Search This Blog

Wednesday, November 24, 2010

Peristiwa hari ini: Lawatan KSU..

aduhh..tetiba stuck tak tau nak mula macam mana...haha..writers block!? jauh panggang dari api lah..bukannya penulis pun. susunan kata pun tunggang-langgang! nasib baik la SPM tahun 98' dulu BM dapat 1..hahaha

ok, tadi Dato' KSU sampai lebih kurang jam 10.40am & all in the right track & going smoothly. Syukur, Alhamdulilah. memandangkan boss tak ada, so segala berkaitan projek NRMS & JKR, especially 'Link-way', jatuh la kat atas bahu nie. so dari minggu lepas sampai la semalam berhempas pulas buat persiapan. & Alhamdulillah, tak perlu sampai call/msj boss kat Vienna tu. memula tu, macam biasa lah, saling tolak-menolak antara JKR, Sok Tek & Admin utk buat presentation. kalau pasai maklumat, ok, memang boleh bagi & gali balik semula fail-fail lama yang berkaitan. last2, syukur jugak JKR sudi bentangkan. dah memang nie projek diaorang pun... tapi, di pihak AELB, kena la buat preparation jugak. so, bila KSU tanya, tak la ternganga aje.. cuba dapatkan balik maklumat2 yang difikirkan perlu & cuba predict soalan2 yang akan di tanya.

Yang lawaknya, sampai aja pagi tadi, si Noni dah kata dia sejuk kaki lah..rasa gelabah. sebab dia kena stand-by jika diminta utk report pasai System eSPP. aku plak dah tak rasa apa2..cuma weng sebab semalam keluar malam & sampai rumah balik dlm pukul 2 lebih..

& masa boss admin bagi tau yang KSU dah bertolak dari ABI..ok, ada la dlm 30 min lg akan sampai. yang lawaknya, bila guard bg info Dato' KSU dah masuk dlm kaw. AELB, si Noni, kak Safiza & Diyana kata diaorang berdebar2. aku tanya la kenapa? cool lah..diaorang boleh kata rasa macam tengah tunggu rombongan dari pengantin lelaki! ha!? wahaha...Oww..mcm nie ya..sowi yer sis.. den nan ado pengalaman lg! hehe..

Then dah sampai, terus dibawa ke BMU & diberi taklimat berkenaan keselamatan di AELB & di tapak projek. Hmm..memang tak ada di dalam tentatif program, but very good briefing. boleh menunjukkan aspek sekuriti kat sini! ;) KSU kata yang bagi nie sepatutnya buat gaya macam steward/stewardess buat penerangan atas kapal! hahaha...

sambung dengan presentation pasai projek Link-way. hmm..lain dari yang diberi & diaorang berani bagi janji yang projek nie akan siap pada 7 Dis depan...kami hanya diam saja. sebab dalam persetujuan bersama sebenarnya, AELB beri peluang hingga penghujung Dis. tak apa..we will see. ada banyak Q&A, tetapi syukur jugak yang KSU tak tanya details projek2 yang lepas, which is sebelum aku pegang benda nie..& pasai details bayaran..takut woo! menggagau nanti nak jawab sebab dalam fail lama, tak ada benda2 nie..aduhai...

cumanya yang tidak disangkan, Dato' KP raise issue pasai pemilikan tanah & penggantian tanah rezab untuk jalan. kalau masa akan datang ada pembangunan kat kawasan belakang, Pejabat Daerah perlu buat jalan & rezab tu sebenarnya berada di antara bangunan lama & bangunan baru kat AELB nie. dalam 2 mesyuarat lepas yang aku hadiri, oleh sebab tanah asal nie adalah milik ANM, diaorang ada nyatakan persetujuan untuk alihkan rezab jalan tu ke sebelah sana Bhgn Dasar. rupa-rupanya, dalam mesyuarat terkini (aku tak diberitahu & tak hadir); KP bagi tahu ANM tarik balik persetujuan tu. ya Allah..terus KSU cakap..nie kenapa sampai jadi mcam nie. we're in the same minister.. like adik-beradik. kenapa masih timbul isu nie, & ANM nak buat apa dengan tanah ini. Dato KSU syorkan benda nie dibawa ke atas untuk perhatian dia & Minister. Dato' KP bagi tahu yang kita akan cuba selesaikan sehingga hujung bulan nie, yang nampak macam mustahil utk diselesaikan..& kita dah bawak isu ke MOSTI. Ya Allah..sabar aje lah..betul pun kata KSU..& kenapa pulak ANM nak buat macam nie..nak ambil balik tanah!? so AELB kena pindah kah!? skarang nie menteri orang Sabah, so akan jadi Sabahan ker!? wuhuhu... ;p

then sambung pulak sort presentation pasai kejadian banjir tempoh hari. apa effect & apa defect yang AELB alami. pun JKR kena hantam..macam mana projek bangunan Juvenal TC kat sebelah tu boleh datangkan kesan ke AELB..ha! menggagau jugak la nak jawab..

lastly, lawatan tapak projek & ke Auditorium. & alhamdulilah, tak meleret & habis lebih kurang jan 12.30pm tadi. tak panjang sebab Dato' KSU perlu chair meeting di MOSTI. Syukur sesangat! Dato' KSU kata yang dia akan datang lagi untuk lebih proper lawatan..kami senyum saja lah..

ehh..hujan..Alhamdulillah..sejuk tido mlm nie! ;)
daa..good night & sweet dreams ya!

2 comments:

miss nina said...

well done Lyd
nampaknya Allah permudahkan urusan kamu. mana yang perlu dibaiki tu kita ambil dari yang positif.

Allah will rewards you more than u can imagine.

terasa macam Lyd sedang bagi briefing utk satu warga lak. quite precise and smooth presentation. u go girl !!

irl-lis said...

;)
biasa ajalah.saja rasa nak tulis di sini apa yg berlaku semalam tu.

betul tu sis. Allah itu maha kaya. Rahmat & hidayah-Nya datang dalam pelbagai cara..

ye ke..briefing utk kamu ok!? ;p mana ada lah...biasa aja