Search This Blog

Wednesday, September 28, 2011

lagu @ hati.. (II)

Addicted to this....ubat hati!
hehe...

I wouldn't wanna be anybody else, hey
You made me insecure, to me I wasn't good enough
But who are you to judge
When you're a diamond in the rough

I'm sure you got some things
You'd like to change about yourself
But when it comes to me
I wouldn't want to be anybody else

I'm no beauty queen, I'm just beautiful me
You got every right to a beautiful life, come on

Who says, who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me that's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful, who says?

It's such a funny thing
How nothing's funny when it's you
You tell 'em what you mean
But they keep whitin' out the the truth

It's like the work of art
That never get to see the light
Keep you beneath the stars
Won't let you touch the sky

I'm no beauty queen, I'm just beautiful me
You got every right to a beautiful life, come on

Who says, who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me that's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful, who says?

Who says you're not star potential
Who says you're not presidential
Who says you can't be in movies
Listen to me, listen to me

Who says you don't pass the test
Who says you can't be the best
Who said, who said?
Would you tell me who said that, yeah
Who said

Who says, who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me that's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful, who says?

Who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me that's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful, who says?

- Who Says; Selena Gomez

Tuesday, September 27, 2011

Tuhan... (V)

Peristiwa semalam..

...di mata aku; aku nampak kau nie 'kecil' aja!
di hati & akal aku; Ya Allah, sesungguhnya aku berpuasa
Alhamdulillah.....syukur, aku mampu mengawal rasa marah. terasa menggigil menahannya.

tapi, tak bermakna kau lelaki, aku takut
tak bermakna bila aku tak melawan, aku tak kisah
tak bermakna bila aku ber airmata, aku lemah

segala yang berkaitan telah aku sediakan & beri kepada yang sepatutnya
jadi, tanggunglah akibatnya ya!!!!!

Ya Allah, kurniakan aku kebijaksanaan dalam menghadapi cabaran-Mu..
Ya Allah, moga dia insaf & ini sebagai pengajaran berguna kepada semua 

Sunday, September 11, 2011

Cerita hujung minggu...(V)

speaking without thought is a common action,
almost everyone has done it,
almost everyone has apologized for it...
- aku bukan Billy Milligan (Norhayati Berahim)

Hmm...jangan jadikan 'itu' sebagai 'common' ya. luka kepada yang menerimanya, hanya Allah yang tahu. tak ada apa2, just tertarik dengan phrase itu sahaja & jadikannya sebagai salah satu pengajaran..

Just get back from IKEA. cadangnya nak beli rak kasut, panel yang boleh attach ke dinding & kotak untuk letak baju/barang-barang + barang2 lain. tapi, rak kasut tu dah out of stock. panel tu pulak, yang panjang semeter, dlm RM59. macam mahal lah pulak & rasa tak berbaloi. yang lebih panjang dari tu, murah, tapi, tempat yang cadang nak letak, tak muat lah pulak. aduss..frust la jugak. tak apa, cari dekat kedai lain masa cuti Hari Malaysia lah nanti. so Cik Yona, bersedia utk teman aku nanti ya! ;)

Apa yang dibeli!? Kotak-kotak plastik, rak plstik utk pinggang & sudu, tupperware utk aku & Cik Yona, lapik laci + rak kayu 'SKOGHALL' (ada ruang kat dalam & boleh jadi side table)...
Alhamdulillah...okay, masa utk mengemas.. ;D

Thursday, September 8, 2011

lagu @ hati..

Currently listening & addicted to this....

Aku terluka
Ku sangka tak mungkin terjadi sekali lagi
Dulu kau kata
Tak mungkin aku kan kecewa
Hatiku akan kau jaga

Pernah ku sangka
Inilah cinta yang terindah dalam sejarah
Apakan daya aku yang menanti pelangi
Mengharap engkau yang pasti

Dan aku menangis lagi
Kecewa untuk sekian kalinya
Dan kisah cinta luar biasa
Habis kau ragut semua
Kejam dirimu
Kejam dirimu

Aku kecewa pedih
Tak mungkin dapat kau faham sakitnya
Kata-katamu lah punca segala
Cinta kita kau persenda
Pergi kau pergi
Tinggalkan aku menangis lagi

Apakan daya
Aku si bodoh yang percaya kata-katamu
Puas didepan mata
Terbukti  engkau lah pendusta
Bagimu hatiku tiada makna

Aku menangis lagi
Kecewa untuk sekian kalinya
Dan kisah cinta luar biasa
Habis  kau ragut semua
Apalagi perlu ku rasa
Aku terluka

Aku kecewa  oh pedihnya

Tak mungkin dapat kau faham sakitnya
Kata-katamu lah punca segala
Cinta kita kau persendakan
Pergi kau pergi
Tinggalkan aku
Biar aku sendiri

Luka aku terus meratapi
Luka-luka kecewa
Dan aku tahu ku tahu
Dalam hatiku takkan bisa merubah segala-gala

Aku menangis
Aku kecewa lagi untuk sekian kalinya
Dan cinta yang luar biasa
Habis kau ragut semua
Apalagi perlu ku rasa

Aku terluka, aku kecewa
Tak mungkin kau kan faham sakitnya
Kerna kau lah punca segala
Cinta suci kau persia
Pergi..pergi  tinggalkan aku
Biar aku menangis lagi....


