Search This Blog

Thursday, July 22, 2010

esok habis.... ;)

Assalamualaikum....pagi yang gelap, kini sudah terang....hahaha...cik yona bangun awal hari nie!!! semangat baru kot! Alhamdulillah tengok dia pun makin ok...harapnya kami sama-sama kuat...

Entah la..tetiba semalam petang terasa cam tak betul balik..walau pun malam tadi Dinner dengan Experts kat Seri Melayu Restaurant....tapi makan pun..hmm...mungkin terusik dengan apa yang Yana & Yona cakap sebelum pg tu kot...aku nie bukannya baik sangat...ada banyak kekurangan aku...tapi aku tak sanggup nak beza-bezakan orang. & kenapa pulak nak bezakan...memang aku layan semua orang kat opis tu sama, dari Pengawal, Driver sampai la ke atas...Yaya & Yona kata, sebab itu ada orang berani approach aku macam tu...itukan di luar kemampuan aku...memang kekadang tu, aku paksa hati aku, diri aku jadi macam patung, macam tak ada perasaan...& mungkin jugak Allah bagi itu sebagai kekuatan aku...tapi aku akui, semua yang korang cakap tu betul...aku suka tolong orang...itu hanya setakat mana yang mampu...sebab pada aku, jika tidak keterlaluan, apa salahnya menolong...tapi Insyallah, aku janji, tidak akan sampai memudaratkan diri sendiri..biarlah kita buat baik kepada orang lain tanpa harapkan balasan & jangan sesekali buat aniaya kat orang lain...

Duduk kat Swiss Garden nie, sama dengan cik Yona & Yaya..terasa sama macam dulu-dulu..masa kami serumah dulu....miss that memories..but life must go on....haha...

Hmm..petikan paper Kosmo semalam, ruangan Infiniti, ada puisi petikan dari www.phirdote.blogspot.com

Cinta itu indah belaka
tiada mudah milikinya
cinta itu tercipta
bukanlah direka
juka rupa dan harta
jadikan peranan
bersedia untuk hati
dipermainkan
selagi boleh tahan diri
teruskanlah bermimpi
jika setia dan jujur
jadikan pilihan
itulah bahagia tiada tandingan

Tuhan..aku tak nak sekadar bermimpi...Lorongkan aku...

tetiba pagi tadi terngiang lagu 'Seperti Dulu'; Exist.....suara dari hati ke!?
hanya Tuhan yang tahu segalanya....

0 comments: