Search This Blog

Thursday, March 31, 2011

Cuci2 Malaysia...

Jadual ketibaan utk 'cuci2 Malaysia':  (hari nie)

JL723 NRT/KUL STA: 1815LT GATE: C25
MH53 KIX/KUL STA: 1640LT GATE: C22
MH71 NRT/KUL STA: 1945LT GATE: C22
MH89 NRT/KUL STA: 1645LT GATE: C24


Gang:
Fed (Ketua), Apis, Hj. Hamid, Hatman, Azzam.....
Depart form PBK @2:50pm.

Sapa lambat kena cuci lantai skali!!! ;p

p/s: Info untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai status situasi terkini pemantauan pemakanan dari negara Jepun:

Pegawai yang terlibat secara langsung dalam pemantauan food contamination dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan(BKKM)/ Food Safety and Quality Division (FSQD):

En.Thayalan a/l Ramadas (Ketua Penolong Pengarah Kanan)
03-8885 3520
Email: thayalan@moh.gov.my.



Pihak Tuan/Puan juga boleh merujuk terus pada laman web bagi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan(BKKM)/ Food Safety and Quality Division (FSQD) di laman web: http://fsq.moh.gov.my/v2/


Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pegawai Bahagian ini:
Nurul Ashikin Sidi Ahmad
03-8883 2351.

Wednesday, March 30, 2011

;) (II)

Assalamualaikum....

just nak bg tau: my MOM & my DAD is here!!!! hehe....
Alhamdulillah....

Selamat malam semua. Saya mohon maaf atas semua salah dan silap yang telah saya lakukan & saya maafkan segala kesalahan anda semua! ;)

Saturday, March 26, 2011

Cerita hujung minggu...(III)

Hmmm..hari nie, sekali lagi bertugas di hujung minggu. dari hari ke hari, isu nuklear nie tak lagi jadi topik utama & kebimbangan public juga dah semakin reda. jadinya, dah tak banyak phone calls yang diterima. Berita di akhbar baik dalam negara & antarabangsa juga dah kurang paparkan isu nie. Suasana di Bilik Gerakan nie pun dah tenang & makin sunyi. tak seperti mingu lepas. Walau bagaimana pun, Officer masih bertugas, baik di sini mahupun team di Airports, Ports & di Malaysia Timur.

Jadinya...hari nie, sesambil layan cerita Pendekar Bujang Lapok. antara cerita yang tak pernah rasa jemu bila ditengok berkali2. mesti korang pun setuju kan! ;D. juga, lagu 'Malam bulan di pagar bintang' nie juga antara lagi yang suka aku dengar. sweet aja rasa...layan yer! ;)

&...sapa ingat lagi cerita Miss Tres Hermanas? cerita berkenaan dengan 4 adik-beradik perempuan dalam sebuah famili. rasanya cerita nie ditayangkan masa aku belajar dulu2. mak suka sangat tengok cerita nie! ;) & lagu latar drama nie pun menarik & sedap didengarkan. dah abes update data, selesaikan e-permit & eSPP, kita isi masa dgn tukar lagu kat cnie! ;p

hmm..aduhh..seksa nak tunggu abes syift nie! hahahaaha...


Remember this:
I ran. But then, I tripped again.....
-Langit Tetap Biru; DAMAI

Aku mintak maaf yer Yona. I lied. sebenarnya, ada benda yang berlaku. masa aku ambik Fendi di Airport tempoh hari. Fendi ada cakap yang dia ada korek dari mak aku, apa sebabnya, apa yang dia fikirkan sampai dia sakit. dia beritahu yang salah satu sebabnya, AKU. Allah, masa aku tau tu, tak terkata...aku tak tahu nak bereaksi macam mana. terdiam...

Alhamdulillah..mak aku dah lama ok. & aku faham bimbang seorang ibu...
Tuhan, beri aku peluang untuk jadi anak yang dapat membahagiakan mak & abah ku...

