Search This Blog

Sunday, December 26, 2010

Durian Burung...bukan bas yer! ;p

Assalamualaikum...
pagi ahad yang sejahtera...tapi sedihhhh..tadi teringat nak upload gambar-gambar yang diambil di site Durian Burung. tapi bila upload ke komputer, dalam hati dok tertanya, kenapa sikit sangat. bila nak edit, baru perasan yang banyak gambar tak automatic save. maknanya, tak ada dalam memory card. aduhhhh..sedihhh!!! dah la nanti nak buat report ke boss. Ya Allah. nasib baik si Que-KASTAM ada ambik gambar. terpaksalah mintak jasa baik dia mailkan gambar-gambar tu. aduhai...pengajaran betul. lain kali, kena check lepas ambik gambar.

Hmm..kena beli memory card baru nampak gayanya. sebelum nie, dulu-dulu pernah terjadi macam nie. aduhh..plan nak konsikan di sini..hmm..tak apa lah. Insyallah, sesiapa yang pergi ke Low Yat ker, especially kawan-kawan yang 'gila' IT, akan kirim kat diaorang. lagi satu, Hmm..wish have a good camera! ;p kawan-kawan sekeliling ramai yang beralih ke DSLR type. especially guys. hahaha..sebab tu la Lumix merajuk kot. aduhh..jangan la..khidmatmu masih diperlukan. konon2 nak sambar DSLR gak. tapi mana tahu nak guna kan! hehe...


Antara yang boleh diselamatkan...Cantik tempatnya. rasa tenang & damai. cuaca ok, angin pun kuat. too bad gambar yang di snap tak semuanya ada...bukan rezeki..uhuhhu..Tujuan ke sini, IAEA melalui AELB, akan pasang Radiation Portal Monitor (RPM) di sini. atas inisiatif sendiri, kita dah pasang di Padang Besar, Rantau Panjang, Bukit Kayu Hitam, CIQ JB, Linkedua & di Airports..

Tempat nie akan jadi antara pintu masuk antara Malaysia & Thailand. kalau dari Utara, nak ke Kelantan pun dekat ikut sini. diberitahu, dalam lebih kurang 2 ke 3 jam aja. maknanya, keluar ke Thailand, then masuk balik ikut Bukit Bunga @ Rantau Panjang. jalan pun dikhabarkan ok belah Thailand sana. site sebelah Thailand pun, pusat CIQ diaorang pun pesat dibangunkan. bila dah siap sepenuhnya kedua-dua CIQ nie, akan jadi antara hub utama lori-lori kontena masuk. sekarang nie, CIQ Durian Burung nie dah dibuka hanya untuk kenderaan ringan sahaja. Pusat bebas cukai pun akan di bina di kawasan ni. mesti sibuk nanti tempat ni.

Terima kasih banyak-banyak Tn. Aznan & all KASTAM Officers yang lain. baik-baik semuanya. siap jamu makan tengah hari lagi & paling best masakan kampung. ada snap gambar, tapi nak buat macam mana, tu diantara gambar-gambar yang 'tak lekat'. Cumanya, too bad Officers Imigresen tak turut serta. sedangkan masa surat pemberitahuan, ada diminta diaorang untuk turut serta. hmm...nak buat macam mana kan.Nampak gayanya, akan kena turun lagi lah jawabnya. Tn. Aznan ada bisik yang minta buat meeting lagi di sini, Insyallah. tapi tak pasti berpeluang lagi untuk sertai atau tidak. memandangkan nie projek En. Yasin & semua tahu dia akan berpindah Bahagian..tak apa lah..paling penting, kerja yang diberi, dapat aku siapkan, sebagaimana yang diarahkan.. Insyallah


Masa balik dari sana, lalu jalan ke Baling. tempuh Empangan Pedu & Empangan Muda. nie snap kat Empangan Muda. Cantikkan!? ;p I wish I had a good camera..tunggu sapa la nak bagi nie!? hahaha...Insyallah, kumpul duit beli sendiri lah


keadaan jalan... teruk! Cakap kat diaorang, kalau Lyd bawak kereta nie, memang kompom patah balik. tak sanggup! rosak absorber. rasa macam Camel Adventure plak! Tn. Zul KASTAM siap cakap yang bila dia jumpa En. Yasin, dia akan kutuk BAAAIKKKK PUNYERR! ahaks...


Berhenti singgah beli buah kat Tapah. sapa pernah makan Pisang Merah nie!? snap ajalah..tak terasa nak makan, so tak la beli..lain kali, Insyallah

Hmm..rasa cm nak cuti la esok! Boss..boleh yer ;)

p/s: sebenarnya niat di hati nak buat entry nie dlm bahasa UTARA. tapi tak terkeluang la pulak! ;p lain kali lah yer...

lg satu, semalam (25 Dis) Fendi genap 28 tahun. Alhamdulilah...moga panjang umur, murah rezeki & bahagia hingga akhir hayat! kak ya sayang ko ngan all family kita! ;) nanti sambut birthday bila ko dah balik cnie lah yer.. ;p

2 comments:

miss nina said...

jalan ke utara ye?
too bad tak singgah rumah kamu kan? huhuhu..kerja, camtulah!

tengs for the great yet sekejap moment di bangi.

irl-lis said...

;)
Alhamdulillah..penerimaan diaorang memuaskan. En. Y bg tau yg dia akan minta kat boss baru, aku uruskn projek nie (IAEA RPM & RMK-9)sampai setel. ;p