Search This Blog

Saturday, September 4, 2010

adik beradik & syukur pada-Mu

Assalamualaikum...selamat berhujung minggu. My Love yang kerja, selamat kerja yer! ;)

Semalam bukak puasa sama dengan Fendi, Firdaus, Ina, Nekma & Ammirul. seronok sesangat sebab berpeluang jugak la tahun nie buka puasa dengan adik beradik sendiri. cumanya tak ada mak & abah....miss you mak & abah! ;( Alhamdulillah, makan pun makin lalu dah dekat2 nak habis puasa nie. at least boleh la habiskan sepinggan nasi & siap tambah lagi. kalo tidak, makan pun cam kena paksa aja...
diaorang balik ke taiping hari nie. nekma pulak ke johor. tak dapat ikut ke taiping sebab fendi balik cnie isnin nanti, dia keja malam. tetiba rasa cam nak ambik cuti ajer, ikut diaorang. tapi fikirkan keje yang menimbun tu..& akan cuti lama dari hari rabu till 20 hb, tak apa lah. so, hujung mgu nie buka sensorang lah yer! ;(

mgu nie, kengkawan yang jual kuih dah distribute kpd pembeli. lebih terasa meriahnya nak raya. ada la beli sikit2, kuih sepit, suji badam, kek buah utk mak & tart nenas. tart nenas tu boleh buat sendiri. tapi malas sebab nak kena buat jam sendiri. kalau pakai jam biasa, akan cair & buat lekat kat dulang aja. tak apa lah, lain tahun buat sendiri yer. jaadilah... buat cornflackes madu & almond london. kalau rajin, esok buat lagi. boleh jadi stock lepas raya...kot2 buat jamuan ker!? hehehe...Chaiyok Lydia! ;D

Peristiwa 2 Sept;
Alhamdulillah....syukur pada-Mu. si Nuyull yang mula dulu. lepas aja solat jemaah, nuyull datang dekat & ckp; Kak Lyd, kita mintak maaf sekarang nak tak. terkedu masa tu & dok pikir apa la nak cakap. tapi fikir balik, bila lagi. mgu depan 2 hari aja kerja. hari tu kan niat nak buat sebelum balik raya. tarik kak Ratna & cakap kat dia. kak Ratna pun seronok & cakap dia akan support & stay. si Mira masa tu dah nak keluar. kak Ratna mintak Aqeelah panggil dia masuk balik & cakap suruh tunggu. so, terus kuatkan hati & slowly duduk kat sebelah dia.

aku: Mira, nak ckp sikit nie. Kitaorang nak mintak maaf.
Nurul: mintak maaf yer Mira...
Mira: ehh...kenapa nie ;) alaaaa...
aku: kami mintak maaf atas apa yang berlaku...tapi nie terpulang pada mira yer
Mira: kak Lyd..huhuu... (terus peluk aku)
aku: eh..akak bukan nak buat mira sedih. dah2 jangan nangis yer...
Mira: Mira rindu akak....inaz skali...
aku: ms inaz bg tau akak yg mira mengandung, akak rasa happy sesangat. seronok sebab adik akak sorang nie dapat rezeki...dah bahagia...akak tetap anggap mira adik akak sampai akhir hayat..
Mira: ye.. mira rindu korang..mira ada mimpi yang mira dah baik dgn inaz...si zul cakap tu petanda tu...bla..bla..bla..

Ya Allah, syukur sesangat! ;) atas limpahan rahmat-Mu. doa kami Engkau makbulkan...Mohon pada-Mu, harapanku yang lain jugak dimakbulkan oleh-Mu.. Ya Latif... Ya Latif... Ya Latif...


Kenangan..Trip to Beryls & KLCC Skybridge..


Noor Ermira Aida Mohd Noor Hashim


With Lily...gonna miss you! ;) selamat berjaya di tempat baru yer...

0 comments: