Search This Blog

Saturday, January 22, 2011

Cerita hujung minggu....

Minggu lepas, masa nie dok berehat -rehat di Taiping..home sweet home! ;) pulang ke sana..mak tak berapa sihat. lebih tepat lagi, tak lalu makan. kita yang muda nie, walau tak lalu macam mana sekali pun, akan paksa jugak makanan tu masuk ke perut. walau pun ada hadnya. sebab terlalu paksa & muntah semula pun tak bagus jugak..tu bulimia nanti.. aku pernah rasa itu...tak tetap paksa jugak at least walau pun sekeping roti. & akan pastikan banyak minum air..apa2 air. Alhamdulillah..sekarang nie, selera makan dah ok. badan pun dah rasa naik balik & tak la ada rasa macam melayang aja...Syukur pada-Mu

Tapi bila dah berumur, bila dah tak lalu tu, mak memang tak makan langsung. hanya minum air saja...akibatnya, dia tak ada tenaga & hanya baring saja. suggest kat abah, belikan mak vitamin, macam B complex ker..Alhamdulillah mak mahu makan. cakap jugak kat mak, kalau mak rasa tak lalu, mak kena minum susu ker, milo ker, kena masuk jugak..kalau tidak, macam mana nak sihat. nanti nak solat pun tak ada tenaga. alhamdulillah..mak lalu minum susu, milo & bila dia tak lalu makan nasi, kami belikan dia bubur, dia makan..Syukur sesangat. tapi memang nampak dia lemah...mak, kami sayang sangat2 kat mak..cepat sembuh ya. kan mak kata nak makan buah strawberry yang petik kat pokok. Lyd nak pegi belikan kat Cameron sana, mak tak bagi, mak kata nak petik sendiri. kalau macam tu, mak kena la cepat sihat. kalau tak sihat, tak ada tenaga, macam mana nak naik ke sana..Insyallah, nanti bila mak dah sembuh, kita pergi sama-sama.

Hujung minggu lepas, balik sini dengan sis Suhana. sebelum balik, ambil dia kat Ipoh. cantik rumahnya. sembang dengan si Imran yang keleteh & Irfan yang chomell. kali nie si Imran suruh lukis Ultraman & kapal terbang. dulu suruh aku tiup kuda. tiup kuda!? ahahhaa.....terhibur dengan gelagat diaorang berdua...teringat kat Ammirul tau! ;p

Seronok balik semula ke bandar dgn sis Suhana..bersembang, celoteh sepanjang jalan, tak la boring. Alhamdulillah lancar & kereta tak banyak. bak kata sis suhana, kan belum gaji, kalau tidak mesti sesak. betul juga. hmmm..tengok la mgu hujung mgu depan nanti, sempena CNY, mesti sesak PLUS hiway ni nanti...

Hari ini pula, baru lepas carikan mak lontong. cari di Nilai 3, dia teringin nak makan. Alhamdulillah, habis juga sepinggan dia makan tadi. seronok tengok. semalam abah & mak sampai. sebenarnya cakap kat abah, kalau mak still belum sihat, tak payah la datang sini. biar kami yang balik kg. mak kata nak berehat kat sini & rindu kat Ammirul....Hmm..ok la..alhamdulillah, semalam tengok dia ok. makan pun makin lalu. memang penuhkan peti ais dengan buah limau, tau fu fah, kuih2 & tapai + jus buah. cumanya pesan kat mak, kalau mak nak makan tapai tu, mak kena makan benda lain sebelum tu..alhamdulillah, dia ok. kuih2 dah habis, tau fu fah 2 mangkuk dah habis! mak & abah yang habiskan..Syukur... ;)

Hari nie sebenarnya Hari Jadi Ammirul Azim Bin Shamsul Afendi, yang pertama! ;) SELAMAT HARI JADI Ammirul. Allah selamat kan kamu di dunia & akhirat. moga kamu menjadi anak yang soleh & berjaya dalam hidup! Insyallah....kami semua sayaaaaannnngggggg Ammirul tau! muah3! ;p

Allah selamat kan kamu..
Allah selamat kan kamu....
Allah selamat kan Ammirul Azim
Allah selamat kan kamu.... ;)


p/s: mak long nak beli hadiah apa ya kat ammirul nie..any suggestion kawan!? ;p

3 comments:

Rohisham Ismail said...

Sewaktu kecil anak-anak menjadi perhiasan mata kerana lucunya, kerana dia tumpuan harapan, maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya.. dan ketahuilah bahawa sesungguhnya ibumu pasti bangga memperolehi anak yang seperti kamu...

Anonymous said...

selamat hari jadi ammirul....:)-NURUL

irl-lis said...

sham: terima kasih...tak ada apa2....biasa aja.. ;)

hmm..tgh tersepit sbnrnya. mak tak boleh mkn mknn manis sangat, sebab dah mula ada sikit kencing manis. tapi benda2 yg manis nie lah yg dia lalu mkn, + ais: cukup suka & tak boleh tinggal..still belum mahu mkn nasi...

nuyull: thanks! but still belum ada idea apa yg nak belikan..