Kembali hari sabtu....Alhamdulillah, satu cheesecake dah siap bakar, tinggal lagi satu. Insyalah, petang nie nak bawa ke rumah Mak su di Senawang. ada family gathering. Insyallah kali nie lg best sebab Mak & Abah ada sekali! ;) selalunya tu, kami adik-beradik aja yang jadi wakilnya. cuma Adik aja yang tak dapat join, sibuk dengan tesis...
Tadi mak & abah suarakan lagi hasrat untuk bagi duit muka, minta aku belikan kereta baru & WeGA akan diberi kepada Adik untuk dipakai bila dia kerja nanti. Insyallah, adik akan kerja dengan Pak su Nasir. dia akan kerja di projek pembinaan bangunan 21 tingkat di Kampung Baru, KL. mak kata, biarla Adik bawa kereta aku, & aku pakai kereta baru. sebab kalau adik bawa kereta baru ke site, sayang...tapi
Terus terang dengan mereka, aku lebih sayangkan WeGA. dah nak masuk 7 tahun. Insyallah, Oktober tahun nie, akan habis bayar. aku dah pernah bawak pelbagai kereta. & tak ada rasa mahu tukar kereta lain & tak terlintas nak beli kereta apa. hmm..tak kan nak beli Lancer kot!? hahaha....tak boleh wehh..ke ada sesapa nak nak bagi aku !? ;D
aku suarakan, tanya Adik nak kereta apa. tapi jangan la Subaru Impreza plak!! ;)..aku suarakan yang yes, aku boleh beli kereta baru, tapi bila dia dah tak nak pakai WeGA & nak belikan kereta lain, please aku nak WeGA balik...
aku sayang kau WeGA..please remember that. tak ada ganti..
kawan2, nak beli kereta apa yer!? hmm....any suggestion?
4 comments:
aiseh..nk tompang lancer baru leh?..ahaks..
7 tahun tu babe..mmg nostalgic btul WEGa kan. nak bg idea pun cam takde idea, kena wat istikharah kot..:)
hahahaa...aduhai, jgn Mila..bebulan dah tolak duit rumah dll, mau makan apa aku kalo sambar Lancer! hehe...
haah ekk..kena wat istikharah nie..Thanks! ;D
hm..lancer lagi?
inspira pun okay
tapi sayang kan WEGA tu la setia menemani ke mana-mana
sedetik lebih dengan wega :)
firdaus dah decide keje dengan paksu kamu eh?
ada plan lain. nanti kita story ekk! ;)
yaa..betul. ke Utara, selatan, pantai timur...Alhamdulillah WeGA ok & mampu jelajah..
Yup, dia habis belajar akhir April nie. Pak Su aku mintak terus mula kerja bulan depan. dia yg terlebih excited sbnrnye...kalau ikutkan, lepas abes thesis, adik aku sepatutnya LI dulu, tapi pak su aku mintak kerja terus. Alhamdulillah, rezeki adik..
Post a Comment