Alhamdulillah..azan Zohor sedang berkumandang..hari lepak di rumah aja. Insyallah, petang nanti akan keluar ambik WeGA. abah check, ada something wrong pada enjin, so terus telefon Abg Daud, mintak dia tengokkan. Minyak hitam dok keluar. suspec 'oil seal' ada problem. lebih teruk kalau effect 'timing belt'. aduhh..baru aja ditukat masa balik raya tempoh hari. tapi kalau perlu ditukar, apakan daya...walau apa pun, aku sayang kamu WeGA...ingat itu! ;)
hari ahad, dipastikan seboleh-bolehnya beli surat khabar. kalu hari-hari lain, especially hari bekerja, aku tak berkesempatan. masa berita pukul 8, kekadang ada hal, tak sempat nak tengok. Nightline pulak, masa tu aku dah goll...hehe
so, Alhamdulillah, dapat la jugak tahu perkembangan semasa. apa yang berlaku di sekeliling. dari dulu lagi aku setia dengan Mingguan Malaysia + akhbar-akhbar lain. banyak artikel-artikel yang menarik untuk dibaca. banyak pelajaran & pengajaran yang boleh di ambil...tidak hanya gosip2 murahan artis semata-mata. antaranya, tulisan Dr. Ridwan Tee Abdullah. dahulu tulisan Dr. MAZA & Datuk Dr. Harussani; Mufti Perak, amat menarik untuk dibaca...
'Maka dengan segala rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkar telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalau lah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesydah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihani orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya'
Al-Imran; 159
untuk renungan semua...ok kawan2, selamat sambung berehat yer! ;D
2 comments:
mana yang baik, kita ikut dan amalkan.
mohon jauh dari segala mara-bahaya
weekend aku seperti biasa saja
Amin..itu yang selalu didoakan.
aku juga spt biasa. WeGA hanya keluar petang tadi...
Broadband juga belum sempat ditukar....
Insyallah, hujung mgu nie
Post a Comment