Friday, March 25, 2011

Amin (IV)

Menurut Tsauban RA, sabda Rasulullah SAW:

"Tiada suatu pun yang dapat menolak takdir selain doa."
(Hadis sahih riwayat Ibn hibban dalam sahihnya. Disepakati kesahihannya oleh al-Zahabi)


p/s: Dear Nuyull, terima kasih banyak-banyak yer! suka sesangat. hehe...leh buat baju raya..hmm, nak buat baju apa yer!? ;D

Sunday, March 20, 2011

hmm...

we are more often frightened than hurt; and we suffer more from imagination than from reality
- Lucius Annaeus Seneca

I ran. But then, I tripped again.....
-Langit Tetap Biru; DAMAI

Saturday, March 19, 2011

SABTU: @ opis.....




 

8:00am till 8:00pm
8:00pm till.......

New update from www.aelb.gov.my:
KEMUDAHAN PERKHIDMATAN PENGESANAN SINARAN KE ATAS INDIVIDU
Jabatan AELB ada menyediakan perkhidmatan pengesanan sinaran ke atas individu secara percuma dari jam 8 pagi – 6 petang setiap hari di Ibu Pejabat AELB, Batu 24, Jalan Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, sila hubungi talian 019-280 7869 atau 03-8922 5848.
Lokasi AELB

Friday, March 18, 2011

KENYATAAN AKHBAR MOSTI: INSIDEN NUKLEAR AKIBAT KEJADIAN GEMPA BUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN

Copy from: http://www.aelb.gov.my/

PRESS RELEASE
KENYATAAN AKHBAR
Y.B. MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

MENGENAI INSIDEN NUKLEAR AKIBAT KEJADIAN GEMPA BUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN

17 Mac 2011, 3.30ptg

1. Berdasarkan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada jam 6 pagi ini, kadar dedahan sinaran yang diukur di enam lokasi di sekeliling pintu masuk utama Stesen loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi menunjukkan kadar yang tinggi dari normal. Namun demikian kadar dedahan tersebut telah menunjukkan tren yang menurun iaitu dari 4.418 mSv/jam pada jam 10.00 pagi (waktu Jepun) ke 1.472 mSv/jam pada jam 2.20 petang (waktu Jepun), 16 Mac 2011.

2. Sebagai perbandingan pihak Jepun juga membuat pemonitoran di sekitar Tokyo, Miyagi dan Ibaraki pada jam 2.00 hingga 3.00 petang (waktu Jepun), 16 Mac 2011di mana kadar dedahan yang diperolehi adalah pada tahap normal iaitu dari 0.054 – 0.252 uSv/jam.

3. Dos dedahan sinaran yang telah ditetapkan untuk orang ramai di Malaysia berdasarkan standard Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) adalah 0.5 µSv/jam iaitu 1 mSv/tahun.

4. Pihak berkuasa Jepun telah selesai memindahkan penduduk yang berada dalam kawasan sekitar 20km radius dari stesyen nuklear Fukushima Daiichi. Arahan berlindung di dalam bangunan dan rumah pula masih dikekalkan bagi jarak 20 – 30 km radius. Pil iodin telah dibekalkan kepada pusat pengagihan sebagai persediaan untuk diberi kepada orang awam jika ianya diperlukan. Semua tindakan ini adalah selari dengan pelan kemalangan nuklear yang telah sedia ada.


Tindakan oleh MOSTI

5. MOSTI melalui Jabatan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia terus memantau situasi di Jepun sehingga kini. Pusat Maklumat Radiologi yang bertempat di Jabatan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom masih dibuka 24 jam untuk sebarang persoalan teknikal dari orang awam.

6. Berdasarkan model-model trajektori yg dihasilkan melalui mekanisma tindak balas kecemasan persekitaran yang diaktifkan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia menunjukkan trajektori bahan cemar ini bergerak ke arah tenggara negara Jepun iaitu menghala ke Lautan Pasifik. Oleh kerana pelepasan radioaktif adalah rendah, tidak mungkin ianya akan sampai ke negara kita.

7. Pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di 6 lokasi seluruh Malaysia (Chuping, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuantan, Kudat dan Senai) masih menunjukkan paras sinaran di Malaysia berada pada paras normal iaitu di antara 0.024 hingga 0.175 uSv/jam.

8. Mekanisme pengawalan masuk bahan radioaktif samada melalui kargo atau manusia melalui Sistem Pemonitoran Portal (Radiation Portal Monitors -RPMs) yang berada di lapangan terbang antarabangsa KLIA, Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang beroperasi seperti biasa. Sistem RPM ini telah dipasang semenjak tahun 2009. Tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga tarikh ini.

