Search This Blog

Thursday, February 3, 2011

Musibah di Mesir

Kawan-kawan..sahabat-sahabat sekalian, mari kita sama-sama berdoa, krisis di sana dapat ditamatkan. Mohon pada-Mu, rakyat Malaysia khususnya selamat di sana. Juga kepada semua Team Ops Piramid, mohon mereka juga selamat & tetap bersemangat waja, saling bekerjasama antara satu sama lain...

Terima kasih, tahniah & syabas kepada Gov of Malaysia...MAS, Air Asia, Tabung Haji dan kesemua yang terlibat di dalam Ops tersebut. Kepada kesemua keluarga di Malaysia yang ada ahli keluarga di sana, harap tabah dan sabar di dalam menghadapi dugaan ini. umum mengetahui bahawa bilangan rakyat negara di sini mencecah 11,000 orang. jadinya, rescue ini tentunya memakan masa.

Hati tersentuh dengan berita ini, juga tadi di dalam Buletin Utama, ada kumpulan wartawan yang dihalang dari membuat liputan..Subhanallah, wartawan yang melaporkan itu juga berada di dalam keadaan yang tertekan. syabas kerana berani menyahut keperluan & bersabung nyawa di sana...

Mohon Ya Allah, musibah yang berlaku itu, memberi pengajaran yang berguna kepada kami di sini. Keamanan, diberikan nikmat hidup dalam keadaan sejahtera. Betapa pentingnya bersatu-padu, saling menghormati..Syukur pada-Mu, kami di sini aman sejahtera..jadikan kami sentiasa ingat untuk bersyukur kepada-Mu...

0 comments: