"Our people are our GREATEST ASSET. They MAKE all the DIFFERENCES in the world. Our DRIVING FORCE has always been our people. From our humble beginnings to the present family size of 8,000 people, we stand UNITED and SHARE one common culture."
- Dato' Seri Tony Fernandes
Antara resepi kejayaan sesebuah syarikat yang diketahui umum & mendapat pengiktirafan hingga ke peringkat antarabangsa. ketepikan masalah/isu yang timbul (haku pung tak berapa gemar isu syarikat ini dgn MAS dll.... ;p). tapi diakui, ada aspek yang boleh dibanggakan dan dijadikan contoh yang baik daripada syarikat yang diterajui oleh Mr. Tony nie. Walau pun mak pernah cakap yang dia tak nak naik Air Asia lg! hehehe...
Hmm...anggap pekerja sebagai aset. ya, amat bersetuju! pekerja yang menggerakkan sesebuah organisasi/syarikat/jabatan. tak kira berada di kedudukan bawah atau di atas, pekerja, orang atasan & majikan saling memerlukan, saling bergantung antara satu sama lain...pada aku, kebajikan pekerja perlu di ambil kira. walaupun tahu, ada kekangan & hadnya. tapi setidak-tidaknya, tidak boleh dipandang enteng. sebab pekerja yang gembira..Insyallah, dapat memberikan mutu kerja yang baik. Juga, penting untuk ada team yang boleh 'masuk'. sebab, kita saling melengkapi. setiap orang, setiap unit/seksyen/bahagian. bak kata PBL & mantan PBN, kita gembira..rasa seronok bila hendak datang kerja. Betul tu...biar kerja kita banyak & tekanan diterima dari segenap sudut, juga team kita ok, Insyallah boleh dihadapi bersama. biar kerja banyak, tapi tak tension...betul kan!? hmm...
tapi, sejujurnya...adakah kebajikan itu dijaga!?
kenapa ya, kita tidak mengambil yang baik itu...
kenapa ya, bunga2 sikap mementingkan diri/bahagian itu wujud & kelihatannya mekar...
kenapa ya, sikap saling menyalahkan...perlu ada
Allah..mohon untuk dijauhkan...mohon dilorongkan, kami bersatu hati...