Search This Blog

Saturday, November 6, 2010

Cuti-cuti Malaysia...Kulai

Ku bawa hati..jauh berlari
bukannya ber-arti dirimu aku benci

pintu cahaya kan terbuka..
badai kan berundur jua

liku onak duri lumrah kehidupan...

Assalamualaikum...kalau ada sesiapa masih teringat, tu adalah bait2 lagu, 1st drama slot Samarinda..beberapa tahun lepas. cuti Deepavali tahun nie, rasanya tak boleh duduk rumah sensorang. memang selalunya lepak rumah Fendi, dengan Ammirul. tapi rasanya kali nie, nak rasa environment lain. rasa nak lari keluar dari environment Bangi/KL. kemana harus pergi!? nak ke UTARA, Insyallah mak & abah akan ke sini minggu depan, sambut raya AidilAdha kat sini. nak ke Timur...hmmm...so, ambil keputusan ke SELATAN...

Alhamdulillah, lepas kerja petang Khamis tu, fresh up, then terus bertolak. Alhamdulillah, macam biasa sesak sikit dari Seri Putra sampai ke Simpang Ampat. lepas tu dah lega & boleh pecut sikit...haha..BETUL! ;) tak laju sangat pun..biasa2 aja. mungkin stage berhati2 & tak nak kena saman tu masih ada..hehe..bila GPS bagi sign tengah lalu kaw. speed trap, so slow la skit. Berhenti sekejap kat Paguh jap isi minyak & Alhamdulillah, dalam 2 jam 30 minit, sampai kat Kulai.

5 Nov 2010:
Alhamdulillah, mula dengan sarapan nasi lemak best kat rumah Kak Ida. she is very nice person! ;) nice to meet her. SEDAP masakan dia! ;) sebelum tu, semalam masa baru sampai, Yona, Kak IDa & adik (anak kak Ida) bawa aku dinner kat kedai nasi lemak ayam best. serious memang best! tak tipu...nak rasa!? meh la ke Kulai yer... ;D

Then Yona bawa ke Jusco Tebrau. tengok wayang cerita "TAKERS'. hmm..memula tu pesan kat Yona, kalo aku tertido, kejutkan bila wayang dah abes yer..haha..tak ada makna nak tido! memang BEST! & really enjoy the movie. dah lama tak tengok wayang kan.. ;) dalam filem nie, ada part yang menunjukkan, antara partners, harus saling mempercayai..& setiap individu ada masalah masing-masing. & jangan ambil jalan mudah untuk selesaikan masalah...

2 thumbs up! ;)

Sebelum balik, terasa nak mengunyah..sebelum tengok wayang tu, rasa cm nak makan ice-cream. so lepak jap kat Daily fresh..

Jemput ya... ;)

then terasa lapar, masuk ke Kenny Rogers ...tetapi

bosannya menunggu!!!! Ya Allah..kenapa yer orang kita nie, tak nak bagi tahu perkara yang sebenar. tunggu air sampai dekak 20 mint. main course pulak sampai hampir 45 minit kemudian. nasib baik la masa nie tak terlalu lapar & leka bersembang...kalo tidak, rasanya mahu aku keluar 'tanduk'!!! kalau la diaorang bagi tahu ada masalah skit & ada possibility akan lambat dapat makan, so boleh lah kita ke tempat lain..ini tidak, senyap aja..definitely tak akan masuk utk kali kedua lah kan...


snap dari tingkap WaQiL on the way utk keluar..Hmm..another Super-car!!! ;)

ok, done utk hari nie. tadi yona cakap ajak lepak kat pantai mlm nie. aku sukan laut! ;) akan update nanti ya..skarang dah 'weng' sebab tadi minum ubat batuk. harap boleh baik selsema & sakit tekak...from now on, harus kurang kan ais! hahaha...boleh ker!? ;p

2 comments:

miss nina said...

kenny rogers buat kita frust je kan? mujur tak lapar masa tu.
cerita takers memang best. rasa tak rugi tengok cerita ni.

alhamdulillah, kamu tidak demam teruk. kalau tak, i'll be nurse okay :)

irl-lis said...

;) TQVM..
for always be there for me. Alhamdulillah kan...utk kau juga yer, anytime