Search This Blog

Sunday, May 29, 2011

Road to UTARA: Allah yg menentukan....

Assalamualaikum...How is your weekend kawan2? aku..penuh warna.. ;)
Alhamdulillah...sampai petang tadi. esok kerja!!! uhuhuu....sabar ajalah...Kuatkan semangat, bersihkan hati & ingat, kerja utk cari rezeki kerana Allah..

Ahamdulillah, tak pernahnya tak seronok kalau balik kg. tapi ada rasa tak puas sebab sekejap sangat! tak palah, Insyallah, masa raya nanti, akan plan cuti baekkkk punyer! hehe.. Jumaat lepas, lepas Mahgrib, aku, Cik Yons, Nuyull & family bertolak ke Taiping. memula tu cik Yons nak balik dulu. tanya dia, nak terus ke Penang ke? dia bg tau nak terus balik rumah. dah macam tu, aku ajak la WaQiL konvoi sekali. lepas makan kat kedai yang dia suka tu, kami pun gerak. Alhamdulillah, tak sesak & traffic lancar aja. Elite, Guthrie & Utara-Selatan semuanya ok. rasanya kalau terus bertolak lepas waktu kerja, mungkin jugak la akan jammed. sampai ke Rawang, aku pula yang pegang stereng. jalan pun Alhamdulillah, lancar aja. tapi masa hampir sampai ke susur nak ke R'nR Kuala Kangsar, tetiba sign 'D' tukar ke gear 5..4...& seterusnya. Alhamdulillah masih dapat control stereng & gerakkan kereta ke tepi, betul-betul tepi nak masuk ke RnR tu. cuba start balik, tak boleh, naik sign Wiring & Pump stop..Allah, kenapa plak nie. cik Yons terus call si Sepul. suspected mungkin Distributor..tapi nak bukak, tools dalam WaQiL tak cukup. last2, call PLUSronda. sementara nak tunggu tu, ada la sebijik-dua kereta yang berhenti. bukan nak tolong tengok, tapi nak bagi nombor tow-truck. sabar ajalah..then ada 2 orang konvoi naik skuter besar berhenti. cuba tolong bukak distributor tu, usik sikit, tapi still tak boleh start jugak. PLUSronda sampai, mekanik tolong check, dia bg tau suspect mungkin Gearbox. dalam hati, kalau risau jugak kalau betul. sebab WeGA pernah rosak Gearbox masa nak ke Dungun, kenduri Yaya & Moon. mesti beribu kalau WaQil punya..aku tak cakap kat cik Yons..memang dia nampak gelabah sikit. Alhamdulillah, mampu tenangkan dia. dia bagi tau yang Sepul dah tolong check kan WaQiL sebelum turun ke Seri Putra. siap pasangkan Voltage Stabilizer lagi. cakap kat dia, benda dah nak jadi, kita hanya mampu merancang kan... pada masa yang sama, aku bagi tau Abah & Abah pi tanya Ba'A sebab dia kerja kat Proton Service Jalan Tupai Taiping. memang mekanik pun. Ba'A cakap, kalau kat lebuh raya, memang kena tow keluar. masa dari awal kena, memang dah terfikir macam tu. sebab dah dekat situ, kalau abah nak datang ke situ, kena sampai ke Jelapang & masuk & patah balik lke Utara. mintak Yons call Insurance kereta. akhirnya, WaQiL Plusronda tow sampai ke susur keluar ke Kuala Kangsar. Abah sampai ke situ & tunggu pulak tow Takaful Ikhlas. then terus tow pulak sampai ke Proton Service Jalan Tupai. Mulanya abah nak tow sampai ke rumah, esok baru ke tempat Ba'A tu. tapi bila difikirkan balik, baik terus sampai ke sana. boleh terus tinggalkan kunci & mula pagi esok, mekanik boleh terus check WaQiL. then baru kami balik ke rumah. sebelum tu, kereta si Nuyull sebenarnya dah terlepas. sebab masa turun gear tu, memang tak sempat bagi tau nurul. memula tu, mintak dia tunggu di Hentian Sebelah Bukit Gantang. memang sebenarnya plan nak berhenti kat situ. aku akan naik sama Nuyull & Yons akan terus ke Selama-Kedah. then masa nak tunggu Plus tow to, aku call Nuyull & tanya dia masih ingat lagi ke tak jalan ke rumah aku. kesian kat diaorang tunggu lama & bertambah kesian kat Niya. Nuyull bagi tau yang dia masih ingat. Alhamdulillah. mintak diaorang pergi dulu & terus rehat.