9. Maklumat teknikal mengenai kejadian di Jepun boleh diperolehi dari:
a) Laman Web IAEA (www.iaea.org)
b) Laman Web Nuclear and Industrial Agency, Jepun (http://www.nisa.meti.go.jp/)
c) Pusat Maklumat Radiologi, AELB di talian HOTLINE : 1800-88-7999



Dikeluarkan oleh:
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom; dan
Agensi Nuklear Malaysia

17 Mac 2011, 5.00 petang

Tuesday, March 15, 2011

Maklumat berkenaan situasi semasa di Jepun

a) Maklumat mengenai keadaan rakan atau saudara yang sedang berada di Jepun.
Bagi mendapatkan maklumat terkini yang bersepadu dan selaras mengenai situasi semasa di Jepun, tuan/puan boleh menghubungi:-

i) Bilik Operasi Kementerian Luar Negeri Malaysia di nombor‐nombor berikut:
03‐8887 4570,
03‐8889 2746,
019‐2784566,
03‐8889 2830,
03‐88892380 dan 03‐88874770

ii) Talian HOTLINE Kedutaan Malaysia, Tokyo, Jepun:
Kedutaan Besar Malaysia 20‐16 Nanpeidai‐Cho Shibuya‐Ku, Tokyo 150‐0036
No. Telefon : +81 3 3476 3840 samb 203, 208 & 209
No. Faks : +81 3 3476 4971

b) Maklumat teknikal sahih mengenai kejadian di Jepun boleh diperolehi dari:
i) Laman Web IAEA (www.iaea.org)
ii) Laman Web Nuclear and Industrial Agency, Jepun (www.nisa.meti.go.jp)
iii) Pusat Maklumat Radiologi, AELB di talian HOTLINE: 1800 88 7999


p/s: besar harapan kami agar anda semua tidak mempercayai khabar-khabar angin yang bertiup mengenai perkara ini. Juga keterangan di dada-dada akhbar, sekiranya tiada pengesahan dari AELB atau pihak berkuasa berkenaan yang berkaitan

Sunday, March 13, 2011

Antara Bangi & Kuantan (II): AGM SAVOC.Com....

Sambungan cerita aktiviti bercuti minggu lepas..Alhamdulillah, sangat best! Pertama kali ikut Konvoi yang pretty well manage oleh ahli-ahlinya. Syabas diucapkan! Konvoinya ada ZERO Marshal, HC (Hot Car) Marshal 1 & HC 2 Marshal, LC (Last Car) Marshal dll...ada peraturan tertentu yang perlu dipatuhi..semuanya demi keselamatan bersama. Hmm..seronok rasanya sebab dapat belajar benda baru. ;D

TQVM kepada Cik Yons yang beria-ia ajak aku ikut AGM nie. Juga, best sebab dapat kumpul kawan-kawan baru yang sporting, sangat menghiburkan & menggelikan hati. berada di kalangan mereka nie, tak terasa yang aku baru aja berkenalan. ;)

Ok Folks, enjoy the Pic! Berbagai ragam, karenah & panorama. Bermula dari berkumpul lewat tengah malam untuk final check kereta sebelum konvoi, sepanjang perjalanan, R&R di Muadzam Shah, Lepak sambil breakfast beramai-ramai di Teluk Cempedak, then ke Sentosa Resort (Cik Yons betulkan: Sempurna Resort! ;p) di Kuantan. What a great weekend! ;)

tapi; susunan adalah berterabur!


 






 

Letupan Rektor Nuklear; Unit 1 di Fukushima: Keterangan dari CET IAEA Director General Yukiya Amano

 
Subhanallah.....dulu kita dikejutkan dengan bencana di Acheh. Dua hari yang lepas, berlaku pula gempa & tsunami di Fukushima, Jepun...Allah, jauhkan bencana seperti ini menimpa kami...

