Search This Blog

Sunday, July 11, 2010

;)

Assalamualaikum...Alhamdulillah...pujian dan syukur kepada-Nya..walau apa pun yang berlaku. mohon pada-Mu, aku sentiasa ingat itu...

Pagi tadi tengok bola...memang best! ;) tak sokong memana pun (lalang FC daripada awal!), tapi rasa puas sebab dapat tengok banyak trial, shot to goal & paling best, dapat tengok banyak golll! ;) Syabas Germany & Uruguay! superb & Germany menjadi. kalau la diaorang main macam pagi tadi masa lawan Spain tempoh hari, mesti diaorang boleh makan punya! haha...

ok lah, ingatkan nak pegi office habiskan kerja yang belum siap jumaat lepas & boleh buat SOP untuk RPM & kemaskini Draft Security Plan. tapi rasa malas la pulak. sambung kemas rumah & buat approval kebenaran rumah aja lah. Alhamdulillah broadband ok & boleh la buat sikit demi sedikit.

hmm..tengah hari dapat call dari Fendi, ajak ke rumah. memula tu rasa cam malas sebab tengah ralit buat keje. tapi bila difikirkan balik, ada salah satu antara 'Penawar' aku kat sana. kerja nie sambung malam la kan...hmm..terus start keta & pecut ke sana...sampai tengok Ammirul macam nak tido. tapi dia still ada selsema & tak selesa nak bernafas. dah banyak hari rupanya. tanya fendi tak bg makan ubat ke..dia kata kekadang aja bagi. nekma tak nak paksa. cuaca sekarang pun kekadang panas & pastu hujan...kena paksa bagi jugak la nampaknya. bukannya apa, kesian tengok dia. sedangkan kita pun rasa tak selesa bila selsema. apatah lagi budak kecik kan. Alhamdulillah fendi boleh suck-out. fendi kata ina tak berani nak tengok. aku tak kisah, ambik ammirul dukung & fendi buat. cumanya tak berani nak buat sendiri. tapi harapnya jika di izin-Nya, dah ada anak sendiri suatu hari nanti, aku berani buat. alhamdulillah lepas tu ammirul selesa la sikit bernafas. still bila dia tak sihat, memang nak dukung aja lah...bawak dia ke depan rumah, tapi bawah beranda aja la sebab kat luar tu ada rintik, then masuk ke dlm rumah & sambung pulak pastu kat belakang, sambil tengok daddy dia tebas lalang....sampai la dia lena lepas hisap susu...walaupun bahu basah dengan air liur dia & tangan rasa bengkak & lenguh, apalah sangat jika dibandingkan rasa lega, hilang rasa stress, tension & semua rasa yg terbuku kat hati nie...dakapan dia...bau badan dia...tu yang menenangkan...Syukur Alhamdulillah, aku dapat tumpang rasa semua tu.....;)

to Cik yona...mungkin kita 'kekurangan' sesuatu...tapi Allah tu Maha Kaya, dia bagi nikmat kat tempat lain...& bila kita boleh buat keluarga kita bahagia, itula nikmat yang tak boleh nak diungkapkan...Insyallah.. I'll pray you'll be a good mom, suatu hari nanti. Insyallah..

Mohon pada-Mu, 'Lelaki-lelaki & Perempuan-Perempuan' di dalam hidupku...sentiasa berada di dalam limpahan Rahmat, Taufik & hidayah-Mu...Bahagiakan mereka, lindungi mereka dari azab api neraka, godaan Syaitan yang engkau rejam...Limpahkan kurniaan Rezeki dari sumber yang halal kepada mereka...'Lelaki-lelaki & Perempuan-perempuan' dalam hidupku....jadikan Ya Allah...aku mampu untuk bahagiakan mereka...

pagi nanti...meh tengok FINAL WC (wish you were here cik yona..leh la kita tengok sesama! ;)..hehe...harap la boleh jaga yer...still, lalang & harapnya leh tengok the best game!!!

my love...thanks sebab sudi 'tegur'...kamu juga salah satu 'penawar' itu...




Ammirul Azim..taken sebelum ke Airport utk ke Italy tempoh hari...dah pandai tengok camera! ;)

1 comments:

miss nina said...

thanks cik lyd
amirul ni memang lah... nak je auntie yona cubit pipi tembam dia.. pipi sinchan

~muah2x kat mirul :)