Alhamdulillah..dah berbuka puasa. dapat juga berbuka dgn mak & abah. Firdaus hari nie ada majlis buka puasa dengan kengkawan MRSM kat Padang Rengas. hari nie buka dengan ayam kampung masak lemak cili api & rendang kerang tok wan. Perghhhh..SEDAP! ;) double happiness...amboi kat luar tu..dari petang tadi dah dengar berdentum-dentam! bunga api lah, mercun lag...+ meriam buluh! waaa....dah lama tak dengar. nie lah best raya kat kg nie! ;) tapi naper diaorang tak ajak main skali nie!? huhuhu...Adik, hang tak beli stock ker tahun nie!? hahaha
cerita tentang semalam..plan nak cabut dari opis konon tepat pukul 5.00pm. tapi biasalah..dah dekak pukul 6.30pm baru habis setel semua. fresh-up sikit, then baru gerak dari opis. fikir dah alang2 dekat pukul 7, baik beli makanan siap2. Touch & Go pun tinggal RM17 lebih, mana cukup utk tol & minyak pun tinggal setengah takuk. better isi penuh terus. sebab tak nak jadi macam tahun2 lepas, jenuh beratur kat R&R. tetiba teringin nak makan McD. terus ke Drive Thru Nilai.. ADUHAI..beratur panjang la plak..hmm. nasib baik la ada spare air kotak dalam kereta. lepas tu singgah ke Shell. ingatkan boleh tup-up T&G..tak boleh la plak..sabar aja lah...
masuk hiway dah dekat pukul 8. terus masuk elit. alhamdulillah, trafik lancar. apa lagi terbang la! ;) tak la laju sangat. habis tekan pun 140 aja. badan pulak rasa a bit penat, x leh pecut lagi sesangat. kesian kat WeGA! hahaha...sambil makan cheeseburger & kentang. boleh la masuk suku..jaadilah...habis karang kot2 mengantuk pulak. sebelum tu sis Suhana dah mesej suruh masuk ke guthrie. sebab diaorang tersilap masuk NKVE, trafik jammed. memang kalau balik ke Utara, suka ikut Guthrie. ada 3 line, so boleh pecut. cumanya tol tu lebih sikit la. tak apa lah. then dari elit terus masuk ke Guthrie. memula tu trafik slow jugak la. normal lah kat Kg Melayu Subang tu. pastu ok. then masuk ke Plus Rawang, pun ok jugak. memula aja sesak. terasa macam bukan balik raya ajer..hahaha...Alhmdulillah...sampai ke Tapah, tu baru la slow...40 km/j aja. sebabnya, jalan dah 2 line, lori & bas banyak yang nak masuk jugak lorong laju...dah nak masuk ke Gopeng, trafik ok balik. Alhamdulillah..boleh la laju balik. singgah top-up minyak kat R&R Kuala Kangsar. sampai rumah, tengok jam baru pukul 11 lebih..Alhamdulillah..lebih kurang 3 jam aja! ;) hehehe...
Hmm..dengar pengunguman raya jap...hehehe..ESOK POSA lagi! Jumaat Raya...My love yang keja hari jumaat tu, SELAMAT KERJA ye! ;) tak apa lah..kan memang dah kat kg.. kalau kami yang perantau nie, mahu menangis tak berlagu kan...
ok lah..nanti kita sambung merepek di sini..jom solat terawih! ;) seperti tahun2 lepas, aku berdoa moga ini tahun terakhir aku menyambutnya sebagai....... itu hajat Mak & abah yang belum dapat aku tunaikan... Mohon pada-Mu..moga diperkenankan-Nya.. Amin...
kat depan rumah..mana entah letak gambar rumah kg..family nucleus WRC beraya di KB tahun nie...tadi Fendi mesej yang diaorang bergerak dalam jam 7.30am. sampainya petang tadi..kesian..jammed teruk la tu..mengamuk apa Ammirul, lama sesangat dalam kereta. tapi tak apa lah, ramai bidadari dok iring sama! ;0 miss Ammirul tau! ;(
WeGA...pun depan rumah jugak. lepas raya nanti kita masuk 'klinik' yer..tukat 'mata' baru, polish 'skin' & tukar 'sunscreen' yang dah berbintik tu...Hmm..tukar 'darah' & 'enzim perut' + tukar 'bulu mata' baru yer! Wahahaha... & tambah 'vitamin' utk stabilkan 'power'! ;)
0 comments:
Post a Comment