itu di telapak kaki Ibu...

Sunday, August 8, 2010

PD - Blue Lagoon

Alhamdulillah...Best kan...dah lama tak ke pantai...aku suka laut! ;) mak & abah still dok crita masa kecik2 dulu, awan atas kat atas bukit pun aku kata laut..tadi pagi, bawak mak & abah ke PD..teringat dulu, masa kecik2, kami beraya kat sini. dulu bila raya orang balik kg..tapi kami blk bandar! hahaha...


Skarang nie, rumah kat PD tu (Rumah Rakyat Bt. 11, Teluk Pelanduk) Mak Lang Zana & Siti Nur yang duduk. hajat mak & abah nak ziarah diaorang. dah lama tak jumpa semenjak arwah pak lang meninggal. Alhamdulillah tengok mak cik Zana sihat. Siti Nur, belajar rajin2 tau! ;) tak kisah la sekolah kat memana pun, janji usaha, Insyallah boleh berjaya.


Lepas tu, singgah ke gerai Mak Tam Yati.. Alhamdulillah dia dengan AnNur ada. Pun mak & abah dah lama tak jumpa jugak. dia berniaga dekat Pantai Tanjung Biru..cuaca pulak elok & redup aja hari nie..Lepas hujan rupanya. kat sini, tak banyak sangat orang berkelah...rasanya lg ok kalau nak dibanding dengan Teluk Kemang. sebab kat sana terlalu ramai orang. dah la banyak dipasang kanopi & sewa dia MAHAL! Insyallah, lain kali kalau ada rasa nak berkelah tepi pantai..kat sini akan jd destinasi tempat tuju! ;)











Gerai tempat Mak Tam Yati berniaga. Sedap goreng pisang, cempedak & cucur udang dia! ;)

p/s: Cik Yona..tak dapat pg Mersing, PD pun jadilah..Insyallah, ada rezeki, kali kali kita berkelah kat cnie. pastu kalau tak ada aral melintang, akan sampai jugak aku ke Kulai! ;) + hjg tahun nie kita ke Ganu..woha.. ;p