Search This Blog

Sunday, August 8, 2010

PD - Blue Lagoon

Alhamdulillah...Best kan...dah lama tak ke pantai...aku suka laut! ;) mak & abah still dok crita masa kecik2 dulu, awan atas kat atas bukit pun aku kata laut..tadi pagi, bawak mak & abah ke PD..teringat dulu, masa kecik2, kami beraya kat sini. dulu bila raya orang balik kg..tapi kami blk bandar! hahaha...


Skarang nie, rumah kat PD tu (Rumah Rakyat Bt. 11, Teluk Pelanduk) Mak Lang Zana & Siti Nur yang duduk. hajat mak & abah nak ziarah diaorang. dah lama tak jumpa semenjak arwah pak lang meninggal. Alhamdulillah tengok mak cik Zana sihat. Siti Nur, belajar rajin2 tau! ;) tak kisah la sekolah kat memana pun, janji usaha, Insyallah boleh berjaya.


Lepas tu, singgah ke gerai Mak Tam Yati.. Alhamdulillah dia dengan AnNur ada. Pun mak & abah dah lama tak jumpa jugak. dia berniaga dekat Pantai Tanjung Biru..cuaca pulak elok & redup aja hari nie..Lepas hujan rupanya. kat sini, tak banyak sangat orang berkelah...rasanya lg ok kalau nak dibanding dengan Teluk Kemang. sebab kat sana terlalu ramai orang. dah la banyak dipasang kanopi & sewa dia MAHAL! Insyallah, lain kali kalau ada rasa nak berkelah tepi pantai..kat sini akan jd destinasi tempat tuju! ;)











Gerai tempat Mak Tam Yati berniaga. Sedap goreng pisang, cempedak & cucur udang dia! ;)

p/s: Cik Yona..tak dapat pg Mersing, PD pun jadilah..Insyallah, ada rezeki, kali kali kita berkelah kat cnie. pastu kalau tak ada aral melintang, akan sampai jugak aku ke Kulai! ;) + hjg tahun nie kita ke Ganu..woha.. ;p

2 comments:

miss nina said...

cantik juga Blue Lagoon ni Lyd.
kalau buat group camping kan best. masing2 bawa khemah n sediakan bahan masakan ready made.

isk..isk... hati aku mahu ke Pantai ini juga..lagi dan lagi

irl-lis said...

ya..betul cik yona..tp pada aku, kalau dah namanya pantai..kat mana2 pun chantekkk! hahaha..kata2 org yg suka sesgt laut! ;)

itula...rasa cm nam beli khemah..tetiba!? hahaha..bestnyerr!
hati aku juga...lagi & lagi..jommm...bila ekk!? ;D

cik yona, What If..Hmm..nanti lah..hahaha