Search This Blog

Tuesday, February 8, 2011

tugas...

hmm..apa ya tajuk untuk hari ini..ehtah la..nanti ya akan dibuat kelak. mungkin bila catatan ini selesai ditulis, akan ada idea untuk letak...

Tadi ada perbincangan antara all Officer dgn PBN. hmm..macam-macam isu..pelbagai perkara..ok, mula dengan lontaran tag yang menarik oleh PBN:

Hidup kena ceria, jangan stress. Jiwa kena besar
..be professional, be commited. jangan emotional.
change our life & kena pandai bahagikan masa...

juga diberitahu, ada antara warga yang bercerita, sekarang nie ada perubahan, senang untuk handle & hubungan antara Division dikatakan makin baik. aku tahu maksud disebaliknya..hmm...aku juga tahu apa tanggapan kalian yang berkenaan bila baca catatan nie..hmm..aduhai..dulu & kini sama sahaja..tapi, mantan dulu dengan gayanya..sekarang dengan caranya..

juga rupanya masih timbul isu kenapa aku tidak handle part Nuclear. aduhai..berkenaan ini, rasanya penjelasan telah diberikan banyak kali. hmm..mungkin kena sabarkan hati & katakan, manusia itu mudah lupa..atau sengaja suka membangkitkan perkara yang dirasakan tidak 'suit' kehendak hati oleh pihak-masing-masing..ok...biarlah..bukan ke sesetengah perkara, diam itu adalah lebih baik..

sebetulnya, memang aku tidak diletakkan di bawah Seksyen yang berkenaan. tetapi silent decision yang dibuat di dalam meeting officer tempoh hari, aku diminta untuk sama membantu Unit Nuclear. maknanya sekarang ini, aku handle Kebenaran & Nuclear. cumanya tidak di war-warkan. buktinya, bila ada isu berkaitan dengan nuclear, aku diminta untuk turut serta. tak kira lah meeting atau sebagainya. yer, aku terima & Insyallah, dengan pengalaman ada semasa di INS dulu, Insyallah aku akan cuba untuk setelkan..tak timbul isu sebenarnya..

lagi satu, lepas aja meeting tu, my dear sista A & N ada jumpa, berkenaan MP, siapa yang perlu jadi urusetia & SU. instead of 'orang itu', kenapa aku yang kena..hmm..sebetulnya, masa benda nie dapat, aku tiada idea untuk menepis. diberitahu, benda nie digilirkan setiap tahun, itu alasan yang diberi oleh Ketua Seksyen bila dia minta untuk dimasukkan ke dlm SKT 2011...walau dalam kepala, boleh ke aku handle...Hmm..jadinya masa itu, aku anggap ini satu cabaran & antara tugas yang perlu dilaksanakan. Minggu lepas, ada sis S suarakan benda nie. dia juga cakap yang benda ni perlu lantikan di dalam mesyuarat. masa itu, aku dah kongsi dengan dia apa yang berlaku & aku juga cakap kepadanya, 'orang itu' tu, bila system dah siap, apa kerja dia...kita nie..hmm...

tadi sista A & N pun cakap benda yang sapa. siap tunjukkan cabutan minit yang berkaitan. aku mengaku pada sista A, aku dah terlepas pandang /terlupa yang Nuclear juga antara task yang perlu aku setelkan..& untuk tahun nie, banyak juga task nuclear yang telah kami kenalpasti perlu di handle, sampai lah ke hujung tahun. ALLAH...betul cakap sista A, bila masanya nak dibuat, + dengan beban kerja sedia ada jika MP ini juga dibebankan kepada aku..

so, diaorang cadangkan aku jumpa dgn PBN & beritahu perkara sebenar. hmm...harap sangat PBN mahu dengar & buat keputusan....

Hmm...aku perlu siapkan minit MP dulu...
Tuhan..bantu aku untuk aku siapkan secepat mungkin..dalam masa yang singkat
Insyallah

4 comments:

miss nina said...

ada nampak jalan2 positif dari meeting tu. bear in mind that semua tu part of cabaran.

mana yg mampu buat, buat dengan sepenuh hati. all the best L

dont worry, berbincang sesama n try to find the best solution.

irl-lis said...

;)

Insyallah sis...itu yang cuba & sedang dilakukan...

& Alhamdulillah..aku dikelilingi oleh kamu semua & juga 'dream team'

aku terima jika MP still jadi tugasan aku..Insyallah. ada hikmahnya kan...

mila.ibunajihah said...

Good Luck! jangan tensi-tensi :)

irl-lis said...

;)
ehh...orang baru!

thanks Mila. peluk cium najihah utk aku ya... ;p