Search This Blog

Saturday, December 24, 2011

rehat sekejap...(IV)

Alhamdulillah...hari nie, dapat 'selamatkan duit' dengan beli perabot (2 set bilik tidur + rak kasut). kenapa? sebabnya, kalau tak beli benda-benda besar nie, mesti duit tu akan mengalir umpama air ke benda-benda lain yang 'kurang penting! ;) memang baaannyyaaaaakkkkkk list di dalam kepala nie. hhahahhha..

ok, nak kongsikan sesuatu:

'strong people know how to keep their life in order. Even with tears in their eyes, they still manage to say "I'm ok" with a smile..'
-Best Quotes

Wednesday, December 21, 2011

Tuhan...(VI)

...dimana DIA dihati ku!? ...

“ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”
-----------------------------------------

I have to have this...

Dimana DIA di Hatiku (Ust. Pahrol Mohd Juoi)

Wednesday, December 14, 2011

From TYO with...: Makanan ;D

Before eat: Itadakimas (selamat makan/menjamu selera)
sedap: Oishi
Selepas: Gotso sama (terima kasih atas makanan yang disediakan)

Bila travel, saya suka cuba makanan ruji di negara tu. tapi semestinya yang boleh dimakan lah yer! ;D Alhamdulillah, di TIC nie & di mana-mana JICA di seluruh Jepun nie ada makanan halal. syukur sesangat. tambahan pula, sekarang nie musim sejuk. lagilah mudah rasa lapar & terasa nak makan aja. di Jepun nie, banyak sangat makanan tempatan sepeti pelbagai biskut, kuih-muih / manisan & juga rice crakers. sedap tau! hehe...Enjoy pic antara makanan yang sempat dijamah di sini ya... ;)

"Baked Salmon with fries"
Venue: TIC, Tokyo






"Halal Beef with tomato sauce"
Venue: TIC, Tokyo






Lunch set: Salmon, tofu soup + brown rice
Venue: METI






"Udon with egg + tempura (udang, ubi & sayur-sayuran)"
Venue: Shinjuku






"Bento: seafood + egg"
Venue: 7-11, METI









"Halal Fried Chicken"
Venue: JICA Yokohama






"Kurotamago" (Telur yang direbus dengan mata air panas)
Venue: Odakyu Hakone (near to Fuji Mountain)






Telur...kukus!?
Venue: Fish market, Asakusa






Tuna panggang
Venue: Fish market, Asakusa






"Seafood Miso Soup"
Venue: Fish market, Asakusa






"Sushi"
Venue: Fish market, Asakusa






Cream puff from "Beard Papa's"
Venue: Asakusa






"Halal beef with rice"
Venue: TIC, Tokyo






"Bento: Salmon with rice"
Venue: Shizuoka Pref. Iwata City






KitKat perisa Wasabe
(percaya tau, jgn tak percaya!!!)
SEDAP.... ;p





Lunch set: "Sardin roasted with rice + Vegetable Miso Soup
Venue: JICA, Tsukuba City






Haagen Dazs: Green Tea
(nak jugak cuba sebab harganya lebih murah berbanding di Malaysia)
memang sedap! ;p





Dinner: "Vegetables Soba"
Venue: TIC, Tokyo

Thursday, December 8, 2011

From TYO with...

Venue: Venus Fort (Warehouse Shopping Complex), near to 'Rainbow Bridge'...TYO

tetiba;




SAYA RINDU MALAYSIA

Friday, November 25, 2011

rehat sekejap...(III)

"Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu; sewaktu pasukan tentera bertempur; waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun." (HR Abu Daud)

Tuesday, November 22, 2011

TAHNIAH HARIMAU MUDA!!!!


Alhamdulillah....semalam tengok sensorang. Adik ajak tengok kat kedai makan. tapi sebab cerry berry di siang harinya & perut still meragam, jadinya, tengok aja kat rumah. daripada mula Garuda dapat gol hingga lah Kapten Harimau Muda buat sepakan penalti, terasa macam nak kena heart attack! ;D tak pernah rasa sangat berdebar-debar, dalam jangka masa yang sangat panjang macam tu..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Tahniah atas semangat juang yang anda tunjukkan. menitis air mata aku tengah malam tadi. saat coretan nie ditulis pun, still rasa bergenang air mata. Bak coretan Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah;

"Pengajaran penting yg kita dpt drp kejayaan HM tersimpul dlm hadia Nabi saw: Allah bila nak beri kebaikan kpd hambaNya, d mulai dgn musibah. Pasukan HM ...mengharungi ujian getir bermula dgn jadual perlawanan di ubah2, tempat latihan terlalu jauh, d hina media tempatan, d ganggu dlm perjalanan ke Gelora Bung Karno, etc. Justeru, jika ada d antara kita yg hadapi sebarang masalah atau ujian, besabarlah, betulkan niat n amal, doa yg kudus, buat yg terbaik n tawakkal kpd Allah. Kejayaan insya Allah menunggu kita."

Tahniah...& terima kasih atas usaha & semangat juang yang anda tunjukkan! ;D

Thursday, November 17, 2011

KUL - TYO

Date: 03DEC2011 till 17DEC2011
Venue: TIC

Insyallah, ini kali kedua akan pergi kursus masa Autumn -Winter. Mula-mula dulu, masa tahun 2006 di Saclay, France. Tapi masa tu, suhunya tak la sejuk sangat, dalam 10 degree aja. kali nie, Insyallah, ke negara matahari terbit pula...macam mana lah pulak agaknya ya.

Sebenarnya, aku tak berapa suka nak pergi time winter. sebabnya, aku mudah diserang selsema. sejuk sikit, pun, mudah sangat virus selsema tu berjangkit. tapi tak apa lah yer..harapnya, tak la sejuk sesangat. bawak aja bekalan ubat banyak-banyak! ;)

Juga, nie 1st time ke negara berkenaan. Tiket dah dapat, tapi surat tawarannya belum dapat, aduss..How!?..

GAMBATE!!! ;D


p/s: ada reason utk shopping winter cloth!!!! tp belum gaji!? ahaks...

Friday, November 11, 2011

11/11/11

From: Mak Long Yong
11/11/2011
10:16am

"Assalamualaikum, hr ni Jumaat-11/11/11, kalau L____ nikah hr ni kan best"



Mesej yang membuat kan aku gelak besar kat tempat... ;D
Thanks Mak Long..hilang sekejap rasa stress...

Cuba teka apa yang aku balas? ...ahaks

Wednesday, November 9, 2011

rehat sekejap...(III)

“Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.”
- Kata-kata Hikmah; petikan daripada 'Genta Rasa'

Jom solat! ;D

Thursday, November 3, 2011

FROYO time... ;D

Venue: Tutti Frutti, 9 Avenue Nilai
With: Sis Suhana & Mak Buyung Ct Afidah

SANGAT BEST!!!!
lagi sekali, jgn JELES ya yang lain-lain tu. Insyallah, mmg akan pg lain lain kali. sapa mau join!? 
haahhhaa.....

Tuesday, November 1, 2011

Firdaus Konvo @ UTHM

Alhamdulillah..Tahniah Adik.. ;)


Hari nie: Alhamdulillah, dapat tolong Fendi & Ina basuh rumah di @enstek. Tak sia-sia ambil cuti hari nie...

Sunday, October 30, 2011

RTC on Integrated Management Systems / Safety Culture; Dhaka Bangladesh (24 till 28 Oct 2011)

With Sis Linda Sarah & Ang Wei Eng; @ Dhaka Int. Airport. 
Dialog malam tu:
Me: Ang nampak macam pengantin la pakai baju nie. Lepas nie boleh dapat awek Bangla la
Ang: Dohhh...
Sis Linda: Dah jadi trademark, 'dohhh'..hahaha

With my new friends: Pak Taswim, Diah, Shell, Meriam, Huei & Anh; Dinner @ Sarina Hotel.
Gonna miss all of you guys...

Thursday, October 20, 2011

hanya mainan tidur..

Semalam aku bermimpi. mungkin sebab semalam berjaga sebab nak siapkan kerja, walaupun masa tu badan dah sangat penat. mungkin itu yang menyebabkan aku didatangi mimpi..
sebenarnya, aku tak suka. sebab, aku akan terasa penat & kalau mimpi tu sesuatu yang tidak kena di hati, mood akan lari. kalau korang pulak macam mana!? hmm...

Aku mimpi 'Dia' semalam...entah kenapa. tak pulak aku berfikir/teringatkan dia sebelum aku tidur..entahlah...mungkin betul ada pepatah mengatakan; 'people will forgive but not to forget'. tapi bak baik lagu Dato' Siti; '...I'd rather smile when I remember you'..aku mahu menuju seperti itu..memang kekadang tu, pedih masih terasa..tapi untuk apa kan!? ;)

Tadi baru lepas jumpa dengan sahabat-sahabat dari KASTAM. of course berkenaan kerja..entah kenapa, aku terasa sendiri, umpama aku tak seceria dulu..teringat waktu dulu, pusing satu Malaysia berkenaan kerja bersama mereka + mantan boss..sebab tekanan kerja kah aku jadi begitu!? aduhai..no!! aku tak boleh tunduk kan...

Insyallah, hujung minggu nie akan fly. dulu selalu dok sebut, dah lama tak naik kapal terbang! hehe...Alhamdulillah, kali nie fly dengan 2 orang colleagues. rasa seronok sebab kebanyakannya sebelum nie, aku kena fly sensorang. Cumanya, tak dak idea apa yang perlu dimasukkan dlm Country Report..takpa, Insyallah ada la nanti tu kan, macam tak biasa! hehehe..doakan aku, semuanya ok & berjalan lancar nanti ya! ;)

Wednesday, October 12, 2011

rehat sekejap... (II)

Life is too short to wake up with regrets.
So love the people who treat you right.
Forget about the ones who don't.
Believe everything happens for a reason..

If you get a second chance, grab it with both hands.
If it changes your life, let it.
Nobody said life would be easy,
they just promised it would be worth it...

-Unknown

aku tak pasti, pernah post kata-kata di atas atau tidak. tak mengapa, harapnya, kata-kata tu dapat sejukkan hati...Tuhan, kerana Engkau aku bekerja...ilhamkan kepada ku, penyelesaian ke atas permasahan yang timbul, & untuk aku mengatasinya. Juga, tunjukkan ku jalan agar penambah-baikan dapat aku lakukan...

jom solat! ;)

Tuesday, October 11, 2011

Steve says.. (Part II)

Apple Confidential 2.0"I'm the only person I know that's lost a quarter of a billion dollars in one year. It's very character-building."

Unknown source
"Be a yardstick of quality. Some people aren't used to an environment where excellence is expected."

Wired Magazine, 1996
"Things don't have to change the world to be important."

PBS documentary "Triumph of the Nerds: The Rise of Accidental Empires,1996
"Picasso had a saying. He said, 'Good artists copy, great artists steal'. And we have always been shameless about stealing great ideas and I think part of what made the Macintosh great was that the people working on it were musicians and poets and artists and zoologists and historians who also happened to be the best computer scientists in the world."

Classic Gaming
"So we went to Atari and said, 'Hey, we've got this amazing thing, even built with some of your parts, and what do you think about funding us? Or we'll give it to you. We just want to do it. Pay our salary, we'll come work for you.' And they said, 'No.' So then we went to Hewlett-Packard, and they said, 'Hey, we don't need you. You haven't got through college yet."

Unknown source
"I was worth over $1,000,000 when I was 23, and over $10,000,000 when I was 24, and over $100,000,000 when I was 25, and it wasn't that important because I never did it for the money."

All About Steve Jobs
"My job is not to be easy on people. My job is to take these great people we have and to push them and make them even better."

Forbes, 2008
"We don't get a chance to do that many things, and everyone should be really excellent. Because this is our life. Life is brief, and then you die, you know? And we've all chosen to do this with our lives. So it better be damn good. It better be worth it."

Stanford University commencement address, 2005
"My doctor advised me to go home and get my affairs in order, which is doctor's code for prepare to die. It means to try to tell your kids everything you thought you'd have the next 10 years to tell them in just a few months. It means to make sure everything is buttoned up so that it will be as easy as possible for your family. It means to say your goodbyes."

Stanford University commencement address, 2005
"Death is the destination we all share; no one has ever escaped it. And that is as it should be because death is very likely the single best invention of life."

