Sambungan cerita cuti-cuti masa CNY yang lepas...
Panorama malam + angin selat melaka, Amazing! ;) mula-mula sebenarnya, Cik Yona nak tengok wayang. tapi biasalah, dah namanya cuti, peak season plak tu. bila tak dapat booking/beli online, chances untuk dapat tiket kat kaunter tu, memang amat tipis lah. so, kami ambik keputusan jalan-jalan kat Bandar Hilir nie. dari Dataran Pahlawan, kami ke tempat River Cruise. sebelum tu, singgah ke Flea market / pasar malam kat situ, sempat jugak cik yona buat quick shopping & aku plak cari kopi, sebab rasa mengantuk sangat2. macam sleep walking aja! ;p then kami ke River Cruise..Alhamdulillah, banyak feri disediakan,. jadinya tak lah tunggu lama. memang best sangat, hirup angin & suasana sejuk malam. tengok kiri-kanan banyak orang bersantai, lepak di sepanjang sungai. rasa tenang aja. cakap kat yona, lain kali kita kena datang lagi. boleh kita jalan-jalan kat pinggir sekeliling sungai nie. dah la masa tu kami pakai wedges. tinggi la jugak aku cakap kat Yona, dah tak reti-reti, kalo kat overseas tu, pandai pulak pakai sport shoes bila berjalan. nie wedges yang dipakai sangatla tak sesuai! ;p nasib baik tak pakai heels. kalo tidak, ada orang yang terpeleot kaki mlm tu! hahaaha..Insyallah, lain kali teringin nak naik Eye on Melaka & menara tu (aku lupa nama dia) & jugak monorel Melaka.
Pemandangan dari River Cruise, cantikkan! ;) salut kepada Gov. of Melaka, atas usaha yang dibuat untuk mencantikkan persekitaran sungai. dah la waktu malam, jadinya kurang panas & dlebih selesa. dapat menikmati lampu-lampu di sepanjang pinggiran & macam-macam bentuk rumah, bangunan, mural/lukisan. hanya boleh katakan: WOW! ;D thanks bebanyak cik yona atas ajakan aku ke cnie! ;P
From left: Pokok Melaka. sorry gambar kureng kualiti. Lumix ada prob...nak kena sambar DSLR!? Hybrid maybe!? ahahha. then di sebelahnya, 'orang' yang teringin nak jadi Pengayuh beca' ehh...yang movie P.Ramlee tu tajuknya 'Penarik Beca' kan!? hihihihi....lepas naik cruise, kami ronda-ronda dengan beca pulak. Alhamdulillah, kami dapat abang beca yang peramah, mulutnya tak henti2 bercerita tentang sejarah Melaka, ditunjukkan kami tempat/bangunan bersejarah + penerangan ringkas. terima kasih & seronok sangat! ;)
kawan-kawan, pergilah bercuti ke Melaka! ;)
4 comments:
menara tamingsari kan?
ye...BETUL! ;)
Thanks Mila
hikhik..famous la cik yona pasni .. dah jadi model beca.
yaaaa..Persatuan Beca sedunia mengalu-alukan!
kring..kring..tepi-tepi, model nak lalu! ;)
Post a Comment