Venue: WeGA, on the way balik dari junguk Azra Sofea
Abah: Lydia letak pewangi apa dlm keta nie?
me: kenapa Abah?
Abah: bau manis, macam bau nenas
me & adik: mana ada bau nenas..hahahahahha
Mak; Abah ko memang! ada ka bau nenas
me: bau jasmine / bunga melur la Abah! ;p
hehe...miss my family, especially my parents. padahal, baru ja Isnin lepas diaorang balik 'Tepeng'! ;D.. kebetulan la pulak, daripada hari mak & abah balik tu, aku kena cerry-berry, sampai sekarang belum sembuh sepenuhnya. backpain pun sama gak. especially terasa bila opis hour. mungkin sebab kat sini, aku banyak bergerak & posisi bila duduk tu tak betul. hmm..2 hari lepas, Izan ada datang cnie, dia cadangkan letak bantal kecil kat kerusi tu, boleh support tulang belakang bila duduk. insyallah, akan cari nanti.. malam-malam pun bila tido, aku tak pakai bantal, tido tegak ja. so far, dah tak ada la rasa sakit sangat. Alhamdulillah, getting better..
Hmm..kaitan antara dialog kat atas tu, just nak cerita pasai bau yang paling aku suka. bukan bau parfum tau (my fav: classique by JPG! ;p). tapi, yang semulajadi. aku suka bau tanah merah bila lepas hujan. teringat masa study di UKM dulu. aku duduk di Kolej Idris Al-Marbawi, dekat luar. bila hari Selasa & Sabtu, kami selalu jalan ke pasar malam dekat Shell BBBangi tu. masa tu, flat warna-warni tu tengah dok bina. jadinya, banyak tanah merah kat situ. bila lepas hujan lalu kat situ, @ mana-mana tempat yang ada tanah merah, rasa best sangat bau/aroma dia! BETUL! cuba korang bau! hehehehe...lagi satu, bau rumput lepas dipotong/mesin, pun best jugak! hehe..
ok kawan-kawan, yang lelaki, selamat solat jumaat ye. Doakan la utk aku sekali tau! ;)
2 comments:
owh.. MJ
sayang sekali seri dibabak kedua
ah..harimau malaya, cuba lagi!
;)
Insyallah...pengajaran utk mereka & kena baaanyaaakkkkkk lagi diberi latihan + pendedahan di peringkat Antarabangsa...
Doa kita sentiasa bersama mereka kan...
Post a Comment