Search This Blog

Friday, March 18, 2011

KENYATAAN AKHBAR MOSTI: INSIDEN NUKLEAR AKIBAT KEJADIAN GEMPA BUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN

Copy from: http://www.aelb.gov.my/

PRESS RELEASE
KENYATAAN AKHBAR
Y.B. MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

MENGENAI INSIDEN NUKLEAR AKIBAT KEJADIAN GEMPA BUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN

17 Mac 2011, 3.30ptg

1. Berdasarkan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada jam 6 pagi ini, kadar dedahan sinaran yang diukur di enam lokasi di sekeliling pintu masuk utama Stesen loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi menunjukkan kadar yang tinggi dari normal. Namun demikian kadar dedahan tersebut telah menunjukkan tren yang menurun iaitu dari 4.418 mSv/jam pada jam 10.00 pagi (waktu Jepun) ke 1.472 mSv/jam pada jam 2.20 petang (waktu Jepun), 16 Mac 2011.

2. Sebagai perbandingan pihak Jepun juga membuat pemonitoran di sekitar Tokyo, Miyagi dan Ibaraki pada jam 2.00 hingga 3.00 petang (waktu Jepun), 16 Mac 2011di mana kadar dedahan yang diperolehi adalah pada tahap normal iaitu dari 0.054 – 0.252 uSv/jam.

3. Dos dedahan sinaran yang telah ditetapkan untuk orang ramai di Malaysia berdasarkan standard Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) adalah 0.5 µSv/jam iaitu 1 mSv/tahun.

4. Pihak berkuasa Jepun telah selesai memindahkan penduduk yang berada dalam kawasan sekitar 20km radius dari stesyen nuklear Fukushima Daiichi. Arahan berlindung di dalam bangunan dan rumah pula masih dikekalkan bagi jarak 20 – 30 km radius. Pil iodin telah dibekalkan kepada pusat pengagihan sebagai persediaan untuk diberi kepada orang awam jika ianya diperlukan. Semua tindakan ini adalah selari dengan pelan kemalangan nuklear yang telah sedia ada.


Tindakan oleh MOSTI

5. MOSTI melalui Jabatan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia terus memantau situasi di Jepun sehingga kini. Pusat Maklumat Radiologi yang bertempat di Jabatan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom masih dibuka 24 jam untuk sebarang persoalan teknikal dari orang awam.

6. Berdasarkan model-model trajektori yg dihasilkan melalui mekanisma tindak balas kecemasan persekitaran yang diaktifkan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia menunjukkan trajektori bahan cemar ini bergerak ke arah tenggara negara Jepun iaitu menghala ke Lautan Pasifik. Oleh kerana pelepasan radioaktif adalah rendah, tidak mungkin ianya akan sampai ke negara kita.

7. Pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di 6 lokasi seluruh Malaysia (Chuping, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuantan, Kudat dan Senai) masih menunjukkan paras sinaran di Malaysia berada pada paras normal iaitu di antara 0.024 hingga 0.175 uSv/jam.

8. Mekanisme pengawalan masuk bahan radioaktif samada melalui kargo atau manusia melalui Sistem Pemonitoran Portal (Radiation Portal Monitors -RPMs) yang berada di lapangan terbang antarabangsa KLIA, Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang beroperasi seperti biasa. Sistem RPM ini telah dipasang semenjak tahun 2009. Tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga tarikh ini.

9. Maklumat teknikal mengenai kejadian di Jepun boleh diperolehi dari:
a) Laman Web IAEA (www.iaea.org)
b) Laman Web Nuclear and Industrial Agency, Jepun (http://www.nisa.meti.go.jp/)
c) Pusat Maklumat Radiologi, AELB di talian HOTLINE : 1800-88-7999



Dikeluarkan oleh:
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom; dan
Agensi Nuklear Malaysia

17 Mac 2011, 5.00 petang

2 comments:

miss nina said...

klik butang like 10x
selamat bertugas :)

irl-lis said...

;)

1,000,000 x utk kamu juga! ;)