Monday, October 10, 2011

Steve says... (Part I)

"I want to put a ding in the universe" 
-Taken from: MSN-Tech

Stanford University commencement address, 2005
"Remembering that I'll be dead soon is the most important tool I've ever encountered to help me make the big choices in life. Because almost everything - all external expectations, all pride, all fear of embarrassment or failure - these things just fall away in the face of death, leaving only what is truly important.
Remembering that you are going to die is the best way I know to avoid the trap of thinking you have something to lose. You are already naked. There is no reason not to follow your heart."

Stanford University commencement address, 2005
"Your time is limited, so don't waste it living someone else's life. Don't let the noise of others' opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary."

Stanford University commencement address, 2005
"You can't connect the dots looking forward; you can only connect them looking backwards. So you have to trust that the dots will somehow connect in your future. You have to trust in something -- your gut, destiny, life, karma, whatever. This approach has never let me down, and it has made all the difference in my life."

Stanford University commencement address, 2005
"Your work is going to fill a large part of your life, and the only way to be truly satisfied is to do what you believe is great work. And the only way to do great work is to love what you do. If you haven't found it yet, keep looking. Don't settle. As with all matters of the heart, you'll know when you find it. And, like any great relationship, it just gets better and better as the years roll on. So keep looking until you find it. Don't settle."

Stanford University commencement address, 2005
Stay hungry. Stay foolish.

Wall Street Journal, 1993"Being the richest man in the cemetery doesn't matter to me. Going to bed at night saying we've done something wonderful ... that's what matters to me."

Macstories.net (this was the line he used to lure John Sculley into becoming Apple's CEO)"Do you want to spend the rest of your life selling sugared water or do you want a chance to change the world?"

BusinessWeek, 1998"That's been one of my mantras - focus and simplicity. Simple can be harder than complex: You have to work hard to get your thinking clean to make it simple. But it's worth it in the end because once you get there, you can move mountains."

NBC Nightly News, 2006
"I think if you do something and it turns out pretty good, then you should go do something else wonderful, not dwell on it for too long. Just figure out what's next."

All ThingsD Conference, 2010"There's nothing that makes my day more than getting an email from some random person in the universe who just bought an iPad over in the U.K. and tells me the story about how it's the coolest product they've ever brought home in their lives. That's what keeps me going."

Saturday, October 8, 2011

012-3....

hari nie, sudah 2 hari hidup tanpa telefon..
Alhamdulillah, masih boleh bertahan. utk call family, Alhamdulillah, ada adik. boleh ke kalau tak pakai phone nie ya!? sampai hujung tahun ke. hehehe....so, kalau ada yang call atau mesej tapi tak berbalas tu, seribu kemaafan ya...bukan rezeki nampaknya! ;(

Plan kalau esok masih tak berjumpa, akan ke Maxis Centre. di Alamanda ada. tapi kalau di sekitar Nilai ada, akan ke sana aja. boleh la jenguk2 si Ammirul & Azra Sofea sekali. rindunya dengan diaorang! ;)

okay, wanna share something:

“Don’t push God to grant what we want. Allah always has the best treats for us. Rezeki kita tak putus kalau percayakan Allah". Jangan paksa Allah untuk tunaikan hajat kita. Redhalah dengan pemberianNya yang seadanya itu.
- Dunia Sarah (http://sarahshukor.com/)

membaca ayat ini, entah kenapa, ada rasa tenang di jiwa...

ok, mari enjoy lagu baru;

.....
I’d Rather Smile When I Remember You
If You Find Someone
That Can Love You Right
I Won’t Stand In Your Way
I Won’t Even Fight, No
I Won’t Forget I’ll Always Remember You 
 
Like The Sun Will Rise
As The Seasons Change
I Will Walk Through Life
Til The Very End, No I Won’t Regret
I’ll Always Remember You
....
-Remember you (Siti ft. Sean Kingston) 

Thursday, October 6, 2011

rehat sekejap..

GREAT people talk about IDEAS
AVERAGE people talk about THINGS
small people talk about other people

renung-renungkan....

Saturday, October 1, 2011

Cerita hujung minggu...(VI)

Mengembara itu adalah perjalanan seorang manusia yang keluar dari zon selesa kepada zon cabaran
-Bercinta sampai ke Syurga (Hasrizal Abdul Jamil)

Alhamdulillah, dapat juga habiskan buku Aku terima nikahnya tulisan penulis yang sama. sekarang nie, nak habiskan buku kedua pulak & berazam akan habiskan sampai buku ke-tiga (Murabi Cinta), baru nak beli novel semula. hehe...wish me luck! ;)

Selamat berhujung minggu kawan-kawan...Hari nie, Insyallah, plan pergi makan kenduri di Subang tengah hari nie & petang pula, bersiap untuk makan-makan bersama jiran-jiran satu Jalan di Taman nie. boleh ambil peluang nak kenal lebih rapat dengan jiran sejalan nie. Alhamdulillah. nampaknya, walau pun Syawal dah habis, majlis makan-makan masih ada! murah rezeki....ahad yang lepas, ada jamuan satu taman nie. seronok sangat. tak sangka, si Kyrill DJ Era tu, setaman rupanya. Abah kata, selalu jumpa dia kat Surau. Penyanyi & pelakon Aman Shah pun sama...Syukur Taman nie, penduduk dia ok, baik-baik belaka. persatuan penduduk pun aktif. hasil kerja keras diaorang + pengerusi, kami dapat surau yang sangat selesa. aspek keselamatan diambil berat, pengawal keselamatan ditambah. Syukur, Alhamdulillah....

Wednesday, September 28, 2011

lagu @ hati.. (II)

Addicted to this....ubat hati!
hehe...

I wouldn't wanna be anybody else, hey
You made me insecure, to me I wasn't good enough
But who are you to judge
When you're a diamond in the rough

I'm sure you got some things
You'd like to change about yourself
But when it comes to me
I wouldn't want to be anybody else

I'm no beauty queen, I'm just beautiful me
You got every right to a beautiful life, come on

Who says, who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me that's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful, who says?

It's such a funny thing
How nothing's funny when it's you
You tell 'em what you mean
But they keep whitin' out the the truth

It's like the work of art
That never get to see the light
Keep you beneath the stars
Won't let you touch the sky

I'm no beauty queen, I'm just beautiful me
You got every right to a beautiful life, come on

Who says, who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me that's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful, who says?

Who says you're not star potential
Who says you're not presidential
Who says you can't be in movies
Listen to me, listen to me

Who says you don't pass the test
Who says you can't be the best
Who said, who said?
Would you tell me who said that, yeah
Who said

Who says, who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me that's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful, who says?

Who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me that's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful, who says?

- Who Says; Selena Gomez

Tuesday, September 27, 2011

Tuhan... (V)

Peristiwa semalam..

...di mata aku; aku nampak kau nie 'kecil' aja!
di hati & akal aku; Ya Allah, sesungguhnya aku berpuasa
Alhamdulillah.....syukur, aku mampu mengawal rasa marah. terasa menggigil menahannya.

tapi, tak bermakna kau lelaki, aku takut
tak bermakna bila aku tak melawan, aku tak kisah
tak bermakna bila aku ber airmata, aku lemah

segala yang berkaitan telah aku sediakan & beri kepada yang sepatutnya
jadi, tanggunglah akibatnya ya!!!!!

Ya Allah, kurniakan aku kebijaksanaan dalam menghadapi cabaran-Mu..
Ya Allah, moga dia insaf & ini sebagai pengajaran berguna kepada semua 

Sunday, September 11, 2011

Cerita hujung minggu...(V)

speaking without thought is a common action,
almost everyone has done it,
almost everyone has apologized for it...
- aku bukan Billy Milligan (Norhayati Berahim)

Hmm...jangan jadikan 'itu' sebagai 'common' ya. luka kepada yang menerimanya, hanya Allah yang tahu. tak ada apa2, just tertarik dengan phrase itu sahaja & jadikannya sebagai salah satu pengajaran..

Just get back from IKEA. cadangnya nak beli rak kasut, panel yang boleh attach ke dinding & kotak untuk letak baju/barang-barang + barang2 lain. tapi, rak kasut tu dah out of stock. panel tu pulak, yang panjang semeter, dlm RM59. macam mahal lah pulak & rasa tak berbaloi. yang lebih panjang dari tu, murah, tapi, tempat yang cadang nak letak, tak muat lah pulak. aduss..frust la jugak. tak apa, cari dekat kedai lain masa cuti Hari Malaysia lah nanti. so Cik Yona, bersedia utk teman aku nanti ya! ;)

Apa yang dibeli!? Kotak-kotak plastik, rak plstik utk pinggang & sudu, tupperware utk aku & Cik Yona, lapik laci + rak kayu 'SKOGHALL' (ada ruang kat dalam & boleh jadi side table)...
Alhamdulillah...okay, masa utk mengemas.. ;D

Thursday, September 8, 2011

lagu @ hati..

Currently listening & addicted to this....

Aku terluka
Ku sangka tak mungkin terjadi sekali lagi
Dulu kau kata
Tak mungkin aku kan kecewa
Hatiku akan kau jaga

Pernah ku sangka
Inilah cinta yang terindah dalam sejarah
Apakan daya aku yang menanti pelangi
Mengharap engkau yang pasti

Dan aku menangis lagi
Kecewa untuk sekian kalinya
Dan kisah cinta luar biasa
Habis kau ragut semua
Kejam dirimu
Kejam dirimu

Aku kecewa pedih
Tak mungkin dapat kau faham sakitnya
Kata-katamu lah punca segala
Cinta kita kau persenda
Pergi kau pergi
Tinggalkan aku menangis lagi

Apakan daya
Aku si bodoh yang percaya kata-katamu
Puas didepan mata
Terbukti  engkau lah pendusta
Bagimu hatiku tiada makna

Aku menangis lagi
Kecewa untuk sekian kalinya
Dan kisah cinta luar biasa
Habis  kau ragut semua
Apalagi perlu ku rasa
Aku terluka

Aku kecewa  oh pedihnya

Tak mungkin dapat kau faham sakitnya
Kata-katamu lah punca segala
Cinta kita kau persendakan
Pergi kau pergi
Tinggalkan aku
Biar aku sendiri

Luka aku terus meratapi
Luka-luka kecewa
Dan aku tahu ku tahu
Dalam hatiku takkan bisa merubah segala-gala

Aku menangis
Aku kecewa lagi untuk sekian kalinya
Dan cinta yang luar biasa
Habis kau ragut semua
Apalagi perlu ku rasa

Aku terluka, aku kecewa
Tak mungkin kau kan faham sakitnya
Kerna kau lah punca segala
Cinta suci kau persia
Pergi..pergi  tinggalkan aku
Biar aku menangis lagi....


Menangis Lagi
- Fina AF9

no heart feeling. just suka dengar ja (tipu!? hmm....tidak). Buat kerja sambil ditemani lagu nie, best jugak. tapi belum dapat jadikan lagu latar blog sebab lupa password mixpod...hahaha...

jom sambung buat kerja kawan2...Alhamdulillah, petang nie, lebih dari 20 lesen dah di review/verify

Saturday, September 3, 2011

kampung & WeGA...

Islam itu Indah
Islam itu Kedamaian
Islam itu Anugerah
Islam itu Agamaku
...dan aku bersyukur...
-iluvislam.com

masih lagi di kg...nyaman sesangat. pagi nie, sambil menaip ditemani radio Klasik-Nasional, radio fav Abah. Firdaus & Fendi selalu bersungut, asyik2 Klasik! haha...aku layankan ajer. kekadang tu best jugak dengar lagu-lagu lama nie. jangan terrsangat 'klasik sudah la yer. sakit telinga jugak kekadang tu! ;p

Ammirul, Azra Sofea, Fendi & Ina dah pulang ke Nilai. Alhamdulillah, sebab bertolak awal pagi, jalan tak jammed & cepat sampai. risau kalau jammed, Ammirul dengan Azra akan bosan & 'mengamuk' pulak. dapat tau, si Azra tido ajer. Ammitul pun ok. Insyallah, aku & Firdaus pula akan bertolak balik esok. harapnya tak jammed ya. nampaknya, memang kena bertolak awal pagi jugak. pulang ke kg nie juga, aku ambil peluang minta abah tengokkan keadaan WeGA. ada yang perlu dibaiki & ditukar. absorber/subsorber perlu ditukar. brek dah rasa kurang mencengkam. coolant pun selalu kena top-up. lapik kaki dah sangat2 'haus'. WeGA mesti 'lega', bila cuti lama di kg aja, ada 'doc' yang check dia & ada dapat 'benda' baru! hehe..sebabnya, harga alat ganti di sini murah & abah boleh dapat special prize lagi. buat pula dekat workshop bekas anak murid abah. Semalam dah buat aircond, abah bagi tau yang satu 'vacuum' dah tercabut, sebab itu ada bunyi. brek dah dibaiki, absorber dah dipasang. lagi best la WeGA bila drive balik nanti ya! ;)

