Search This Blog

Monday, November 29, 2010

syukur pada-Mu.... (IV)

Taken from: iluvislam.com
Nukilan: Bayu_biru

Bagaimana mahu kembali positif?

Tanyakan kepada dirimu, apakah air mata dapat mengembalikan sesuatu yang telah hilang?

Hadapilah kenyataan. Ketahuilah bahawa ALLAH telah mencipta makhluk dan mengurusnya. Tidak ada satu gerakan atau desahan nafas pun, kecuali dengan izin ALLAH. Bergantunglah hanya kepadaNya. Tidak perlu takut dan malu dengan kata2 manusia lain. Mereka bukan siapa2 kecuali makhluk ALLAH jua.

Keluarlah dari kepompong selesa anda. Beranilah berhadapan dengan hidup. Kerana hidup memang tidak semudah apa yang kita fikirkan. Namun kesukaran itu akan sentiasa mengajar kita apa erti dan nilai sebuah kehidupan. Dongaklah ke langit, hayatilah permandangan alam, renunglah wajah2 masyarakat dan wajah2 insan yang anda sayang...apakah anda tidak merasa yang anda juga perlu untuk terus tersenyum dan bahagia demi mereka?

Seorang penyair pernah berkata;

Tidakkah engkau mengetahui
bahawa Tuhanmu
memiliki kekuasaan yang tanpa batas
baik sekarang mahupun dahulu.
Lepaskanlah dirimu dari kesedihan
sebab tidak ada sesuatu yang terus menetap.
Demikian pula dengan kesedihanmu
tidak mungkin akan terus-menerus berlanjut.
Mudah-mudahan setelah ini
ALLAH akan melihat engkau
dengan penglihatan yang penuh rahmat.


Terima kasih Tuhan..aku telah mampu senyum & ketawa kembali. walau mulanya rasa bertatih..
Alhamdulillah..kini.. sedang berusaha untuk kembali pulih berlari... ;)

0 comments: