Search This Blog

Saturday, September 3, 2011

kampung & WeGA...

Islam itu Indah
Islam itu Kedamaian
Islam itu Anugerah
Islam itu Agamaku
...dan aku bersyukur...
-iluvislam.com

masih lagi di kg...nyaman sesangat. pagi nie, sambil menaip ditemani radio Klasik-Nasional, radio fav Abah. Firdaus & Fendi selalu bersungut, asyik2 Klasik! haha...aku layankan ajer. kekadang tu best jugak dengar lagu-lagu lama nie. jangan terrsangat 'klasik sudah la yer. sakit telinga jugak kekadang tu! ;p

Ammirul, Azra Sofea, Fendi & Ina dah pulang ke Nilai. Alhamdulillah, sebab bertolak awal pagi, jalan tak jammed & cepat sampai. risau kalau jammed, Ammirul dengan Azra akan bosan & 'mengamuk' pulak. dapat tau, si Azra tido ajer. Ammitul pun ok. Insyallah, aku & Firdaus pula akan bertolak balik esok. harapnya tak jammed ya. nampaknya, memang kena bertolak awal pagi jugak. pulang ke kg nie juga, aku ambil peluang minta abah tengokkan keadaan WeGA. ada yang perlu dibaiki & ditukar. absorber/subsorber perlu ditukar. brek dah rasa kurang mencengkam. coolant pun selalu kena top-up. lapik kaki dah sangat2 'haus'. WeGA mesti 'lega', bila cuti lama di kg aja, ada 'doc' yang check dia & ada dapat 'benda' baru! hehe..sebabnya, harga alat ganti di sini murah & abah boleh dapat special prize lagi. buat pula dekat workshop bekas anak murid abah. Semalam dah buat aircond, abah bagi tau yang satu 'vacuum' dah tercabut, sebab itu ada bunyi. brek dah dibaiki, absorber dah dipasang. lagi best la WeGA bila drive balik nanti ya! ;)

Alhamdulillah. si Fendi & abah ada tanya, berapa lama lagi nak pakai WeGA? aku jawab Insyallah, aku tak akan jual WeGA, akan pakai sampai bila-bila. diaorg bagi tau, kalau nak pakai lagi dalam setahun dua, elok kalau buat top overhaul. harga dalam RM1000, makan masa dalam 5-6 hari. kalau nak pakai lagi lama, better tukar enjin. Twin-camp dalam RM3000. lagi ok sebab enjin tu ada '4 speed' (enjin sekarang; '3 speed'). Insyallah, dah minta abah carikan. kalau dapat, boleh la tukar..kena ambik cuti lah jawabnya. tak apa, cuti banyak lagi. boleh balik kg lagi. tambahan pula, pokok durian & rambutan kat depan rumah nie dah berbunga. Durian pun ada yang dah lekat buah. pokok manggis pulak duk berpucuk, abah kata mungkin tak berapa lekat buat. tak apalah, janji rambutan dengan durian ada! hehe...best la balik kg lagi hujung tahun nie! ;P

hari nie, kejap lagi, nak makan kenduri di rumah sedara di Alor Pongsu. hmm...sapa nak ikut!? ;p, best tau makan kenduri di utara nie. paling best, 'air asam'. sapa tak percaya, kena la rasa sendiri yer. ok lah, mak dah bising suruh bersiap. Daa.... ;D

5 comments:

Syam said...

seronok beraya di kampung...
selamat hari raya..
mmm nak ikut... ikut makan buahan..

Anonymous said...

seronoknyer raya di kampung..nak itut..hehe -mila ibu najihah&faris

irl-lis said...

Syam & Mila:

Alhamdulillah..Selamat hari raya! ;)

Datang aja ke Tepeng..;p

miss nina said...

waga balik sana, bertambah sihat macam tuan dia

p/s: katanya ada berita pasal "langsung", jap..nape aku tak tahu ye?

irl-lis said...

;)

'langsung'? apa yer!?