Search This Blog

Saturday, January 21, 2012

CNY 2012

;D

aku mulakan dengan senyuman..ehh silap. sepatutnya dengan Bismillah...maaf yer! ;)

Alhamdulillah...seribu kesyukuran kepada-Mu. hujung minggu yang panjang untuk kita semua. sepatutnya, aku & Adik dah sampai di kampung @ Taiping. tapi apa kan daya. semalam Adik accident. tapi syukur pada-Mu, dia hanya cedera ringan sahaja. lebam di lutut & bahu, luka-luka kecil di tangan. Cuma berjahit juga di lengan sebelah kiri. Syukur Alhamdulillah, tiada yang patah. sekarang nie, masih tidur lagi. biarkan dia. kesan ubat la tu. tadi cek, syukur dia tak demam...moga cepat sembuhnya..Ya Allah..

semalam petang dah bagi tau kat Abah. kami tak dapat balik semalam. aku cuma bagi tau, ada hal & balik lewat dari tempat kerja. tadi pagi pun, mak dah telefon, tanya dah bertolak ke belum. hanya jawab Insyallah, kejap lagi akan bertolak. sebetulnya, apa-apa yang berlaku, especially yang melibatkan accident, kami adik beradik tak akan beritahu mak terus. sebabnya, dia cepat risau. kalau silap bagi tau, dia pulak yang akan naik darah tinggi & tak sihat sebab risau berlebihan. jadinya, kami akan beritahu kemudian, di lain masa, bila semuanya dah ok & di masa santai2..

Alhamdulillah juga, kami tiga beradik nie, sangat rapat. boleh berkongsi apa saja, & bantu-membantu antara satu sama lain. adik-beradik Ina pun sama. kebetulan semalam Fendi & Ina bercuti. Adik accident di Sungai Besi. Kebetulan pulak Fendi & Ina baru aja selesai hal di Kedutaan Jerman. diaorang lah yang ambik Adik & bawa ke Hospital Seremban. sebelum tu, ambulance bawa Adik ke HKL, tapi sebab terlalu ramai orang, diaorang bawa ke Seremban. Si Ina kerja di sana. mudah la sikit dapat rawatan. Alhamdulilah, pakar sendiri sahkan cedera tak teruk & tak ada yang perlu dirisaukan..Hmm..aku pulak, tahu masa lepas balik kerja. itu pun sebab aku mesej tanya nak makan apa..sabar aje lah. Firdaus2...

tadi basuh jaket yang dia pakai, which is yang aku beli di Uniqlo Asakusa, Tokyo tempoh hari, ada koyak di bahagian lengan & tengkuk...sebetulnya, hari Khamis lepas adalah hari jadi dia yang ke-24. ingatkan nak belikan hadiah parfum / produk Bodyshop. tapi bila dah 2 kali accident nie, aku fikir nak carikan jaket kulit lah untuk dia. dah berulang pegi kerja naik motor nie, kalau pakai jaket kulit tebal, kalau jatuh, tak la teruk cedera..hmm..mana yer nak cari!?

Insyallah, nanti tanya si Moon @ Fed lah...ok kawan-kawan, selamat berhujung minggu yang panjang yer! ;) Aku sambung cuti lagi 2 hari (Rabu & Khamis)..so, jangan jeles! hehe....kepada kawan-kawan yang menyambut CNY; Happy & prosperous CNY yer! Daa...


2 comments:

Anonymous said...

hope firdaus xpape la kak-nurul

irl-lis said...

Alhamdulillah..he's getting better. tangan dia dah makin ok.

Thanks ya Nuyull.. ;D