Menangis Lagi
- Fina AF9

no heart feeling. just suka dengar ja (tipu!? hmm....tidak). Buat kerja sambil ditemani lagu nie, best jugak. tapi belum dapat jadikan lagu latar blog sebab lupa password mixpod...hahaha...

jom sambung buat kerja kawan2...Alhamdulillah, petang nie, lebih dari 20 lesen dah di review/verify

Saturday, September 3, 2011

kampung & WeGA...

Islam itu Indah
Islam itu Kedamaian
Islam itu Anugerah
Islam itu Agamaku
...dan aku bersyukur...
-iluvislam.com

masih lagi di kg...nyaman sesangat. pagi nie, sambil menaip ditemani radio Klasik-Nasional, radio fav Abah. Firdaus & Fendi selalu bersungut, asyik2 Klasik! haha...aku layankan ajer. kekadang tu best jugak dengar lagu-lagu lama nie. jangan terrsangat 'klasik sudah la yer. sakit telinga jugak kekadang tu! ;p

Ammirul, Azra Sofea, Fendi & Ina dah pulang ke Nilai. Alhamdulillah, sebab bertolak awal pagi, jalan tak jammed & cepat sampai. risau kalau jammed, Ammirul dengan Azra akan bosan & 'mengamuk' pulak. dapat tau, si Azra tido ajer. Ammitul pun ok. Insyallah, aku & Firdaus pula akan bertolak balik esok. harapnya tak jammed ya. nampaknya, memang kena bertolak awal pagi jugak. pulang ke kg nie juga, aku ambil peluang minta abah tengokkan keadaan WeGA. ada yang perlu dibaiki & ditukar. absorber/subsorber perlu ditukar. brek dah rasa kurang mencengkam. coolant pun selalu kena top-up. lapik kaki dah sangat2 'haus'. WeGA mesti 'lega', bila cuti lama di kg aja, ada 'doc' yang check dia & ada dapat 'benda' baru! hehe..sebabnya, harga alat ganti di sini murah & abah boleh dapat special prize lagi. buat pula dekat workshop bekas anak murid abah. Semalam dah buat aircond, abah bagi tau yang satu 'vacuum' dah tercabut, sebab itu ada bunyi. brek dah dibaiki, absorber dah dipasang. lagi best la WeGA bila drive balik nanti ya! ;)

Alhamdulillah. si Fendi & abah ada tanya, berapa lama lagi nak pakai WeGA? aku jawab Insyallah, aku tak akan jual WeGA, akan pakai sampai bila-bila. diaorg bagi tau, kalau nak pakai lagi dalam setahun dua, elok kalau buat top overhaul. harga dalam RM1000, makan masa dalam 5-6 hari. kalau nak pakai lagi lama, better tukar enjin. Twin-camp dalam RM3000. lagi ok sebab enjin tu ada '4 speed' (enjin sekarang; '3 speed'). Insyallah, dah minta abah carikan. kalau dapat, boleh la tukar..kena ambik cuti lah jawabnya. tak apa, cuti banyak lagi. boleh balik kg lagi. tambahan pula, pokok durian & rambutan kat depan rumah nie dah berbunga. Durian pun ada yang dah lekat buah. pokok manggis pulak duk berpucuk, abah kata mungkin tak berapa lekat buat. tak apalah, janji rambutan dengan durian ada! hehe...best la balik kg lagi hujung tahun nie! ;P

hari nie, kejap lagi, nak makan kenduri di rumah sedara di Alor Pongsu. hmm...sapa nak ikut!? ;p, best tau makan kenduri di utara nie. paling best, 'air asam'. sapa tak percaya, kena la rasa sendiri yer. ok lah, mak dah bising suruh bersiap. Daa.... ;D

Thursday, September 1, 2011

Syawal 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan. Tahun nie, Alhamdulillah, kami dapat berkumpul lengkap satu famili di Taiping, bersekali dengan Ammirul Azim & Azra Sofea. terasa lebih meriah + seronok & tak terasa penat melayan karenah kedua-duanya. Enjoy picture kami beraya yer...di rumah sendiri, rumah tok wan Saidin & saudara mara di kg nie + di Bagan Serai.

Untuk semuanya, jika ada tersentuh rasa, terkasar bahasa, tersilap bicara, canggung tingkah laku, mohon maaf zahir & batin ya..;D