Search This Blog

Thursday, July 5, 2012

rasa hati...(V)

....
There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return....




Petikan daripada:
So Soon; 

MAHER ZAIN

Wednesday, June 13, 2012

Monday, April 23, 2012

Dad..

My daddy my HERO...
Selamat hari jadi Abah... ;)

tiada kata secantik bahasa, yang dapat gambarkan kasih sayang kami kepadanya...

Tuesday, April 10, 2012

hadapi dengan senyuman....

untukku dari sis S...TQVM ya..
Sekarang aku tujukan utk kamu semua pula...


Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik baik saja

Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang



- Dewa

Friday, March 23, 2012

Tuhan.. (VI)

Hari Jumaat..penghulu segala hari.Indah hari ini sebenarnya. awal pagi tadi semasa bergerak ke office, kabus menutup berbaris-baris..redup sahaja..

rupa-rupanya, rasa damai, indah itu tidak lama.
hmm...aku rasa stress hari ini..
down.. terasa umpama tak dapat menanggung..Ya Allah..

tapi aku tahu, walau apa pun yang aku rasa, aku juga yang perlu buat, aku yang perlu selesaikan, aku yang perlu menanggungnya...

KUATKAN SEMANGAT!!!!

Monday, March 19, 2012

drpNya kita datang, kpdNya kita kembali

Al-Fatihah....
Kesayangan kami: Zaitun Shamsuddin... (1930 - 18 Mac 2012)
Moga rohnya dicucuri Rahmat-Mu
Amin

Keterangan gambar: di dalam ambulance ke HTJ, Seremban (Isnin: 12 Mac 2012)

Sunday, March 4, 2012

me & my 'mini' library...


Salam kawan-kawan...LIS akan ke sini bersama MN..yihaaa...
JOMMMM

Wednesday, February 22, 2012

another: selamat malam....

to all my family & friends....selamat malam
Take care of yourself.....

It's time for us to part
Yeah, it's best for us to part
Oh, but I love you,
Ooooh, I love you

Take care of yourself,
I'll miss you

The nights are long alone,
I sit alone and moan
Oh, 'cause I love you
Ooooh, I love you

Take care of yourself,
I'll miss you

And no more tears to cry,
I'm out of goodbyes

It's time for us to part,
Although it breaks my heart
Oh, 'cause I love you
Ooooh, I love you

Take care of yourself,
Take care of yourself,
Take care of yourself

I love you

Monday, February 20, 2012

Misi 'menyelamatkan' duit.. (Part II)

Tolong..tolong..tolong.. yang mana satu yer!?

Yang ini:



atau yang ini:


p/s: tapi, jangan pula pilih atau yer. hihihihi...

To tell the truth, aku bukannya technology freak. In fact, ramai yang kutuk, kenapa masih tak tukar phone. Tapi keadaan semasa (lebih tepat lagi, WORK) + phone cap ayam (hehe..jangan marah ye Fendi, sesungguhnya phone nie tetap banyak jasanya) yang kekadang nak 'bermesra' nie yang membuatkan terpaksa jugak beli yang baru. so kawan2, tolong saya buat pilihan yer...

;D

Thursday, February 9, 2012

..'aku-aku'..Part (II)

L..
let me introduce you to Dr. H..
Dr. H.., L.. is handling permits, rx operator..bla..bla..


SO WHAT!!????
---------------------------------------------------------------
motivasi utk diri sendiri: mari kita dgr lagu ini:

...his words can't bring us down..
so don't you bring me down today..

Sunday, February 5, 2012

Tahniah.... ;D

I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now
I heard that your dreams came true..



Yang kena dgn aku, hanya setakat baris di atas saja, bukan keseluruhan lagu tau! hehe..for those who knows lah...;) kad kahwin pun sangat sweet. cerita lawak masa terima kad, boleh dok fikir, sapa lg nama yang sama kat opis nie!? si Fitri dengar & terus cakap kad tu dari siapa. sorry bro, morning blues kot masa tu! ;p


Alhamdulillah..
Tahniah & Selamat penganti baru!!!!! ;D
aku happy utk ko tau! Moga bahagia hingga akhir hayat.. hehe..
Insyallah, kalau tak ada aral melintang, aku akan pg majlis ko.


p/s: ada yang 'paksa' aku buat MA di Daejeon! ;) aduss....macam mana yer. tak yakin sebenarnya nak sambung di luar negara...


hmm..mohon petunjuk-Mu Ya Allah..

Saturday, January 21, 2012

CNY 2012

;D

aku mulakan dengan senyuman..ehh silap. sepatutnya dengan Bismillah...maaf yer! ;)

Alhamdulillah...seribu kesyukuran kepada-Mu. hujung minggu yang panjang untuk kita semua. sepatutnya, aku & Adik dah sampai di kampung @ Taiping. tapi apa kan daya. semalam Adik accident. tapi syukur pada-Mu, dia hanya cedera ringan sahaja. lebam di lutut & bahu, luka-luka kecil di tangan. Cuma berjahit juga di lengan sebelah kiri. Syukur Alhamdulillah, tiada yang patah. sekarang nie, masih tidur lagi. biarkan dia. kesan ubat la tu. tadi cek, syukur dia tak demam...moga cepat sembuhnya..Ya Allah..

semalam petang dah bagi tau kat Abah. kami tak dapat balik semalam. aku cuma bagi tau, ada hal & balik lewat dari tempat kerja. tadi pagi pun, mak dah telefon, tanya dah bertolak ke belum. hanya jawab Insyallah, kejap lagi akan bertolak. sebetulnya, apa-apa yang berlaku, especially yang melibatkan accident, kami adik beradik tak akan beritahu mak terus. sebabnya, dia cepat risau. kalau silap bagi tau, dia pulak yang akan naik darah tinggi & tak sihat sebab risau berlebihan. jadinya, kami akan beritahu kemudian, di lain masa, bila semuanya dah ok & di masa santai2..

Alhamdulillah juga, kami tiga beradik nie, sangat rapat. boleh berkongsi apa saja, & bantu-membantu antara satu sama lain. adik-beradik Ina pun sama. kebetulan semalam Fendi & Ina bercuti. Adik accident di Sungai Besi. Kebetulan pulak Fendi & Ina baru aja selesai hal di Kedutaan Jerman. diaorang lah yang ambik Adik & bawa ke Hospital Seremban. sebelum tu, ambulance bawa Adik ke HKL, tapi sebab terlalu ramai orang, diaorang bawa ke Seremban. Si Ina kerja di sana. mudah la sikit dapat rawatan. Alhamdulilah, pakar sendiri sahkan cedera tak teruk & tak ada yang perlu dirisaukan..Hmm..aku pulak, tahu masa lepas balik kerja. itu pun sebab aku mesej tanya nak makan apa..sabar aje lah. Firdaus2...

tadi basuh jaket yang dia pakai, which is yang aku beli di Uniqlo Asakusa, Tokyo tempoh hari, ada koyak di bahagian lengan & tengkuk...sebetulnya, hari Khamis lepas adalah hari jadi dia yang ke-24. ingatkan nak belikan hadiah parfum / produk Bodyshop. tapi bila dah 2 kali accident nie, aku fikir nak carikan jaket kulit lah untuk dia. dah berulang pegi kerja naik motor nie, kalau pakai jaket kulit tebal, kalau jatuh, tak la teruk cedera..hmm..mana yer nak cari!?

Insyallah, nanti tanya si Moon @ Fed lah...ok kawan-kawan, selamat berhujung minggu yang panjang yer! ;) Aku sambung cuti lagi 2 hari (Rabu & Khamis)..so, jangan jeles! hehe....kepada kawan-kawan yang menyambut CNY; Happy & prosperous CNY yer! Daa...


Tuesday, January 10, 2012

'cuci tangan' & 'aku-aku'

Alhamdulillah...dah ok dari food poisoning. syukur tak melarat. bukannya apa, baru EL sehari, dah ada yang 'bimbang' aku akan mc lagi hari nie. aku tak mintak pun sakit & sapa yang mahu sakit kan. tapi dah nak kena, nak buat macam mana. terasa lah jugak. tapi malas nak layan. aku buat dek aja. hidup mesti terus & banyak lagi benda yang aku perlu fikir & setelkan..

hmm..too much to say but could't find the words!? mungkin...aduhai..macam-macam benda berlaku..Allah, beri aku kekuatan..sedih, terkilan semuanya ada. tapi bak kata sis S, ini dugaan & Insyallah, kita mampu atasinya.. sedih melihat 'perang email' yang berlaku. sedih sebab perkara yang didoakan jangan berlaku, berlaku juga. sedih..tidakkah mereka terfikir, mereka itu umpama 'cuci tangan'!? senangkan, 'tolak bulat2' aja. kami tahu, kami di bahagian operasi. tapi tidakkah pernah terfikir, dengan beban yang ditangung, sistem yang belum stabil sepenuhnya, isu semasa & paling penting; tanpa manual, macam mana nak proses? sedih bila dikata kami pernah hadiri kursus seperti yang pernah dihadiri mereka. baru SEKALI hadir, itu pun baru PENGENALAN, bukannya CARA PROSES, telah dikira sama!? sapa yang terlibat dari awal? sapa yang pergi meeting? sapa yang pergi training? kalau nak tolak ke kami, kenapa tak libatkan dari awal!? Ya Allah..kurniakan kami ilham untuk atasi masalah ini. inilah akibatnya bila sesuatu keputusan diambil, tidak melibatkan kedua-dua belah pihak. apalah salahnya, dua bahagian yang terlibat duduk berbincang terlebih dahulu, kaji kesesuaian & permasalahan masing-masing, baru sesuatu keputusan itu dibuat. ini tidak. di sana kata lain, di sini cakap yang sebaliknya. bila dah jadi macam nie, nak dibincangkan semula!? aku tak faham...di 'situ' ada yang berasal dari sini. sepatutnya lebih memahami tugas-tugas & beban di bahagian ini. atau, umpama sesetengah orang, sekarang nie mesti 'sama' aja macam dulu. jadinya, boleh lambakkan apa saja!? macam itu ke?...Ya Allah..kenapa kami jadi macam ini!?

juga, kenapa mesti ada ohh..itu bukan kerja 'aku' @ 'bahagian aku'. kemana semangat satu jbtn!? tidakkah terfikir, kalau diluar, orang lain akan memandang sebagai jabatan. bukan sebagai individu dari bahagian tertentu. Ya Allah, harap jangan sampai parah & ada jalan untuk betulkan semua ini..

'kembali ke pangkal jalan' mungkin!? siapa yang tahu kan!?

Insyallah...ada jalannya nanti... ;D