Alhamdulillah. si Fendi & abah ada tanya, berapa lama lagi nak pakai WeGA? aku jawab Insyallah, aku tak akan jual WeGA, akan pakai sampai bila-bila. diaorg bagi tau, kalau nak pakai lagi dalam setahun dua, elok kalau buat top overhaul. harga dalam RM1000, makan masa dalam 5-6 hari. kalau nak pakai lagi lama, better tukar enjin. Twin-camp dalam RM3000. lagi ok sebab enjin tu ada '4 speed' (enjin sekarang; '3 speed'). Insyallah, dah minta abah carikan. kalau dapat, boleh la tukar..kena ambik cuti lah jawabnya. tak apa, cuti banyak lagi. boleh balik kg lagi. tambahan pula, pokok durian & rambutan kat depan rumah nie dah berbunga. Durian pun ada yang dah lekat buah. pokok manggis pulak duk berpucuk, abah kata mungkin tak berapa lekat buat. tak apalah, janji rambutan dengan durian ada! hehe...best la balik kg lagi hujung tahun nie! ;P

hari nie, kejap lagi, nak makan kenduri di rumah sedara di Alor Pongsu. hmm...sapa nak ikut!? ;p, best tau makan kenduri di utara nie. paling best, 'air asam'. sapa tak percaya, kena la rasa sendiri yer. ok lah, mak dah bising suruh bersiap. Daa.... ;D

Thursday, September 1, 2011

Syawal 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan. Tahun nie, Alhamdulillah, kami dapat berkumpul lengkap satu famili di Taiping, bersekali dengan Ammirul Azim & Azra Sofea. terasa lebih meriah + seronok & tak terasa penat melayan karenah kedua-duanya. Enjoy picture kami beraya yer...di rumah sendiri, rumah tok wan Saidin & saudara mara di kg nie + di Bagan Serai.

Untuk semuanya, jika ada tersentuh rasa, terkasar bahasa, tersilap bicara, canggung tingkah laku, mohon maaf zahir & batin ya..;D






Wednesday, August 24, 2011

Girls Outing Day II...;)



Venue: Johnnys Alamanda
Sisters: Sis Suhana, Cik Yona + Ain

TQVM kawan2...yang tak ada tu, jgn jeles tau. nanti kita buat lagi lepas raya ekk ;D

Tuesday, August 9, 2011

Friends... ;)

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
Ill sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you cant see
Ill be the light to guide you
Find out what were made of
When we are called to help our friends in need
You can count on me like one, two, three
Ill be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And youll be there cause thats what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh
If you toss and you turn and you just cant fall asleep
Ill sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you
Find out what were made of
When we are called to help our friends in need
You can count on me like one, two, three
Ill be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And youll be there cause thats what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah
Youll always have my shoulder when you cry
Ill never let go, never say goodbye
You can count on me like one, two, three
Ill be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And youll be there cause thats what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh
You can count on me cause I can count on you...

Count on me - Bruno Mars...
Kawan-kawan..SELAMAT BERPUASA semua ya...;)

Thursday, July 28, 2011

HARIMAU MALAYA: BEAT IT!!! ;)

Selamat berjuang HARIMAU MALAYA..
Doa kami mengiringi anda semua..
Tunjukkan kpd mereka, anda semua boleh mengatasinya!
Berjuanglah habis-habisan...
Insyallah..

Ini utk kamu semua ya... ;p

They told him don't you ever come around here
Don't wanna see your face, you better disappear
The fire's in their eyes and their words are really clear
So beat it, just beat it

You better run, you better do what you can

Don't wanna see no blood, don't be a macho man
You wanna be tough, better do what you can
So beat it, but you wanna be bad

Just beat it, beat it, beat it, beat it

No one wants to be defeated
Showin' how funky and strong is your fight
It doesn't matter who's wrong or right
Just beat it, beat it
Just beat it, beat it
Just beat it, beat it
Just beat it, beat it

They're out to get you, better leave while you can

Don't wanna be a boy, you wanna be a man
You wanna stay alive, better do what you can
So beat it, just beat it

You have to show them that you're really not scared

You're playin' with your life, this ain't no truth or dare
They'll kick you, then they beat you,
Then they'll tell you it's fair
So beat it, but you wanna be bad

Just beat it, beat it, beat it, beat it

No one wants to be defeated
Showin' how funky and strong is your fight
It doesn't matter who's wrong or right

Just beat it, beat it, beat it, beat it

No one wants to be defeated
Showin' how funky and strong is your fight
It doesn't matter who's wrong or right

Just beat it, beat it, beat it, beat it

No one wants to be defeated
Showin' how funky and strong is your fight
It doesn't matter who's wrong or right
Just beat it, beat it
Beat it, beat it, beat it

Beat it, beat it, beat it, beat it

No one wants to be defeated
Showin' how funky and strong is your fight
It doesn't matter who's wrong or who's right

Just beat it, beat it, beat it, beat it

No one wants to be defeated
Showin' how funky and strong is your fight
It doesn't matter who's wrong or right

Just beat it, beat it, beat it, beat it

No one wants to be defeated
Showin' how funky and strong is your fight
It doesn't matter who's wrong or right
Just beat it, beat it
Beat it, beat it, beat it

Beat it, beat it, beat it, beat it

No one wants to be defeated
Showin' how funky and strong is your fight
It doesn't matter who's wrong or who's right

Just beat it, beat it, beat it, beat it

No one wants to be defeated
Showin' how funky and strong is your fight
It doesn't matter who's wrong or right

Just beat it, beat it, beat it, beat it

No one wants to be defeated
Showin' how funky and strong is your fight
It doesn't matter who's wrong or right

Just beat it, beat it, beat it, beat it

No one wants to be defeated
Just beat it, beat it
Beat it, beat it, beat it

Friday, July 22, 2011

KISAH KAMI...

Venue: WeGA, on the way balik dari junguk Azra Sofea

Abah: Lydia letak pewangi apa dlm keta nie?
me: kenapa Abah?
Abah: bau manis, macam bau nenas
me & adik: mana ada bau nenas..hahahahahha
Mak; Abah ko memang! ada ka bau nenas
me: bau jasmine / bunga melur la Abah! ;p

hehe...miss my family, especially my parents. padahal, baru ja Isnin lepas diaorang balik 'Tepeng'! ;D.. kebetulan la pulak, daripada hari mak & abah balik tu, aku kena cerry-berry, sampai sekarang belum sembuh sepenuhnya. backpain pun sama gak. especially terasa bila opis hour. mungkin sebab kat sini, aku banyak bergerak & posisi bila duduk tu tak betul. hmm..2 hari lepas, Izan ada datang cnie, dia cadangkan letak bantal kecil kat kerusi tu, boleh support tulang belakang bila duduk. insyallah, akan cari nanti.. malam-malam pun bila tido, aku tak pakai bantal, tido tegak ja. so far, dah tak ada la rasa sakit sangat. Alhamdulillah, getting better..

Hmm..kaitan antara dialog kat atas tu, just nak cerita pasai bau yang paling aku suka. bukan bau parfum tau (my fav: classique by JPG! ;p). tapi, yang semulajadi. aku suka bau tanah merah bila lepas hujan. teringat masa study di UKM dulu. aku duduk di Kolej Idris Al-Marbawi, dekat luar. bila hari Selasa & Sabtu, kami selalu jalan ke pasar malam dekat Shell BBBangi tu. masa tu, flat warna-warni tu tengah dok bina. jadinya, banyak tanah merah kat situ. bila lepas hujan lalu kat situ, @ mana-mana tempat yang ada tanah merah, rasa best sangat bau/aroma dia! BETUL! cuba korang bau! hehehehe...lagi satu, bau rumput lepas dipotong/mesin, pun best jugak! hehe..

ok kawan-kawan, yang lelaki, selamat solat jumaat ye. Doakan la utk aku sekali tau! ;)

Monday, July 18, 2011

WeGA... (II)

Tadi call Doc, WeGA belum settle. Barang dah sampai, tapi belum pasang lagi..aduhhh

Semalam, water pump + oil seal baru ditukar. juga, minyak break belah kiri bahagian belakang. masa Doc bukak water pump, besi kat dalam tu dah berkarat. itu yang kena order lain pulak. Khabarnya, tengah hari  tadi baru sampai & tengah pasang.

Uhuuhu..harap sesangat petang nie lepas waktu kerja dah siap. hehe...baru 2 hari. bayangkan lah kalau berbulan macam WaQiL 'tinggal' kan Cik Yons dulu tu..ohh..TIDAKKK...

Hari nie hari membalas surat sambil ditemani oleh mp3. berhenti sekejap sebab tetiba kering idea nak karang ayat! ;p...tetipa plak mp3 main lagu-lagu kump. d'Masiv: merindukanmu, tak bisa hidup tanpamu, rindu setengah mati..Hmm...biarkan aja..hanya sekadar lagu kan!?

..kekadang terngiang lagu 'Dewa - Arjuna...' hmm..mungkin.
tapi: _____ bukan TUHAN!
ya Betul3!

Saturday, July 16, 2011

Cerita hari Jumaat.....

Mmm....

Alhamdulillah, perbincangan petang semalam dgn bhgn lama sangat memuaskan hati. Well Done kawan-kawan! ;). dapat jugak setelkan 1/4 daripada isu itu. mantan boss bagi cadangan yang untuk setelkan keseluruhan isu tu, dicadangkan untuk buat re-treat. Insyallah, cadangnya masa bulan puasa nie. tak payah la jauh-jauh. tak pun, lepas raya nanti. lagi cepat lagi bagus. boleh terus bincangkan isu berkenaan dengan RTP sekali (renewal, syarat lesen dll). teringat juga yg ada lagi isu berkaitan yang boleh dibawa & akan diputuskan terus. Alhamdulillah, Allah dah lorongkan...Syukur sesangat. surprise jugak, masa perbincangan semalam, macam mana mantan bhgn lama tu boleh turn-over 180 darjah! aku pandang muka si Pidah & sis Ana & angkat kening masing-masing. terasa macam lega! sebabnya, dulu puas kami bertekak nak menerangkan keadaan sebenar, apa consequences & akhirnya, baru sekarang nie diaorang sedar!

Hmm..juga, masa perbincangan nie petang semalam, teringat kisah di bhgn lama dulu...duduk di sana, kami perlu banyak berfikir. tak la bermaksud di bhgn sekarang nie tak perlu berfikir. cumanya, dulu, tak ada prosedur yang khusus, tapi perlu banyak berfikir utk wujudkan macam-macam benda. guidelines, checklist..bla..bla..& dulu, untuk buat semua tu, mula dengan draft & banyak sesi perbincangan yang perlu dibuat. yang bagusnya, akan ada banyak idea daripada semua colleagues. terasa rindu lah jugak! hehe....

Juga semalam sebelum rehat, ada pulak yang merasa kena baling dengan buah mata kucing. tepat pulak kat dahi! hahahaa....GERAM!! sampai aku cakap, kalau ada buah lain yang lebih besar, manggis ke, even durian sekali pun, aku baling jugak! sis Ana pun sokong! ;p..sorry lah ye. aku dah anggap ko macam adik sendiri. nama pun hampir sama. geram sebab dah banyak kali tanya. sampai siap cakap, kalau nak mintak tolong isikan, nak justifikasi ker, semuanya dah ada! cuma tukar nama ja. nie masih jugak belum hantar. bukannya apa. tujuan aku, nak meramaikan orang yang tahu, ada ilmu tentang benda tu. terus terang cakap. ilmu berkenaan benda yang kompleks macam tu, bukan hanya boleh dapat mll bacaan ja. kena pergi sendiri tengok & terlibat dalam praktikal. jadinya, kalau dapat kursus tu, Insyallah, banyak ilmu yang boleh dipelajari. dah la benda tu di taja. walau pun belum tentu dapat. tapi bukan kah kita perlu berusaha dulu & lepas tu baru tawakal! aku tahu dia merajuk & rasa down sebabkan kes tu. tapi, kena usaha juga. kalau ada rezeki, Insyallah...;)

ok kawan-kawan, selamat berhujung minggu ya! ;D. tadi hantar WeGA jumpa doc. ada defect kat water pump. abah dah tengok. tapi sebab tak cukup alat, tu yang bawa ke workshop Abang Daud tu. tak apa lah, bulan hujung bulan depan, dah nak balik kg...RAYA weh!! hehe..puasa pun belum dah fikir pasai nak balik kg sambut raya! ;p

Saturday, July 9, 2011

something nice to share...

Puisi dari Hamka keretamayat (http://keretamayat.blogspot.com/):

PATUT-PATUT

Apabila Ummat ini telah tinggalkan perkara yang PATUT mereka buat.(Sunnah)
Maka Ummat ini akan buat perkara yang tidak PATUT mereka buat.(Punnah)

Apabila Ummat ini tidak duduk di tempat yang PATUT mereka duduk (berhimpun di masjid)
Maka Ummat ini akan duduk di tempat yang tidak PATUT mereka duduk(berhimpuan di tengah jalan raya)
Apabila Ummat ini duduk di tempat yang tidak PATUT mereka duduk
Maka Ummat ini akan buat perkara yang tidak PATUT mereka buat.

Apabila Ummat ini buat perkara yang tidak PATUT mereka buat,
Maka mereka telah korban pada perkara yang tidak PATUT mereka korbankan!

Apabila Ummat ini telah korban pada perkara yang tidak PATUT mereka korbankan,
Maka takut-takut mereka akan jadi mayat di tempat yang tidak PATUT mereka jadi mayat!

Apabila Ummat ini menjadi mayat di tempat yang tidak PATUT mereka menjadi mayat,
Maka mereka akan mati bersama dengan orang yang tidak PATUT mereka mati.

Apabila Ummat ini mati bersama mereka yang tidak PATUT mati bersama,
Maka Ummat ini akan bangkit bersama dengan orang yang tidak PATUT bangkit bersama!

Apabila Ummat ini bangkit bersama mereka yang tidak PATUT mereka bangkit,
Maka mereka akan senasib bersama dengan orang yang tidak PATUT mereka senasib!

Apabila Ummat ini senasib bersama mereka yang tidak PATUT mereka senasib,
Maka Ummat ini akan duduk di tempat yang tidak PATUT mereka duduk.

Iaitu neraka jahanam.

Oleh sebab itu, Sebelum Ummat ini duduk di tempat yang tidak PATUT mereka duduk(neraka jahanam) hendaklah Ummat ini duduk di tempat yang PATUT mereka duduk (berhimpun di masjid, bukan di jalan raya)
 

Amat mendalam maknanya.Terima kasih penulis..
Renung-renungkanlah kawan-kawan....

Friday, July 8, 2011

07/07/2011: Azra Sofea Binti Shamsul Afendi




Selamat datang sayang, anak sedara ku yang ke dua. Mak long doakan Azra Sofea menjadi anak yang solehah, bijak pandai, penyejuk di mata & penawar di hati, Insyallah. juga sentiasa di dalam limpahan rahmat, taufik dan hidayah dari-Nya...

Ammirul Azim dah jadi abang! ;) jgn nakal-nakal sangat tau Ammirul. jaga adik ya! ;D

Alhamdulillah, walau pun still lahir awal dari jangkaan (sepatutnya penghujung bulan nie @ awal bulan depan), Fendi & Ina lebih bersedia. Ina pun sakit tak lama, dalam 4:30am pagi 07/07/2011, terus dibawa ke Hospital Seremban & Azra Sofea lahir waktu Subuh, secara Cesarean sebab dlm kedudukan songsang. Syukur kedua-duanya selamat...tak ada la umpama dalam drama masa Ammirul dulu..hehe...

Alhamdulillah jugak Nek Ma dah ada kat cnie. Mak & Abah pulak baru aja balik ke Taiping hari Isnin lepas. entah-entah, hujung minggu nie, datang semula ke sini..hehehee... Nasib baik Nek Ma dah ada kat cnie, kalau tidak, kelam kabut jugak la Mak Long diaorang nie! macam kes Ammirul dulu! hahahaa....tu semua jadi pengalaman yang paling berharga! ;P

Ok, kawan-kawan, selamat solat Maghrib ya! ;)

Saturday, July 2, 2011

all about girls....;)

Girls outing days...
Venue: McD (sebelah Warta)

Dah tak ingat bila kami ke sini. rasanya bulan lepas. masa Mc D buat promo, beli satu dapat satu Mc Chiken. Layan mak buyung si Afidah yg teringin nak makan....tetiba teringin nak merasa GCB...hehe...nnati nak mintak Adik @ Fendi belikan lah...;D

Me & Sis Ana...Tetiba jadi model gelas... 
terlupa plak nak snap gambar Mak Buyung...hehe..jangan marah ye Pidah...


New McD ice-cream flavor ..
tapi rasanya sundae chocolate lg BEST! ;p

Thursday, June 30, 2011

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Menyusur di kaki lima terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh
 
 Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah kau masih ada
 
 Terlalu mahu dan mahu terlupa apa yang belum
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah kau masih ada
....
hmmm..seteguh pokok..
tapi, jangan suka menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku..belajarlah mengakui & perbaiki diri...

Wednesday, June 29, 2011

rasa hati (VI)

'kalau dicari, pasti jumpa, tapi jumpa yg macam mana? kita yg buat pilihan....' terdetik di hati, sungguh manis kisah mereka...

tapi, betul kah tak akan datang kalau tak dicari?

Monday, June 27, 2011

Penawar hati...

Life is to ‘complete’ not to ‘compete’ – hidup bukan satu pertandingan, tetapi satu perkongsian. Tinggalkan mereka yang asyik nak bertanding dengan harta, nama dan jawatan. Kita teruskan dengan perkongsian ilmu, iman dan kebajikan. Yang penting ikhlas. Memberi bukan untuk menerima. Berjuang bukan kerana nama!
- Petikan Blog: Genta Rasa

Subhanallah..
Terima kasih banyak-banyak Ustaz..

Tuesday, June 21, 2011

Office Vs Facebook

Dah lunch semua!? hari nie, aku lunch dgn NIPS jer..hehe. jangan cakap aku 'on diet' tau! tak ada maknanya! ;D cuma masih kenyang sebab pagi tadi makan nasi lebihan masak semalam...sekarang masih dalam mood rajin masak! hahahahaha....kalau anda semua tengah gelak guling2 tu, sila control sikit ekk, takut karang ada yang pandang slek @ gerun dgr ketawa korang tuh! ;p

ok lah, hmm..dulunya, Office tak block FB. aku mengaku, kekadang aku bukak. dulu aku bukak awal pagi & biarkan saja terpasang sampai ke petang. & tengok kejap-kejap untuk 5 @ 10 Minit , especially masa tension...just untuk release stress. bila office kuatkuasakan block pada waktu pejabat & hanya boleh bukak masa lunch & lepas office hour, aku akan bukan masa lunch bila tak keluar @ hanya makan di tempat. tujuannya sama, nak release stress. pada aku, itulah hiburan bila di office nie.

tapi semenjak kes hackers tu, FB boleh dibukak. tapi hanya utk paparan ja...tak boleh komen @ buat apa-apa..uhuuhu..FRUST... ;(

Hmm..what to do!? sabar aja lah..tapi terus terang, aku salute penghakers tu..diaorang berani announce & buat. selalunya tu, hanya announce ja! hahaaha...ini tak bermaksud aku menyokong tindakan diaorag ya. memang TAK ADA KERJA & MENYUSAHKAN!!!

ke..diaorang nak bagi MCMC tu kerja lebih sikit!? Wallahualam...

ok kawan-kawan, ada dialog dgn ENF kejap lagi...wanna join!? jommmm... ;D

Wednesday, June 15, 2011

;) Cik Yona...

Assalamualaikum,

Another quick update from 'kandang opis'; SELAMAT HARI JADI CIK YONA!!!!! ;)
Moga panjang umur, murah rezeki, dijauhkan segala mala-petaka, tercapat apa-apa yang dicita-cita & bahagia menghampiri ko! 

Thanks bebanyak sebab selalu ada di samping aku, selalu dgr keluh-kesah aku, selalu bagikan nasihat, kongsi pengalaman....TQVM my friends.. ;D

p/s: sapa nak join small party utk cik yons mlm nie!? hehehehehehehehe.....

Sunday, June 12, 2011

Tahniah TERENGGANU!!! ;)

Assalamualaikum & selamat pagi...

Just wanna say: Alhamdulillah & Tahniah..tahniah..tahniah! hehe....rasa cam a bit 'dendam terbalas'....kenapa!? haha...

Allah Maha Mengetahui...& mungkin ada diantara kamu jua..ok..Daa
;D

Tuesday, June 7, 2011

Ibu...

Quick update from 'Kandang Office'..;)

Alhamdulillah, hari nie harijadi mak.. Selamat hari jadi! ;) mohon pada-Nya dipanjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan, dijauhkan segala penyakit & mala petaka serta disembuhkan segala penyakit yang dihidapi..juga dilimpahi rahmat, taufik & hidayah-Nya..

Doakan moga kami dapat membahagiakan mak & abah... ;)

miss my mom so much...

Sunday, June 5, 2011

Cuti-cuti Malaysia @ Kulaifornia: Chiken chop RM5... ;)

Assalamualaikum....kebelakangan nie, aku asyik cerita berkaitan dengan makan aja kan!? hehe....bermula dengan apa yg aku buat di Kulaifornia, then majlis kahwin..pun ada makan-makan jugak. kalau korang nak tau, aku suka tau makan nasi kenduri! lebih-lebih lagi kalau di UTARA. dengan gulai daging/rendang, ayam masak merah, dalca, daging masak hitam, acar & yang paling best, air asam! aduh..drolling pepagi ahad nie. hmm...nak cari bahan lah..boleh buat! haahaha....

Macam mana hujung minggu kalian. dekat sini, cuaca redup aja. plan sebenarnya nak pergi beli barang-barang rumah sikit. Insyallah, kejap lagi. tapi cuaca yang redup macam nak hujan nie, buat rasa malas nak keluar. aduhhh...tak boleh! beras pun dah hampir habis. sekarang nie, Adik duduk dengan aku. teringat sis Ana perli; amboi 'orang tu' sekarang, bila pasar malam ja, beli-belah sampai 'merendeh' bawak! maksudnya; penuh kat tangan. dah ada Adik nie, dia kuat makan. jadinya bila tak ada pasar malam tu, aku masak la. heheee....kalau aku sensorang, aku jenis makan aja apa yang ada. bila sesekali teringin, baru la masak.

Ok, utk tajuk kat atas tu, nie cerita masa cuti-cuti di Kulaifornia yg lepas. cik yons dok sebut-sebut pasai chiken chop & yg seangkatan dgnnya yang harganya murah tetapi sedap. Kedai nie, apa entah namanya, aku dah tak ingat. tapi lokasinya di Bandar UDA. memang sedap! ;)

ok, enjoy the pic. kalau drolling tu, ambik tisu lap sendiri ekk..;D

 Aneka chiken chop + Bandung Hijau Special  + Jus Durian Belanda 
2 Thumbs-up! ;)

 Me & Yons....jemput makan

Baca apa yg ditulis tu...
ALHAMDULILLAH...antara tempat yg MESTI aku mintak cik Yons bawa bila aku ke sana lagi, Insyallah

Saturday, June 4, 2011

Road to UTARA: Liza..majlis di Chepor

1st Pic: Sweet Aleya, Liza & Amizah
2nd Pic: Nuyull, Lovely Niya, Liza & me..

3rd Pic: Cantik hantarannya. bila tengok betul2, baru aku perasan, hantaran nie digubah atas cermin..hmm..kretifnya! ;)

Alhamdulillah, Ahad yang lepas, aku, Nuyull, Zam & Lovely Niya ke Majlis di rumah Liza. kami sampai dalam pukul 1 lebih. dari jauh, nampak En. Brahim. dia bertanyakan sejak bila ada botol susu di tangan aku. aku cakap dah lama dah..haha....si Amizah rupanya ada di dalam dengan Sweet Aliyah. dia berkenan sangat dengan si Liza. sampai Liza tengah bergambar pun, sibuk dia nak join sama & tak nak keluar dari bilik pengantin..hehe..budak pun pandai berkenan dengan yang cantik kan! ;)

Then, lepas makan, sebelum balik, jumpa Surisham, kak Lin & their kids baru sampai. kami tak tunggu sampai bersanding sebab jauh lagi nak bergerak balik ke Seri Putra. Alhamdulillah, petang tu, dalam pukul 5 lebih sampai semula ke sini...tak puas rasanya balik kg sebab sekejap sangat. tapi sangat-sangat best sebab dapat berkumpul ramai-ramai. Insyallah, lain kali, boleh ajak diaorang lagi + Yaya & family buat trip ke Taiping! ;)