Search This Blog

Saturday, February 19, 2011

Cerita hujung minggu + Cuti-cuti Malaysia...Part III: Fish Spa

 
Hari Sabtu datang lagi..Alhamdulillah, permai, tenang, cumanya ada sedikit gangguan dari rumah sebelah. dah nak masuk minggu ke-3, renovation.. tung-tang. pring-prang...haha..biasalah tu kan. tak apa, nanti bertambah jiran kat sebelah nie. kalau tak tahan dengan bunyi2 tu, lepak aja ke rumah Ammirul beralih hari nanti... ;) tak apa, dulu tu, rumah nie sebelum masuk, macam itu lah juga. Insyallah, rumah nie pun, ada rezeki nanti, akan pasang tiles kat depan tu, alihkan tempat buang sampah + post box kat depan nie & tukar gate, automatic maybe.. ;) boleh la masuk 2 kereta secara menegak nanti...Insyallah..kumpul duit dulu yer.. ;p

Ok, sambung cerita pasai Cuti-cuti di Bandar Hilir lepas, rujuk gambar-gambar tu, first time cuba! ;) but nice..hahaha...sebelum tu, pagi tu, ada kes sikit, tetiba WeGA dapat surat Cinta! sebabnya, kami balik dari Dataran Pahlawan, masa tu dah tengah malam, jadinya parking di kawasan hotel dah tak ada. so, WeGA pun lepak la kat tepi hotel. esoknya, dapat itu surat chenta! chissss....geram sebab tempat yang di parking tu, ada petak. maknanya boleh parking. kenapa pulak dapat itu surat chenta lagi!?...sabar aja lah. buat lari mood saja. terfikir jugak nak ignore aja..tapi raca macam tak best la pulak. ok, tengok alamat, paling dekat ada office Majlis Bandaraya Melaka kat Dataran Pahlawan. so, terus ke sana. berpusing jugak la nak cari parking. sebabnya dah nak tengah hari. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga parking bawah tanah. jadinya, WeGA tak la berjemur tengah panas. Alhamdulillah, rupanya siapa yang bayar cepat saman tu, cuma kena bayar RM 5.00 sahaja. Aku bagi tau kat Pak Cik yang jaga kaunter hari tu, minta diperbanyakkan signage, parking kena bayar dulu. sebab kitaorang perasan hanya ada signage tu kat Dataran Pahlawan saja, ingatkan kawasan tu aja, rupanya seluruh Bandar Hilir. dia cakap aku yang tak perasan. Subhanallah, kat kawasan hotel tu, memang tak ada signage. kalau ada, mesti akan bayar dulu..hmmm...orang kita nie, suka sangat deniable..tak nak mengaku....pada aku, memang kena perbanyakkan signage nie. orang Melaka mungkin la tau, tapi pelancong luar, kami tak tahu! aduhai.. tak apa lah..harapnya satu hari nanti diaorang dengar & buat.

then, dah alang2 di kawasan itu, perut pun sejak mula dah berkeroncong sebab belum sarapan, kami terus aja jalan-jalan kat shopping mall tu, banyak kedai2, mcama-mcama dijual, cenderahati lah...& kami tertarik kat gerai baju, blouse & dress yang cantik2. hahaha....apa lagi, memang masing-masing berkenan dengan cotton blouse warna putih & dress panjang! ;D..cik Yona siap belikan utk Ija lagi..hahaha...tapi memang Aunty yang jual tu baik hati & friendly. harga pun dibaginya discount. seronok sangat & Alhamdulillah! aku cakap kat Yona, macam nie, tak jadi lah pergi ke Jusco. sini pun dah shopping! dah la masa tu dah tengah hari, agak susah la nak dapat parking kalau pg jugak ke sana. plan ke sana sebab ada J-Card day..tak apa lah.. ;)

then, cari food court, tapi macam tak menarik, cik Yona ajak makan di A&W. hmm...tak pernah makan burger dia..selalau tu, float & hot dog aja. but boleh tahan burger dia. SEDAP! ;)

lepas tu, jalan-jalan lagi & ternampak Fish Spa nie. terus cik Yona ajak masuk. memula tu, rasa macam malas. sebabnya, aku nie, bila bab kaki, memang mudah rasa geli. seriously, dulu selalu temankan si Zul, kak Fit, Yona dll pergi buat reflexology,  aku hanya temankan & pernah buat sekali aja. sebabnya, aku tak tahan geli! aku boleh tahan sakit dipicit tu, tapi bab geli!? hahaaha....

Cik Yona cakap, tak apa, ko beli aja majalah apa2, then temankan aja dia kalau tak nak cuba, tapi dia keep on pujuk aku join jugak...fikir balik, bila lagi nak cuba kan!? okay, pegi aja. memula masukkan kaki dalam kolam tu, bila ikan2 comel nie mula gigit, adoi, rasa macam kena kejutan elaktrik kecik! rasa macam nak gelak aja, puas aku tutup mulut! hahaa....then rasa keras badan sebab tahan geli punya pasai...kami ambik yang RM 15 utk 20 Minit. hmm..ok lah & interesting. rasa bersih kaki bila lepas buat & hilang rasa lenguh2 tu..

Then, cik Yona nak sambung shopping di Parkson. lepas tu, terus menghala balik ke Hotel Seri Malaysia. Ya Allah, jammed lagi. Hampir 2 jam nak ke sana. sabar aja lah...bila dah sampai, rehat kejap, jama' solat, then Cik Yona kembali ke Selatan & aku menghala ke KL. Jammed jugak..aduhai..ingatkan, hari Sabtu, tak jammed..CNY punya pasai....then ambik Adik kat KTM Seremban & patah balik ke Senawang. jumpa Pak Su & family & Opah. Alhamdulillah, semuanya ok. kami dinner kat Hang Li Po Restaurant (nama aja cam Chinese, tapi tak dak la plak menu masakan Cina!) Then balik rumah..terus gollllllll......

Selamat berhujung minggu kawan-kawan, have a good weekend ya! ;)

2 comments:

miss nina said...

best kan momen kita di sana
aku kena update kat blog someday..baru boleh ingat :)

irl-lis said...

haah..sangat2! ;)

update lah.....tak sabar rasanya nak cuti2 lg! ;D