Petikan dari Blog 'keretamayat'....terima kasih kerana telah menyedarkan aku...
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah SEBAIK-BAIK UMAT yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu MENYURUH BERBUAT SEGALA PERKARA YANG BAIK DAN MELARANG DARIPADA SEGALA PERKARA YANG SALAH (Berdakwah) serta kamu pula beriman kepada Allah "
(Aali Imran 3:110)
Tuhan...adakah aku...
"manusia tidak akan bertindak mengikut apa yang mereka tahu, tapi manusia akan buat mengikut apa yang mereka yakin"..
Betul seperti yang ditulis di atas. Tuhan...adakah aku...
"Rezeki berkat adalah:- KORANG DAPAT TAAT PERINTAH ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN..
Waktu korang kayapun dapat taat perintah Allah, waktu korang miskinpun dapat taat perintah Allah, itulah rezeki berkat yang mana rezeki tidak menghalang korang dari taat perintah Allah.., baru berkat!
Moralnya disini, sentiasa mintak rezeki yang berkat pada Allah, yang mana samaada korang senang ataupun susah tapi masih dapat taat perintah Allah, samaada korang kaya ataupun miskin tapi masih dapat taat perintah Allah, samaada korang sihat ataupun sakit tapi masih dapat taat perintah Allah… itulah rezeki berkat namanya, kesusahan dan kesenangan tidak menghalang korang dari mengingati Allah.. Alhamdulillah.."
Tuhan...adakah aku...malunya aku Ya Allah...
0 comments:
Post a Comment