Juga, berita tentang Rektor Nuklear Unit 1 di Fukushima yang meletup itu, amat mengejutkan. tapi Alhamdulilllah, teknologi reaktor nuklear yang semakin baik, dengan menitik-beratkan safety features, diberitahu bahawa letupan itu berlaku di luar primary containment vessel (PCV), yang mana bahan api reaktor berada di dalamnya.. Kenyataan dari TEPCO (Tokyo Electric Power Company - Plant operator) menyatakan boron dan seawater telah diinjet ke dalam core untuk mengurangkan possibility kerosakan dan telah mengesahkan bahawa integriti  PCV ini berada dalam keadaan baik...

Alhamdulillah...Moga warga Jepun tabah menghadapi dugaan ini..

Friday, March 11, 2011

Amin (III)

Times heals wound.....

Alhamdulillah...completely
walaupun bukan 100%

Wednesday, March 9, 2011

Sepetang di Alamanda

Dalam pukul 6:00pm dari office petang tadi, me & WeGA ke Alamanda, nak claim voucher Bodyshop. kat ruang legar, jumpa this....
Ada jualan barangan dapur, demo & pendaftaran utk baking & decoration class utk buat kek & cupcakes. chantek & chomel2! ;p geram rasa....
Then ke booth Kenwood..adusss berkenan yang ini..ehehee...bestkan!? selama nie, aku buat kek & cookies guna hand held Moulimaxs yang mak punyer..Alhamdulillah







Singgah kejap tengok pulak part Oven....yang bawah tuu..bestkan!? ;D
Dulu masa planning nak pasang kitchen cabinet, memang teringin nak pasang benda nie sekali. teringat masa survey hob & hood dengan En. Roslan, tunjuk benda nie kat dia...dia gelakkan ajer...

Insyallah, mana tahu, suatu hari nanti benda-benda nie dapat dimiliki...Chewahhhh!!! ;)

Sunday, March 6, 2011

Rasa hati...(VI)

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there

Anytime you whisper my name, you'll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most


What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone


And I know an angel was sent just for me
And I know I'm meant to be where I am
And I'm gonna be
Standing right beside her tonight
And I'm gonna be by your side
I would never leave when she needs me most


What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone


Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
And I'm gonna be here forever more
Every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most


I'm forever keeping my angel close....


Chris Medina
What a words

Subhanallah...
besar harapanku & amat mohon pada-Mu...

Friday, March 4, 2011

Antara Bangi & Kuantan......

Antara Bangi & Kuantan....
Ada lebuhraya.....bersama My WeGA....dah lama tak memandu jauh...Alhamdulilllah..seronok bila tangan di stereng....memandu sambil ditemani koleksi usb-mp3 WeGA....Jalan semalam pun ok. cumanya aku bergerak agak lewat, jadinya bila membawa ke tengah malam, makin banyak lori & di Melaka, ada construction...memecut!? kadang-kadang...hehe..sampai 'satu-empat' saja...tak sangat, sebab badan a bit penat....;p

Antara Bangi & Kuantan....
ada Kulaifornia! rupanya Cik Yona juga cuti....Triple YaY!!! ;D
Cik Yona ajak jalan2...jom kawan2... ;)

Antara Bangi & Kuantan....
Mesti korang tertanya, apasai la aku nak ke Kuantan ikut Johor!? hehe....tunguuuuu
ok kawan-kawan, selamat hari Jumaat yang barakah...moga kita semua sejahtera. Juga selamat berhujung minggu nanti ya...;)

Wednesday, March 2, 2011

;)

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi....


From: OST Nur Kasih

Tuesday, March 1, 2011

tugas... (II)

Quick update..
untuk renungan bersama:

seek first to understand,
then to be understood..

kalian semua & diri aku sendiri; dengar dulu & beri peluang untuk seseorang itu menerangkan perkara, apa sebenarnya yang berlaku. jangan sesuka hati potong cakap orang & hanya buat assumption sendiri. Orang yang terkena itu, susah payah, jerih perit dia buat kertas kerja atau apa saja, akan terasa down. Juga, buat la keputusan yang bijak & ambil kira pandangan orang lain...walau pun, kamu berhak buat keputusan sendiri

;)

p/s utk cik Yona: nanti aku upload gambar-gambar majlis utk nuyull tu. di sini @ fb ya....semalam ngantuks tahap Gaban! ;p juga sorry kepada yang tegur tapi aku tak balas..