Alhamdulillah, WaQil dapat keluar bengkel Sabtu petang, dapat detect apa yang rosak & dapat dibaiki. Syukur sesangat. & Alhamdulillah jugak jadi tu, tak jauh sangat dari rumah & kebetulan pulak Ba'A memang kerja kat Proter Service tu.. + bukan cik Yons sensorang...Sabar ye Cik Yons...macam nie la bila kita pakai kereta kan...paling penting, WaQiL dah OK! ;)


p/s: Selamat bercuti ya Cik Yons & family. jelessss tau! ;) & kawan2, pagi tadi mak bagi tau something...Insyallah, ada benda 'besar' (bagi orang lain, aku tak pasti, tapi pada aku BESAR!) Alhamdulillah, cik Yons cakap aku senyum sampai ke telinga! ;p....Insyallah, tak tergambar apa yang ada dalam hati... tapi sebenarnya, takut pun ada.. hanya Dia yang lebih tahu...Insyallah..moga dimakbulkan-Nya. doakan aku ye kawan2! ;)

Sunday, May 22, 2011

Cuti-cuti Malaysia @ Kulaifornia: Senibong

Masa cuti-cuti di Kulai tempoh hari, Cik Yons beria-ia nak bawa aku merasa angin di Senibong! ;) Not bad, seronok makan-makan di tepi laut nie. sama juga la macam di Jeram & Umbai di Melaka. lagi best sebab dapat berkenalan dengan kakak & abang angkat cik Yons; Kak Nina & family. rasa macam kakak sendiri. Thanks ya sista, sudi luangkan masa, sudi dengar ocehan kami & sudi berikan nasihat-nasihat yang berguna..Thanks sebab sudi anggap kami nie macam adik sendiri! ;)

Makanan di sini, hmm..Ok. but I'd prefer Umbai / Jeram @ Bagan Lalang lagi. mungkin sebab gerai yang kami pg tu, makanan dia dah dimasak siap. jadinya, bila sampai ke meja, dah sejuk. mungkin gerai-gerai lain di kawasan yang sama, ada yang sedap. siapa tahu kan? mungkin lain kali, boleh try gerai yang lain pula..Kan Cik Yons!? ;p

p/s: sorry ya Yons..agak lama, baru aku post gambar2 nie..... nite & sweet dream ya kawan2...;D

Friday, May 20, 2011

Petang Jumaat di 'Kandang' ;p

Alhamdulillah, setel MP3/2011. Lega sesangat! ;) Kebanyakan paper yang dibentang, dipersetujui syor yang diberikan tetapi dengan sedikit pindaan saja. Alhamdulillah, dilorongkan-Nya.. ;)

Yang menarik perhatian, semua mengetahui Isu semasa yang melibatkan office sekarang nie & aku attach kan di sini, petikan statement daripada 1st man:

"IAEA tidak mempromosikan teknologi nuklear, tetapi IAEA mempromosikan bahawa teknologi nuklear itu perlu digunakan secara selamat dan terkawal"

Hmm...ya, itulah yang sebenar-benarnya...

Monday, May 9, 2011

Dalat, Vietnam.....

Assalamualaikum to all my friends,

I'm in Dalat Vietnam. Cantik tempatnya. Udara nyaman & persekitaran bersih. aku akan berada di sini hingga hari sabtu nie; attending workshop berkenaan dengan Radiation Protection Program. Alhamdulillah, aku sampai petang semalam. Hotel pun ok; Sammy Hotel, Dalat City. Yang lawaknya, aku tak sedar tak ada air conditioner! dapat tau pun sebab si Hairul org ANM yang bg tau. loh. malam tadi tido ok, tak panas. semalam sembang dengan Officer yang jemput kami, diberitahu ka sini ada 2 musim; dry & raining. Sekarang nie mula musim hujan. Semalam masa sampai, cuaca redup aja, tapi tak hujan. aku dgn Hairul ambik kesempatan jalan-jalan di persekitaran hotel, konon-konon nak cari supermarket. tapi tak jumpa! aduh..nampak gayanya, petang nie, lepas abis class, nak tanya kat Organizer. Insyallah ada tu. semalam bahyak jumpa kedai-kedai kecil umpama kedai runcit aja. cuaca sini pun nyaman, jadinya semalam, walaupun kami hanya jalan kaki, tapi tak berpeluh. ;)

Oh ya, waktu kat cnie, lambat satu jam dari Malaysia. tak la beza sangat. ok, dah hampir pukul 8:45am (Waktu cnie) kejap lagi nak kena berkumpul utk ke Institut. Daa kawan-kawan..will update to you later ya! ;D