Search This Blog

Sunday, July 4, 2010

aku terima nikahnya...

Assalamualaikum...petang ahad yg permai..kat luar tu, hujan baru berhenti. aku pun baru bangun tido..hehe..tadi rasa mengantuk sangat. badan rasa lembik sket..period pain..biasalah kan! ;)

ok, tengok tajuk kat atas tu, mesti ada yang tertanya..amboi cik Lyd, dah gatai sangat ker!? Bukan.. tu tajuk buku. tulisan Hasrizal Abdul Jamil a.k.a Abu Saif (saifulislam.com). memang dah lama buku nie kat pasaran. pernah belek pun, tapi sebab tajuknya macam tu. jadinya memang tak beli. tau kan kenapa... tapi masa Iza tidur kat rumah hari tu, dia hulur buku nie & mintak aku baca. memula tu ambik & belek2, dari muka surat tengah..pertama..& seterusnya, hmm.. hati rasa tertarik. bahasa dia, bukan macam buku dakwah yang lain. pengolahannya, menarik.

'Erti hidup pada yang memberi'..itu tulisan pada mukadimahnya..buku nie lebih kepada catatan, rakaman pengalaman penulis tentang apa di dalam mencari & melangkah ke alam rumahtangga... ubah persepsi, apa itu perkahwinan sebenarnya. gubahan di dalamnya memang menarik..sangat sesuai. tajuk2 di dalamnya..bila baca, buat aku renung kekurangan diri..apa sebenarnya yang aku cari...apa persepsi aku..apa sebenarnya akan dialami, cabarannya bila melangkah ke alam sana...antara quote dari buku yang aku rasa menarik..

"Cinta vs CINTA: CINTA sebenar itu harus terbit dari emosi dan naluri fitrah manusia..namun ia lahir juga dengan sandaran rasional dan sedar diri terhadap asas cinta itu, tanggungjawab yang mengiringi cinta tersebut serta kesan yang bakal lahir dari mematerialisasikan perasaan cinta seperti ini. cinta yang ada 'sense of begin with the end in mind'"

kalau baca itu aja, memang rasa berbelit & susah nak tangkap apa maksud dia. so, cari la buku dia & baca yer! ;)

Sebenarnya, buku nie Iza bg suruh baca & aku bawak ke Italy, kononnya nak baca kat sana. tapi tak berkesempatan. & sampai sekarang nie belum habi baca lagi..wahahaaha...tapi memang akan cari & beli sendiri koleksi buku nie. lagi satu, di dalam buku nie juga ada di sentuh & amat digalakkan baca buku "Men are from Mars, Women are from Venus" karya John Gray...Hmm..mana ada buku dakwah yang galakkan orang baca buku tulisan mat saleh kan. tapi nie lah keistimewaan buku nie. antara catatan di dalam tajuk nie, buku tu sebenarnya mengajak kita fahami perbezaan antara lelaki & perempuan. kita selalu dengar ungkapan...

"Lelaki itu sembilan akal & satu nafsu, & perempuan pula sembilan nafsu & satu akal". tapi hakikat sebenarnya...

.."Lelaki itu sembilan logik & satu emosi, perempuan pula sembilan emosi dan satu logik".. hmm..betul sebenarnya. lelaki pula lebih kepada logik & rasional akal..tetapi lelaki lemah emosi. Perempuan pula kuat emosi & lebih dipengaruhi emosi dalam bercakap & tindakan. mungkin ada yang kurang bersetuju. tapi bila baca buku nie, ada sebabnya & betul begitu sebenarnya. lagi sekali, bila baca, baru akan faham...buku ini mengajar tentang saling memahami antara lelaki & perempuan terutamanya isteri dan suami, ruang antara rasional dan emosi agar berfungsi dengan cara yang baik & betul, sesuai dengan peranan masing-masing.

my love; ungkapan nie Lyd ambik dari buku nie. tapi ini harapan kat hati...
'jangan pandang saya dengan pandangan mata yang kering, atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali pandangan nafsu yang melulu. pandang lah saya dengan hati, kerana hati itulah yang memberi makna....'

0 comments: