Search This Blog

Friday, September 17, 2010

'awek inside'

Tadi ikut abah ke bandar Taiping. Alhamdulillah, WeGA nak kena buat sikit aja lagi. semalam dah tukar minyak engine, oil filter, minyak gear & timing belt. Insyallah lepas abah solat Jumaat nanti, nak tukar balik lampu spoiler. yang tukar 2 hari lepas tu, ada LED yang tak menyala. so nak kena tukar balik. then nak buat bearing kereta & tukar tayar baru. abah suggest pakai tayar jenis 55, branded Dunlop. sekarang nie jenis 50. tayar yang pakai sekarang nie, dah makan tak sama. bunyi pun dah kuat. Alhamdulillah, dah hampir 3 tahun, bunga still ok. tapi dah abah suggest tukar, tukar aja lah. lagi pun, aku kekadang tu drive long distance. mungkin akan hantar adik ke Batu Pahat. hujung tahun nie pulak plan nak ke Pantai Timur. Alhamdulillah, syukur sesangat abah tolong maintain kan keta nie. kalo harap aku sorang....

N73 dah hantar ke kedai. re-format semula...Ya Allah, mohon pada-Mu, moga phone tu ok balik. nak beli yang baru, akan beli jugak lepas nie. Insyallah. tapi berharap sangat N73 nie boleh bertahan sampai ke saat itu..

tajuk di atas!? hehe...tadi masa drive balik, adatu kereta Kancil warna hijau muda, ada tampal sticker kat belakang kereta...terasa lawak & kiut! ;) cumanya tak pasti samada awek ke balak yang bawak. rasa macam balak! hahaha...nasib baik tak ada camera, kalo tidak, dah lama snap & post kat cnie!

0 comments: