Search This Blog

Saturday, November 13, 2010

TEKS DOA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KE-9 2010

TUHAN YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG, TUHAN YANG MAHA AGONG LAGI MAHA BIJAKSANA, TUHAN YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

DENGAN RAHMAT, TAUFIK, INAYAH DAN IZIN-MU / KAMI, SELURUH WARGA LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM / MEMANJATKAN RASA KESYUKURAN KEPADA – MU KERANA DAPAT KAMI SAMA – SAMA BERHIMPUN DAN BERKUMPUL DEWAN INI / UNTUK MENYEMPURNAKAN SATU MAJLIS ; PERHIMPUNAN BULANAN KALI KE 9 2010 . KAMI MEMOHON KEPADA-MU JUA YA-ALLAH / SEMOGA MAJLIS YANG DIRANCANG INI MENDAPAT KEBERKATAN DARI-MU, BERJALAN LANCAR TANPA SEBARANG MASALAH

ENGKAULAH TUHAN YANG TELAH MENCIPTAKAN KAMI DENGAN SEBAIK-BAIK KEJADIAN
MUDAH-MUDAHAN KAMI TERGOLONG ANTARA HAMBA-HAMBA-MU YANG SENTIASA BERSYUKUR;
ENGKAULAH TUHAN YANG TELAH MENANUGERAHKAN KAMI DENGAN NIKMAT IMAN DAN ISLAM
MUDAH-MUDAHAN IANYA BERKEKALAN SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN;
ENGKAULAH TUHAN YANG TELAH MENZAHIRKAN SETIAP IMPIAN DAN CITA-CITA KAMI
MUDAH-MUDAHAN KAMI TIDAK MENJADI LALAI DAN ALPA KERNA IA CUMA SEMENTARA;
ENGKAULAH TUHAN YANG TELAH MEMBERI RUANG WAKTU YANG TERHAD INI UNTUK KAMI MENGGAPAI HIMPUNAN RAHMAT-MU YANG TIDAK TERHITUNG
MUDAH-MUDAHAN DENGANNYA KEHIDUPAN KAMI AKAN SENTIASA BERTAMBAH MAKMUR DAN BARAKAH;

YA – ALLAH YA-AZIZ , YA - GHAFFAR , YA - KARIM
DENGAN PENUH RASA RENDAH DIRI DAN PENUH RASA KEINSAFAN / KAMI MEMOHON KEAMPUNAN DARI-MU YA-ALLAH / WALAU SELUAS LAUTAN DOSA YANG TELAH KAMI LAKUKAN .
ENGKAULAH TUHAN YANG MEMBERI RUANG DAN PELUANG UNTUK KAMI BERADA DIATAS BUAT SEKETIKA MEMEGANG JAWATAN TERTINGGI KHASNYA DI AELB INI
MUDAH-MUDAHAN KAMI AKAN TERHINDAR DARI SEGALA SIFAT MAZMUMAH SEPERTI SOMBONG, RIAK, TAKABBUR DAN SALING TINDAS-MENINDAS ANTARA SESAMA UMMAH;
ENGKAULAH TUHAN YANG MEMBERI KEIZINAN DAN KEBENARAN KEPADA KAMI UNTUK MENJADI KETUA DAN PENTADBIR
MUDAH-MUDAHAN KAMI AKAN MENJADI KETUA YANG ADIL ,PENTADBIR YANG BIJAKSANA DAN BERHEMAH BERPANDUKAN ALQURAN DAN SUNNAH JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (S.A.W);
ENGKAULAH TUHAN YANG MEMILIH DIKALANGAN KAMI UNTUK MEMBAWA DAN MENEGAKKAN SYIARMU, KHASNYA DI AELB INI
MUDAH-MUDAHAN BILANGAN YANG SEDIKIT INI DIBERIKAN KEKUATAN DAN ILTIZAM UNTUK TERUS BERISTIQAMAH DALAM MENCARI KEREDHAANMU
ENGKAULAH TUHAN YANG TELAH MENYEDARKAN KAMI DARI MIMPI YANG PANJANG,TERHADAP SELUAS LAUTAN DOSA YANG KAMI TELAH LAKUKAN
MUDAH-MUDAHAN HAMPARAN RAHMAT DAN KEAMPUNAN-MU YANG MAHA LUAS ITU SENTIASA MEMAYUNGI KEHIDUPAN KAMI UNTUK KEMBALI KEPADA-MU DALAM KEADAAN BERSIH-SUCI DI NEGERI YANG KEKAL-ABADI ;

ENGKAULAH TUHAN YANG TELAH MEMINJAMKAN PANCAINDERA YANG CUKUP SEMPURNA BUAT KAMI
ENGKAULAH TUHAN YANG TELAH MEMINJAMKAN JASAD DAN TUBUH BADAN YANG CUKUP HEBAT BUAT KAMI
ENGKAULAH TUHAN YANG TELAH MEMINJAMKAN NYAWA INI BUAT SEMENTARA KPD KAMI
MUDAH-MUDAHAN DENGAN ANUGERAH YANG AMAT BERNILAI INI DAPAT KAMI MANFAATKAN SEBAIK MUNGKIN DAN TERHINDAR DARI TERSUNGKUR KE NERAKA-MU;

YA – ALLAH YA-AZIZ , YA - GHAFFAR , YA – KABIR
LANGIT YANG KAMI JUNJUNG INI MILIKMU, BUMI YANG KAMI PIJAK INI MILIKMU, PANGKAT DAN KEBESARAN YANG KAMI PEGANG ADALAH DENGAN KEIZINANMU, ANAK-ANAK YANG ENGKAU PERTANGGUNGJAWABKAN KEPADA KAMI ADALAH MILIKMU, REZEKI YANG KAMI NIKMATI SABAN WAKTU ADALAH DENGAN KEIZINANMU DAN SEGALA KESEMPURNAAN DI LANGIT , DIBUMI DAN DI ALAM YANG TIDAK TERJANGKAU OLEH AKAL KAMI ADALAH MILIKMU JUA YA-ALLAH
JUSTERU KAMI MEMOHON KEPADA-MU YA ALLAH,
1. MUDAH-MUDAHAN KAMI DAPAT MENGGUNAKAN MASA LAPANG KAMI SEBAIK MUNGKIN SEBELUM DATANG MASA SIBUK KAMI;
2. SEMOGA DAPAT KAMI MANFAATKAN MASA MUDA KAMI SEMAKSIMUM MUNGKIN KEARAH KEBAIKAN SEBELUM USIA KAMI SAMPAI KE USIA TUA
3. SEMOGA KAMI BERKESEMPATAN UNTUK BERBAKTI DAN MENGINFAKKAN HARTA YANG TELAH ENGKAU ANUGERAHKAN SEBELUM KAMI DITAKDIRKAN HIDUP MISKIN DAN MELARAT;
4. SEMOGA KAMI BERKESEMPATAN UNTUK BERBUAT KEBAIKAN DIWAKTU KAMI SIHAT SEBELUM KAMI DIUJI DENGAN KEPAYAHAN DAN KESAKITAN;
5. KAMI BENAR-BENAR BERHARAP AGAR DAPAT KAMI SELESAIKAN SEMUA TANGGUNGJAWAB YANG TELAH DIAMANAHKAN DI DUNIA SEBELUM ROH BERPISAH DARI JASAD;

YA – ALLAH YA-RAHMAN YA-RAHIM YA –ZAL JALALIWAIKRAM
SEBELUM KAMI MENUTUP DOA KAMI INI KAMI POHONKAN KEPADA-MU JUA YA ALLAH, KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN KAMI/, PEMIMPIN-PEMIMPIN KAMI,/ NEGERI DAN NEGARA KAMI/ DARIPADA SEGALA BAHAYA BENCANA. TANAMKANLAH DI HATI KAMI SIFAT SABAR, TABAH DALAM MENGHADAPI UJIAN DAN DUGAAN.
YA ALLAH, TERIMALAH SEGALA KERJA DAN KHIDMAT BAKTI KAMI DENGAN SEMPURNA DAN DIKIRA SEBAGAI AMAL IBADAH KAMI KEPADA-MU JUA.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI MERAYU HANYALAH KEPADA MU, DENGAN PENUH RASA KEINSAFAN DAN RENDAH DIRI , MENGHARAPKAN AGAR ENGKAU PERKENANKANLAH SETIAP DOA KAMI, QABULKANLAH SETIAP PERMINTAAN KAMI, ANGKATLAH SETIAP DOA KAMI MELAMPAUI AWANMU, TIADALAH DAYA DAN UPAYA KAMI MELAINKAN DENGAN PERTOLONGAN DAN BANTUAN DARI MU JUA YA ALLAH…

Amin.....

Terima kasih: Hairilanuar Nordin & Hj. Ahmad Bin Bakar

0 comments: